March 28, 2024

Ze Aida – Gadis Fitnah Restoran Nasi Vanggey Tampil Mohon Maaf

Ze Aida - Gadis Fitnah Restoran Nasi Vanggey Tampil Memohon Maaf

Baru-baru ini, terdapat kontroversi di laman sosial Facebook kononnya sebuah restoran nasi kandar di Ipoh diserbu pihak polis ekoran penemuan najis manusia di tempat memasak.

Bagaimanapun kontroversi penyebaran maklumat palsu ini terjawab dengan kemunculan seorang gadis, Ze Aida.

Beliau sendiri tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey Greentown sehingga menjejaskan imej dan perniagaan restoran berkenaan.

Beliau hanya menyalin status seorang pemilik akaun Facebook lain mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey ke akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun ada pihak lain telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkan maklumat itu secara meluas menerusi telefon pintar dan internet.

Penyebaran maklumat palsu itu menyebabkan pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey menuntut Ze Aida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak restoran sambil disaksikan wakil media.

Ze Aida - Laporan Polis Fitnah Restoran Nasi Vanggey

Bicara Bro : Gua dulu duduk Ipoh, sanggup fly asrama semata-mata nak cari Nasi Vanggey setiap malam (Tapi bukan dekat restoran ini, siap kenkadang terserempak warden tengah lepak dekat sana).

Kalau boleh, sebarang info yang tidak datang dari sumber sahih, elok jangan dikongsikan. Risau satu masa nanti, anda yang akan dipersalahkan atas kesalahan orang lain.

Kemudahan teknologi perlu digunakan sebaik mungkin. Bukan semua rakan facebook kita boleh percaya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Ze Aida – Gadis Fitnah Restoran Nasi Vanggey Tampil Mohon Maaf

  1. Kan dah tak pasal2 kena tanggung akibat. Pengajaran berharga utk si pelaku dan pengguna laman sosial secara keseluruhan agar tidak sesuka hati berkongsikan sebarang info tanpa periksa kesahihan sumber.

  2. laaaa……macam tu ceritanya….kesiannya…x pasal2 restoran tu menanggung akibat kan….kena hati2 la sebarang info after this..siasat dulu sahih ke x kan…main terjah jer…

Leave a Reply to Mak Dara Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *