You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Suspek Kes Bunuh Pegawai AmBank Ditahan Polis

17,287,340 total views, 3,011 views today

Suspek Kes Bunuh Pegawai AmBank Ditahan Polis

Suspek Kes Bunuh Pegawai AmBank Ditahan Polis

Akhirnya suspek kes bunuh melibatkan pegawai AmBank telah ditahan polis di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi pagi semalam.

Suspek berusia 37 tahun telah menggunakan nama Ardi Hamza di dalam MyKad palsunya dipercayai datang ke sini, dalam usaha melarikan diri. Bagaimanapun suspek gagal mendapatkan khidmat tekong darat serta laut bagi membawanya pulang ke Indonesia.

Ardi menjadi buruan polis selepas membunuh pegawai AmBank Subang Jaya – Norazita Abu Talib pada 23 Oktober lalu sebelum melarikan wang tunai RM450,000.

Norazita yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ suspek.

Info Tambahan : Nama sebenar suspek  adalah Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal Sulawesi, Indonesia.

Bicara Bro : Tahniah Bro ucapkan kepada pihak berkuasa yang bertungkus lumus dalam penangkapan ini. Cuma Bro tertanya-tanya.

Bagaimanakah dengan suspek yang mengedarkan dan menyebarkan gambar mangsa tembakan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Suspek Kes Bunuh Pegawai AmBank Ditahan Polis

  1. padan muka..dahlah guna ic palsu..pastu mengaku rakyat sabah..membunuh pulak tu..manusia jenos apa pun x taulah..bg hukuman yg setimpal…gantung sampai mati mandatori..

  2. Kepada penjenayah2 dari seberang.. Jgn kamu fikir dgn melakukan jenayah di negara ini,kamu boleh selamat. Pihak polisi kami akan menjejaki kamu sehingga ke lubang cacing ! Ada fahaaam !!

Leave a Reply

Top