Nasi Lemak Popular Lembah Klang

Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia.

Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya dan juga halia.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kadangkala hanya nasi dengan sambal sahaja (itu pun sambal bawang).

Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Nasi lemak,

Pada asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya.

Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain.

Sebenarnya, nasi lemak sesuai bagi mereka yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak (seperti berkebun/pembinaan etc) Kalau setakat kerje pejabat tak bergerak-gerak dari tempat duduk elok rasanya kurangkan makan nasi lemak.

Nanti jadi obesity pula.

Disini, Bro ingin kongsikan beberapa kedai nasi lemak yang popular di Lembah Klang. Tapi tak semua kedai Bro pernah pergi.

Senarai Nasi Lemak Popular Di Lembah Klang (2013)

  • Nasi Lemak Seapark/ Nasi Lemak Bumbung (Jalan 21/11B Petaling Jaya)
  • Nasi Lemak Bungkus Panas (Foodcourt Jalan 222)
  • Nasi Lemak Famous (Bangsar Selera, Jalan Telawi 1)
  • Nasi Lemak Pak Ayob/Nasi Lemak Beratur (Section 20, Shah Alam)
  • Tanglin Nasi Lemak (Komplek Makan Tanglin, Kuala Lumpur)
  • Village Park Nasi Lemak (Damansara Uptown, Petaling Jaya)
  • Lim Fried Chicken Nasi Lemak (Wong Soon Kee Coffee Shop, SS14 Subang Jaya)
  • Nasi Lemak Antarabangsa (Kampung Baru, Kuala Lumpur)
  • San Peng Nasi Lemak (Jalang San Peng, Pudu, Kuala Lumpur)

Bagaimana pula dengan nasi lemak di tempat anda?