Astro Naik Harga

Ada beberapa pelangan Astro akan menikmati kenaikan bayaran pada bil Astro mereka berkuat kuasa 24 November ini.

Kenaikan harga Astro tiada kaitan dengan kenaikan harga gula, rokok dan minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Macam Bro dikenakan kenaikan harga sebanyak RM 8.

Adeh, terasa juga la walaupun hanya RM 8 je. Sebab bukannya selalu ada masa layan semua channel yang dilanggan. Kenkadang 1 channel je Bro tengok sehari or TV yang tengok Bro.

Belum lagi kes terpaksa bayar RM20 untuk menyambung balik perkhidmatan (sebab lambat bayar)

Beberapa hari lepas, Bro ada update status dekat facebook, ramai pula yang tak tahu tentang perkara ini sehinggalah mereka terima surat cinta terkini dari Astro.