You are here
Home > Iklan > Cerita Sebenar Mengenai Bibah

Cerita Sebenar Mengenai Bibah

cerita sebenar mengenai bibah

Cerita Sebenar Mengenai Bibah – Antara telefilem yang amat dinantikan oleh Bro sendiri. Kenapa?

Sebab dalam telefilem ini, Bro merupakan salah seorang pelakon yang menjayakannya – walaupun kenyataannya hanya sebagai pelakon tambahan aka extra. Jadi la kan, untuk permulaan.

Tapi jangan meletakan harapan yang tinggi untuk nampak muka bro dikaca tv.

Walaupun dari awal pagi sampai lewat petang menanti, hanya beberapa babak sahaja Bro terlibat. Itupun belum tentu nampak muka. Lain la macam Deq Noor atau Asyik Izas.

Digandingkan dengan pelakon Pekin Ibrahim dan Siti Saleha. Cerita pasal apa pula nie?

Siti Saleha Cerita Sebenar Tentang BibahSinopsis Cerita Sebenar Mengenai Bibah

Ia mengisahkan tentang Bibah (Siti Saleha), seorang yang amat simple penampilannya (agak kekampungan), pemalu dan tidak mempunyai kenyakinan diri.

Setelah menamatkan pengajian beliau ditawarkan bekerja dalam IT sehingga satu ketika, berlaku kejadian dimana hanya dia sahaja yang bertugas. Waktu itu, bos syarikat berkenaan,  Hazril (Pekin Ibrahim) meminta bantuan dan berjaya diselesaikan hanya melalui talian telefon.

Ini menyebabkan Hazril ingin berkenalan dengan Bibah. Bagaimanapun bibah telah mengatakan bahawa dirinya seorang ratu kebaya yang menarik, cantik dan tinggi lampai kepada Hazril.

Hakikatnya, beliau hanya seorang gadis comel yang tidak pandai bergaya. Oleh itu, Bibah meminta Nini (Tunku Hanis) yang memang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan untuk menyamar sebagai dirinya.

Maka apakah yang bakal terjadi?

Sama-sama kita saksikan telemovie “Cerita Sebenar Mengenai Bibah” yang akan ditayangkan pada 30 Disember 2013 pukul 8.30 malam di TV9.

pelakon tambahan cerita sebenar mengenai bibah tv9

Antara pelakon tambahan yang menjayakan telemovie ini. Mungkin ada sesetengah dari anda mengenali mereka. Kebanyakan adalah blogger 🙂

Nak tengok gambar sewaktu pengambaran tempoh hari, boleh usha di blog Giorgio Izas.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

18 thoughts on “Cerita Sebenar Mengenai Bibah

  1. pas duk tgok2, pesal x nampak kelibat bro eh…tp sedih la citer tu…mcm kawan makan kawan plak….kan….not good…sian Bibah….curi2 tgok sat td kat tonton…x tgok abih lg ni…

Leave a Reply

Top