April 25, 2024

The Influencer – Program Realiti Buat Top Blogger Malaysia

The Influencer - Top Malaysia Bloggers

Siapa kata blogger tiada program realiti mereka sendiri.

Disini Bro ingin kongsikan satu rancangan realiti “The Influencer” yang memaparkan beberapa personaliti online paling menonjol di Malaysia dari pelbagai minat iaitu, gaya hidup, fesyen, makanan dan teknologi.

Rancangan ini merupakan anjuran PersonEdge Sdn Bhd, rakan kongsi kepada Lowyat MSC, dengan kerjasama Nokia Malaysia.

Ianya akan disiarkan selama 7 episod bermula 6 Disember di Lowyat.TV dimana anda akan melihat peserta ini bertanding untuk mendapatkan gelaran “The Influencer”.

Setiap episod juga terdapat task dan cabaran berbeza mengikut tema yang ditetapkan diberikan kepada peserta pada minggu tersebut.

Setiap peserta pula akan dibekalkan dengan Nokia Lumia 1520, telefon bersaiz 6 inchi terkini dari Nokia untuk membantu mereka sepanjang tempoh cabaran ini. Secara automatik mereka menjadi antara yang terawal menggunakan model ini di Malaysia.

10 peserta tersebut adalah :-

  1. Cheeserland
  2. Vernon Chan
  3. Ben Ashaari
  4. Kelly Chin
  5. Rebecca Saw
  6. Ami Schaheera
  7. Karen Kho
  8. Jacklyn Gan
  9. Ah Bok
  10. Chriz Ooi

Antara peserta yang terlibat ada yang bro kenal dan pernah berjumpa. Ada yang baru Bro kenal sewaktu majlis pelancaran “The Influencer” baru-baru ini.

Setiap episod “The Influencer” akan disiarkan di Lowyat.TV setiap jumaat dimana dipenghujung episod akan berlakunya penyingkiran.

Siapakah yang akan tersingkir?

Maaf, undi korang tidak diperlukan he..23x

Bicara Bro : Masih tak layak untuk menyertainya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “The Influencer – Program Realiti Buat Top Blogger Malaysia

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *