You are here
Home > Luahan Hati Seorang Blogger > Jadilah Blogger Yang Bertanggungjawab Terhadap Penulisan Blognya

Jadilah Blogger Yang Bertanggungjawab Terhadap Penulisan Blognya

Perkembangan teknologi yang terlalu pantas membolehkan setiap orang mampu memiliki blog sendiri dan secara automatiknya terus bergelar sebagai blogger.

Ada yang menjadikan blog sebagai tempat berkongsi cerita, diari digital mahupun tempat melepaskan perasaan amarah mereka. Tetapi, berapa ramaikah yang sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang mereka tulis atau luahkan di blog mereka?

Bro akui ramai yang merasakan mereka retis/artis di dunia blog dan mereka boleh menjana banyak income dengan menggunakan blog mereka. Tetapi layak ke mereka memberikan layanan yang agak kurang ajar kepada klient (sama ada yang ingin mengiklan di blog/yang di approach untuk mengiklan di blog)

Kisah Blogger Singapura Yang Kurang Ajar.

Kisah ini bro ingin kongsikan dengan anda. Mengenai salah seorang blogger Singapura, malangnya Bro sendiri gagal mendapatkan url blog beliau (sebenarnya tengah malas nak google dan bagi kredit free pada dia).

Baru-baru ini beliau tengah approach satu salon rambut – VivoCity untuk mendapatkan tajaan salon rambut beliau. Sebagai balasan, beliau akan menulis tentang ini di blog beliau.

Malangnya email beliau tidak dilayan (lambat balas) terus beliau menghantar email ugutan untuk menjatuhkan reputasi Salon tersebut di blog beliau sekiranya email beliau tidak dibalas dalam tempoh 24 jam.

Blogger Singapura Kurang Ajar

Adakah dia anggap dirinya terlalu diva untuk buat orang lain bagi respon kepada beliau dalam masa terdekat?

Walaupun Bro hanya blogger biasa merangkap orang biasa. Tak semua email yang Bro terima bro akan balas dalam masa terdekat. Paling lama pun 3 hari (itupun kalau Bro sempat check email yang 2-3 hari lepas)

Cuma sebagai blogger yang menagih tajaan untuk blog kalau boleh tak perlu bersifat macam ini.

Pengiklanan – Pemilihan Blog Yang Tepat.

Dalam dunia peniagaan – marketing. Bukan semua blog sesuai untuk mempromosikan produk terutama produk berbayar. Banyak faktor yang mereka pandang :-

  1. Siapa anda (xkan nak mengiklan di blog anonymous)
  2. Trafik blog (tak berbaloi mengiklan di blog yang trafik rendah)
  3. Target Audience (tak kan nak promote iklan tuala perempuan dekat blog yang pembacanya terdiri dari lelaki)
  4. Cara penulisan anda (penulisan yang boleh dibaca / di index oleh Google dan manusia pun boleh faham)
  5. Kreabiti blog anda (mempunyai reputasi blog yang baik – tidak di anti oleh PR Agency mahupun dilabelkan sebagai blog dibawah pemerhatian polis)
  6. Persaingan (blog tidak menulis tentang produk persaing)

Simple je benda ini. Tapi ramai yang selalu terlepas pandang. Pada mereka, asal ada blog sudah boleh jalan.

Kesedaran Blogger.

Ada sesetengah blogger baru dapat 2-3 projekย  berbayar, sudah pandai demand projek dengan PR Agency ataupun mana-mana syarikat yang berminat untuk gunakan perkhidmatan mereka.

top blogger LG Fiesta 2013

Perkara ini Bro perasan dan sedari.

Siap ada yang create komuniti blogger supaya mereka boleh demanding dengan mana-mana PR Agency / Company yang berurusan dengan mereka. Bagi Bro, tak salah pun nak buat macam itu.

Tapi sedar atau tidak, korang sendiri sebenarnya telah dipergunakan oleh PR Agency / Company tersebut (Kecuali kalau korang dapat payment dari mereka)

Untuk uruskan blogger kebanyakan mereka mendapat banyak bayaran dari klient. Tapi mereka tidak kongsikan dengan blogger tentang ini.

Ada juga PR Agency / Company yang guna blogger (blogger yang low trafik atau baru nak up) siap bayar blogger. Ini bagus, malangnya mereka hanya tangkap muat anda asalkan anda join projek mereka dan sudi bagi komitment (turun padang/pantas bertindak).

Bagi mereka, asalkan dapat tayang dekat klient dorang blogger ada join pun dah cukup dah. Mereka untung dekat situ lagi banyak dari apa yang mereka bayar blogger.

Tak pe, itu strategi dia.

Bro juga mempunyai strategi sendiri. Bro tidak kisah ada projek percuma asalkan boleh melibatkan blogger lain untuk terlibat sama. Di situ Bro boleh nampak mana blogger yang boleh diketengahkan dan yang mana mampu beri komitment kepada bro dan projek yang bro berikan.

Sedaya upaya bro akan usaha untuk marketkan mereka. Insya’lah ada rezeki buat mereka.

Jadilah Blogger Yang Sedar Diri.

Semalam Bro ada chat dengan seorang blogger yang bagi Bro agak terkenal tetapi suka merendah diri. Cantik orangnya dan blog beliau seronok dibaca walaupun beliau sudah berkahwin.

Beliau akui banyak dapat sponsor post dari beberapa syarikat. Siap terima bayaran 4 angka untuk satu projek. Bila dibandingkan dengan projek yang Bro hulur kepadanya agak besar juga jurangnya.

Tetapi beliau sedikit pun tidak demand dengan bro. Berapa yang Bro berikan dia akan terimanya.

Alhamdulillah, satu persatu projek dapat Bro hulurkan kepadanya walaupun kadangkala payment lambat beliau terima.

Blogger Switch for XTRA Road Challenge

Bajet Mengiklan Di Blog.

Tak semua syarikat mempunyai bajet yang mencukupi untuk mengiklan di blog. Memang mereka mempunyai duit, malangnya dalam kertas proposal awal – kebanyakan syarikat menyediakan bajet untuk pengiklanan tanpa memasukan bajet untuk mengiklan di blog.

Nampak macam bodoh bangang tapi itulah kenyataannya.

Selalunya bajet untuk blog adalah balance bajet yang sedia ada.

Kenapa jadi macam ini? Sebab mereka sendiri tidak nampak potensi blog untuk mengiklan sehinggalah ada pihak yang membuka mata mereka. Siapakah yang Bro maksudkan? – Semestinya PR Agency / Company dan juga anda (blogger).

Ada beberapa projek yang Bro uruskan, dan masalah terbesar yang Bro hadapi adalah pembayaran lambat. Term sebulan boleh jadi 3 bulan (itu ikut term syarikat tersebut).

Then timbul pula isu-isu lain seperti orang yang nak sign cheque tiada, pengurusan belum berbincang dengan bahagian kewangan (finance la tue). Belum kes dalam bank syarikat itu tiada duit (ada je syarikat yang running dengan sumber kewangan negatif).

Bila duit tak dapat atau lambat di terima terus up status itu ini, tulis blog itu ini tanpa mengetahui status sebenar. Secara automatik menjatuhkan kreabiliti dan keprofesionalan blogger tersebut.

Siap ada PR Agency / Company yang hubungi Bro meminta pendapat Bro tentang sesetengah blogger sebab terdengar khabar angin tentang blogger tersebut. Adeh, kadangkala rasa kasihan juga dengan blogger itu. Tapi nak buat macam mana, Bro hanya mampu tolong apa yang Bro mampu. Selebihnya terletak pada diri mereka sendiri.

blogger hangout one cinemas spectrum ampang

Bertanggungjawab dengan Penulisan Iklan Di Blog.

Baru-baru ini terbaca beberapa entry dari rakan blogger di blog mereka. Mereka blogger yang ada nama dan pengaruh mereka sendiri.

Mereka terima tawaran untuk buat sponsor post dengan bayaran lumayan di blog mereka. Bagaimanapun mereka perlu berfikir dua tiga kali sama ada untuk menerimanya atau tidak. Tetapi akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak menerimanya.

Kenapa?

Bayaran yang diterima mereka memang cukup lumayan. Cukup cukup lumayan bagi korang sure ada yang ternganga jika jumlahnya bersamaan dengan jumlah gaji sebulan korang.

Mereka menolak sebab mereka jenis yang bertanggungjawab dan tidak mahu menipu pembaca blog mereka.

