You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Nama Puteri Sulung Kepada Bro Framestone & Iera Kan

Nama Puteri Sulung Kepada Bro Framestone & Iera Kan

Puteri Sulung Bro Framestone Iera Kan

Genap usia puteri sulung kami 8 hari yakni pada 11 November 2013 bersamaan dengan ulang tahun pertama kami suami isteri naik pelamin.

Bro telah berjaya (sebelum ini gagal) mendaftar kelahiran beliau di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Tanjung Malim.

Ramai yang bertanya, “apa nama anak”

Maaf sebab bro tak reveal awal. Bukan nak bajet artis ke retis ke apa. Cuma nak jaga privasi anak yang baru dilahirkan.

Nak pastikan nama yang kami berikan tidak terlalu berat untuk dia. Kalau berat, risau daftar nama lain, panggil dia nama lain (orang tua punya nasihat).

Tak perlulah korang dok pergi tanya sama Ben Ashaari (walaupun dia pernah datang melawat) sebab dia sendiri pun Bro tak beritahu nama si anak ini.

Nama Anak Bro Framestone Iera Kan

Nur Elfisha Binti Syukri

Itu nama yang Bro dan wife – Iera Kan beri kepada anak kami. Korang boleh panggil Fisha.

Bicara Bro : Baru sehari tak berjumpa, terasa rindu pula dengan si kecil ini. Dia lebih manja dengan Bro berbanding dengan ibunya.

Semalam balik-balik rumah Rawang, tercium bau dia dekat muka pintu. Ikut hati nak je balik Perak terus. Tapi tak larat nak berulang hari-hari ke KL kan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

31 thoughts on “Nama Puteri Sulung Kepada Bro Framestone & Iera Kan

  1. assalamualaikum fisha,

    semoga membesar dengan baik dan jadi anak yg solehah buat ibu dan ayah..hehe tahniah juga buat bro dan iera πŸ™‚

    p/s : nasib bukan letak oshin iera. lol !

  2. Alhamdulillah..tahniah bro dan kak iera,smoga adik Fisha menjadi anak yang solehah,taat kpd suruhanNya dan ibu bapa..nama anak bro nak dekat sama dengan nama anak kak irine,Fiska..hehehe

  3. Zaman sekarang pasangan muda suka nama panjang sehingga 3 perkataan. Sampai susah hendak sebut dan masuk tahun satu hendak menulis nama sendiri untuk anak akan memberikan kesukaran kepada si anak.

    Apa pun telah diberi nama baik-baik.

Leave a Reply

Top