17,159,549 total views, 115 views today

Huawei Ascend G700 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Huawei Ascend G700

Huawei telah melancarkan model terbarunya Huawei Ascend G700 untuk pasaran Malaysia pada harga RM899 dan boleh didapati di pengedar sah Huawei seluruh negara.

Ianya merupakan telefon pintar 5″ dengan paparan IPS HD (1280 x 720 pixel). Didatangkan dengan 8 Mega Pixel kamera LED Flash dan 1.3 Mega Pixel kamera hadapan.

Beroperasi menggunakan Android 4.2, disertakan Emotion UI Huawei, penggunaa dua SIM, prosessor 1.2GHz quad-core MediaTek Cortex-A7 SoC dan 2GB RAM.

Bro Framestone Menang Huawei Ascend G700

Bergambar dengan Huawei Ascend G700 yang dimenangi (oleh orang lain).

Berita Baik Buat Pengguna Produk Huawei.

Terdapat berita baik buat pengguna produk Huawei (tak kisah telefon atau broadband – rasanya ramai pengguna tidak tahu mereka sedang menggunakan produk Huawei, maka elok korang pergi check).

Anda boleh datang bersama produk Huawei yang anda guna ke mana-mana pengedar sah Huawei yang terlibat. Anda boleh membawa pulang free gift dengan setiap pembelian produk Huawei yang terpilih.

Antara Produk Huawei yang anda boleh dapatkan :-

  • Ascend P6
  • Ascend P2
  • Ascend Mate
  • Ascend G700
  • Ascend G510
  • Mobile WiFi E5776
  • MediaPad Vogue
  • MediaPad Youth

Selagi stock masih ada.

Contest Huawei

Contest Huawei Untuk Anda Sertai.

Korang boleh sertai 2 contest yang berlangsung di Facebook page – Huawei Device Malaysia dimana anda boleh memenangi hadiah harian, mingguan atau bulanan. Ianya termasuk boucher membeli belah dan telefon pintar Huawei.

Pemenang harian – Boucher membeli belah bernilai RM100

Pemenang mingguan – Huawei Ascend P6 atau Huawei Ascend Mate.

Bagi hadiah bulanan pula – boucher perlancongan yang bernilai RM10,000.

Contest pertama bermula 16 November hingga 15 Disember 2013. Anda hanya perlu mengambil gambar produk Huawei dan kongsikan di wall Facebook page – Huawei Device Malaysia beserta dengan slogan kreatif.

Contest kedua pula bermula 16 DIsember 2013 hingga 14 Februari 2014. Anda hanya perlu cari perbezaan antara 2 gambar dan lengkapkan slogan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “Huawei Ascend G700 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

  1. Whoaa macam best je ni.. macam bestt je ni…

    hehehe… terlalu banyak sangat gajet skunk…

    1. Pergi la join contestnya kikie….

    1. Dorang ada cakap, ada harga special untuk blogger.. Tapi bro lupa nak tanya dengan lebih lanjut dengan dorang.

  2. salam.adakah ini jenama terbaru? kalau ada duit orang akan kata nak beli.tapi kalau membazir payah juga. hu…

    1. Jenama ini dah lama, cuma tak ramai yang sedar tentang kewujudannya…

  3. baru tahu gadget nie….boleh join ler contestnya…mana ler tahu ada rezekikan…..!

    1. Join jangan tak join…. Mana tahu boleh menang ke kan…

  4. Huawei sudah lama berada di pasaran Malaysia terutama modem memang digunakan oleh jenama terkenal seperti Vodafone

  5. hebat hadiahnya, terutamanya boucher pelancongan RM10,000. selamat mencuba semua.

  6. contest dia senang je..tp confirm ramai orang join ni tu buat susah nk menang..hahaha

  7. kalau gua pinjam gambar lu tgk pengang hp tu utk join contest ni boleh tak..? haha 😀

  8. Tergugat pulak tengok.rasa nak angkat baru,tapi masih sayangkan si Samsung… T_T

  9. banyak betul gajet baru sekarang erk…mahal ngan murah jer…SA masih setia dengan samsung ni lagi…hehehehe…tunggu biz maju skit..baru angkat satu la…

Leave a Comment