Produk / Perkhidmatan tersebut memang mahal tetapi banyak komplen dari pelangan mereka yang sebelum ini dan perkara itu diketahui umum. Kadangkala duit tidak mampu membaiki reputasi sesuatu produk / perkhidmatan. Kecuali jika ianya menjadi semakin baik dari sebelum ini.

Pizza Hut ushers in the coming Ramadan and Raya celebrations with a unique 'Citarasa Ramadan' which includes the newly-concocted mouth-watering Sari Lautan Pizza.Bloggers were invited for a special preview.http://vernonchan.com/tag/pizza-hut/
Sorry jika ada mana-mana blogger yang terasa dengan penulisan blog Bro kali ini. Apa-apa pun kita makan dulu ek. Jika ada mana-mana PR Agency / Company yang sudi mengiklan di blog broframestone atau blog lain. Boleh hubungi saya – broframestone@gmail.com Insya’lah saya berikan komitment yang terbaik untuk anda.

Bicara Bro : Pernah jadi kes pada kenalan blogger yang mendapatkan rawatan muka dari satu syarikat komestik. Malangnya selepas 2 kali temujanji, muka dia jadi teruk. Tak pasti sebab alahan atau apa then syarikat tersebut tak nak bertanggungjawab dengan apa yang terjadi sebab beliau ditaja dan bukan pelangan mereka.

What the helllllll…!!!!

Silalah bertanggungajawab denga produk anda. Tidak kisah mereka pelangan ke apa, jika ianya melibatkan produk / perkhidmatan anda. Anda perlu bertanggungjawab dengannya dan menjaga nama baik anda sendiri.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

62 thoughts on “Jadilah Blogger Yang Bertanggungjawab Terhadap Penulisan Blognya

  1. betul tu bro, kita harus bertanggungjawab pada penulisan kita.
    kalau benar maka katakan yang benar.
    sifat tidak boleh terima “ditolak” seperti blogger itu adalah penyakit sikap, bila orang dah tak sudi kenapa menagih simpati lagi…lepaskan dan teruskan hidup…mudahkan.

    semoga aku akan terus bertanggungjawab pada setiap penulisan di blog aku.

  2. Blog saya kategori baby lagi. Banyak benda yang saya kena belajar. Tapi kekadang berdasarkan pengalaman , baru ada sikit dah bongkak. Antara benda yang saya takut dan kekadang tak sedar. Sebab tu saya suka baca segmen bro : luahan hati seorang blogger. Newbies digalakan baca segmen macam ni dan berblog walking ke blog senior yg lain.Ehehehe *peace bro*

  3. banyak lagi kena belajar… deno baru lagi, pernah dapat offer dari syarikat pengiklan tapi terasa diri ini sgt kerdil dan tak tahu nak terima ke tak.. last2 terpaksa tolak.. mujurlah dia faham :’)

  4. terbaikklah bro..pnjang dan penuh manfaat!!! sukaa…haha..klo blh lah ada mcm dulu kan best..bnda kalau tak berbyar pun mcm2 ilmu blh dpt..oh rindunyaaa
    p/s: nak kerat tangan boni..hahahah

  5. Best bro, satu entri yang cukup lengkap, cukup padat … jelas semua perkara, jelas semua benda. Harap lepas ini sebagai blogger perlu hati2 dalam terima tawaran, aku sendiri ada buat silap dalam terima tawaran pengiklanan.

    Tapi, bila benda dah jadi, apa boleh buat.

  6. fuh.. blogger yang macam ni pun ada?? bole plak main ugut2?? macam blogger bertaraf antarabangsa lagaknya..

    best entri ni bro.. padat dan sampai mesejnya..

    blog teman baru nak bertatih, lum pernah dapat offer lagi.. kecuali zalora.. hu3.. tp entah betul ke tak.. spam kot.. hu3

  7. Saya sebenar tidak berasa selesa menulis ketidak puas hati secara terbuka diblog kerana secara tidak langsung mengambar penulis blog itu sukar bekerjasama. Saya mengambil jalan untuk memperbaiki kedudukan blog dari segi teknikal adalah lebih baik kerana algorithm bot crawler selalu berubah.

    Tidak dinafikan ada advertiser tidak kisah jumlah trafik tetapi kesungguhan blogger itu sendiri. Hendak break barrier mendapat kepercayaan bukan sesuatu yang mudah kerana orang luar menilai dan mengenal blogger dengan cara penulisan. Ini telah mengubah persepsi saya mengenai satu Advertiser terkenal di Malaysia memilih mengikut niche blog dan targeted group bukan semata-mata trafik sahaja. Alhamdulillah ada Sponsored Post diberikan secara konsisten.

