You are here
Home > Bersama BroFramestone > Big Bad Wolf Books Sale 2013 Meriah

17,287,830 total views, 3,501 views today

Big Bad Wolf Books Sale 2013 Meriah

Bro Framestone - Big Bad Wolf Books Sale

Sana sini orang dok berkata tentang “Big Bad Wolf” yang sedang berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) yang turut berlangsungnya Blogrrr : Blogger Most Wanted.

Maka Bro tidak melepaskan peluang ini untuk mencemar duli disana apabila kenalan dari Media Prima mengajak Bro usha-usha buku yang ada dijual disana.

Jualan buku besar-besaran ini telah berlangsung dari 7 pagi pada 6 Disember. Dibuka 233 jam tanpa tutup sehingga 15 Disember pukul 11.59 malam.

Disini anda boleh dapatkan pelbagai buku pada harga diskaun dari 75 – 95% (Gila murah – Kalah harga dekat pesta buku) – Malangnya tiada pula buku dari Fixi & Lejen Press T-T

Big Bad Wolf Books Sale

Masa mula-mula masuk, macam masuk gudang buku yang besar. Terus rambang mata tak tahu nak ke bahagian mana dahulu.

Disebabkan Bro ini jenis malas nak baca buku dalam tulisan orang putih, so terus ke bahagian buku yang menggunakan bahasa yang Bro boleh baca.

Ikut plan asal, member Bro yang nak beli.

Tapi selepas masing-masing lost (kes rambang mata, terus dah tak nampak member-member yang lain). So berkumpul terus di luar sebelum bergerak pulang. Dalam ramai-ramai Bro sorang je yang beli banyak buku.

Yang mengajak tue, hanya beli satu buku je.

Adeh, nampak sangat gua nie jenis rambang mata bila shopping he..23x Kantoi sudah.

 Tshirt Big Bad Wolf Books Sale

Elok pula nak keluar tue, boleh pula ternampak iklan T-Shirt Big Bad Wolf –  sehelai RM29.90 Siap ada untuk saiz baby lagi. Dalam kepala dah berlegar-legar dah nie.

Terus Bro rembat 4 helai terus. 2 untuk dewasa & 2 untuk kanak-kanak.

Tapi bukan t-shirt yang macam cashier ini pakai.

Kalau korang ada masa, moh terjah Big Bad Wolf. Hari ini merupakan hari terakhir dan ditutup tepat pukul 11.59 malam (itu kata dorang la kan). Kalau nak datang, bawa kotak, bakul etc untuk korang usung buku korang.

Jangan jadi macam Bro semalam. Lenguh tangan usung buku ke hulu ke hilir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Big Bad Wolf Books Sale 2013 Meriah

  1. Mencari jugak buku Lejen dan Fixi ni, tapi memang takda la. Kalau tak, dah memang borong beb. Buku-buku English yang biasa jual rege dalam ratus-ratus kat Kino dan MPH pun, kat situ boleh dapat dalam RM20. Murah sangat. Time ni memang sesuai kalau nak beli encyclopedia bergambar.

Leave a Reply

Top