17,148,904 total views, 208 views today

Puteriku Lena Di Ketiak Ku

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Rahsia Bayi Lena TidurPuteri sulungku lena tidur di ketiak ku.

Apa rahsianya?

Mungkin sebab wangi sangat ketiak bapanya menyebabkan bayi lena tidur.

Lagipun ada orang cakap, anak perempuan memang manja dan mesra dengan bapanya berbanding dengan ibunya.

Betul ke Bohong?

Wa kenal mak lu, kita karen kumpulan yang menang…!!!

Sudah seminggu puteri sulungku dilahirkan ke dunia ini. Teringat lagi matanya yang bulat dan besar memandangku sewaktu aku iqamahkan di telingganya.

Awat anak daddy tak mahu tidur ini.

Aku lihat matanya melilau melihat orang sekeliling. Pandangannya penuh dengan perasaan teruja. Sedangkan bayi yang berada disebelahnya sedang lena tidur.

Setiap kali aku melawatnya di hospital,

Susah nak nampak dia tidur tetapi diam memerhatikan aku. Asalkan aku balik (waktu melawat habis) baru la dia start merengek nak itu nak ini. Sian dekat ibunya.

Satu yang aku perhatikan pada puteri sulungku.

Dia mudah tidur dan senyap dengan aku berbanding dengan ibunya. Ialah, tengok benih datang dari siapa kan he..23x (gurau je).

Disini Bro ingin kongsikan beberapa rahsia untuk buat bayi tidur lena :-

  1. Pastikan bayi tidak terlalu kenyang menyusu. Risau masa tidur, dia tersedak dan termuntah susu
  2. Pastikan bayi tidur dalam keadaan suhu yang selesa (tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas)
  3. Pastikan perut tidak kembung
  4. Bedung badannya bagi dia tidak terlalu lasak sewaktu tidur (ada kes bayi tercakar muka sendiri)
  5. Pastikan dia tidur berdekatan dengan kita (haba badan mampu beri keselesaan kepada bayi)
  6. Pastikan lamping (Pampers) bersih dan tidak basah.
  7. Sapukan bedak bayi sekiranya bayi jenis cepat berpeluh.
  8. Kena pastikan bayi lebih selesa tidur dengan mak dia atau bapak dia.

Maaf, tips ini dari pengamatan Bro sendiri terhadap anak sulung Bro. Bukan anak orang lain. Mungkin tips tak sama.

Jangan sesekali letak anak dekat ketiak sendiri.

Hari ini, selepas subuh Bro dah gerak balik ke Kuala Lumpur untuk berkerja. Ianya merupakan tempoh Bro dan bayi Bro berjauhan buat pertama kali.

Puteri Sulung Bro Framestone Iera Kan

Dapat mesej dari isteri lebih kurang pukul 12 tengahari.

Puteri sulung Bro tidak melelapkan mata sejak subuh tadi (tak mahu tidur walaupun banyak kali menguap). Mungkin sebab cari daddy dia, dia xjumpa kot.

Tengah fikir apa cara yang boleh buat bayi tidur walaupun Bro berjauhan.

Baju Bro (yang ada bau bro) semua Bro angkut sekali bawa balik KL. Sebab nak basuh, hujung minggu ini baru balik Perak balik.

Macam mane ek, kalau Bro hantar dia ke Johor nanti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Puteriku Lena Di Ketiak Ku

  1. anak bapak nie….tinggalkan baju @ kain untuk ubat rindu ler…

  2. bauan tu yg buat baby lena terus..hahah guwau je bro

  3. baby seawal lahir dah kenal bau ibu bapa dia…sebab tu kalau salah seorang xde dia macam gelisah…SA pun pernah alami…

  4. kena tinggalkan kain/baju yg kita dah pakai.. setiap kali ank tidurkan dia, selimutkan dgn kain/baju tu..baru dia blh lena tidur..
    berdasarkan pengalaman sendiri ni.. hehe..

  5. haih naluri bro sebagai seorang bapa dah lain dah skrg… no more the old u…

  6. Bayi baru lahir memang selalu tidur melainkan kencing, berak dan berasa lapar baru terjaga.

  7. asyiklah kalau sdh merawat anak bayi ..ada kepuasan tersendiri

Leave a Comment