Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur

Bro baru tahu tentang satu restoran yang agak popular di Banda Aceh, Indonesia iaitu Canai Mamak Kuala Lumpur yang diusahakan sendiri oleh anak tempatan.

Restoran ini terletak di Jalan Teuku Umar No. 51 Banda Aceh.

Dari maklumat yang Bro terima, restoran ini berjaya mendapat tempat dihati pelangannya terutama bagi warga tempatan dan juga pelancong yang datang ke sana.


Kredit gambar – Tropic Travelers.

Lokasinya agak strategik sehingga mampu memberi gambaran suasana kedai mamak yang juga terdapat di Malaysia terutama di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun restoran ini lebih menyerupai sebuah kafe dan selalu menerima ramai oleh pengunjung terutama pada awal pagi hingga lewat malam.

Menariknya, di Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur menyediakan ruangan khas untuk wanita. Untuk memberikan keselesaan kepada para wanita tanpa gangguan maupun lirikan mata lelaki.

Pengasasnya anak tempatan yang sebelum ini berkerja di restoran mamak yang terletak di Damansara selama 5 tahun. Di situ beliau berkerja sambil berlajar dan kemudian berminat untuk membuka perniagaan sendiri di Banda Aceh.

Bermula dari gerai dibawah pokok sehingga beliau mampu memiliki sebuah restoran sendiri.

Memang terbaik….!!

Bicara Bro : Terasa macam nak mempunyai business restoran sendiri. Mungkin dari pengalaman Bro sebagai Assistance Supervisor merangkap waiter + bartender boleh digunakan untuk running perniagaan ini.

Siapa tahu kan. Semuanya bermula dengan niat, doa, usaha, iktiar dan tawakal.