    Ada juga dapat bebarapa tugasan dari advertiser dari luar negara ada yang saya terima dan ada saya tolak. Antara sebabnya blog saya ditulis bahasa Melayu dan mempunyai targeted group. Walau bagaimanapun saya masih fleksibel jika rasa ia bersuaian akan terima dengan tangan terbuka.

    Ada event percuma dan dapat give door. Bergantung samada rugi atau tidak. Cuma saya hendak dikongsikan pernah dapat baucer berbelanja percuma dan baucer diskaun . Siapa sangka saya pernah dapat jimat RM100 untuk makan dan minum. Duit RM100 boleh digunakan untuk perkara lain. Jadi blogger perlu bijak membuat pertimbangan win-win situation. Sebagai tanda terima kasih biasanya saya akan tulis artikel mengenainya.

  8. Minta dijauhkan perangai sebegitu dari insan-insan yang dikenali
    Bagi saya, ada blogger atau syarikat yang ajak pun saya dah bersyukur sangat2
    Thanks Bro sebab rajin ajak join program
    Tapi ada masanya terpaksa tolak sebab komitmen kerja

  9. learning process keep on running..

    tak patut la ugut orang bagi sponsor lepas tu suruh reply dalam masa 24 jam..

    mintak sponsor kot..
    memalukan…

    lain la kalau mintak hutang…

    eh..!

  10. SA belum la sampai ke tahap mcm ni…huish..giler la..approach orang pastu cakap macam2…SA baru jer nak belajar…nasib baik baca entry ni..at least tau serba sedikit dunia blog…

  11. hoho..ada juga blogger begini. Good tips Bro. Saya menulis hanya untuk mengisi masa senggang. Tak pernah terfikir pulak ada orang buat blog hanya untuk mendapat sponsor sampai sanggup blackmail :O

  12. speechless baca entri panjang bro kali ni…
    nak tulis / email biar berpada walaupun nak demand tapi penggunaan bahasa tu biarlah elok. haih…

    PR gunakan blogger , perkara biasa. ada blogger yang kerja glemer sampai semua nya turun padang , payment tak da pun tak pe , konon harapkan next time tapi kecian je tengok. tapi good try.

  13. Bila muja baca yang pasal blogger wanita yang dah kawin tu.. Terus muja terbayangkan namee roslan.. Tak tahu kenapa.. Muja sendiri tak leh nak poyo..tak retis.. Huhuu

  14. susah juga kan… tapi kita buat aje lah yang termampu. kak mia pun ada dapat offer tinggi dari satu advertiser, belum sign agreement lagi, sebulan dapat 4 angka yang cukup besar bagi kak mia. dah macam gaji bulan2. masih dalam pertimbangan. belum accept lagi. sebab tahu, diri tidak sehebat mana… huhuhu

    apa-apa pun berbalik pada nawaitu kita berblog sebenarnya. jangan terlalu demand. ukurlah badan sendiri dulu….

  15. hehe gua masih tak berani nak dekat orang yang tak kenal pastu minta mereka beriklan dekat tempat gua, yang gua berani cuma untuk member – member yang baru nak start buat bisnes dengan upah ikhlas kau lah bro nak bagi berapa.

  16. thanks bro sbb sudi kongsi pendapat dan pengalaman bro ni. bagus jugak bro buat macam ni. bagi blogger lain, aggap ini satu pembelajaran dan teguran baik. really salute ngan bro nih.

  17. terima kasih bro, ni pon sebagai peringatan pada diri sendiri . menulis sebab minat, yang rezeki tu datang kemudian fikir. kalau ada, Alhamdulillah. hehe sebab blog saya, blog ciput je. hehehe

  18. padat bro padat. yang tak padat ,saya selalu ada komitmen last minute bila nak attend program bro ! rugi pun iye,hmmmmmm… PR tu?hmmmmmmmmmm… actually onie berat hati gila nak join memana event/advertising dari PR yg tak pernah kenal,tapi disebabkan nak hiburkan diri ni, terima jela… maybe lepas ni akan kurang turun padang,maybe?tengok keadaan. btw, entri bro kali ni memang tobaik.

Leave a Reply

Top