March 29, 2024

Awas! Wang RM100 Palsu

Duit Kertas RM100Awas! Berhati-hati dengan wang palsu RM100 yang mungkin anda terima atau miliki.

Seorang pemilik kedai kasut di Taman Seremban Jaya, kecewa apabila mendapati not RM100 yang diterimanya daripada seorang pelanggan merupakan wang palsu.

Madam Loh, 42, berkata, wang berkenaan diterima Jumaat lalu, dan hanya disedari oleh anaknya ketika mengira hasil jualan pada hari sama, sebaik saja kedainya ditutup.

Ketika anaknya sedang mengira wang, tiba-tiba dia memanggilnya dan memberitahu terdapat sekeping RM100 yang kertas dan warnanya mencurigakan.

Wang tersebut diterima daripada seorang pelanggan lelaki yang sebelum itu membeli sepasang kasut di kedainya.

Menurutnya, lelaki itu keluar selepas membuat pembayaran, namun berpatah balik untuk membuat tukaran sekeping wang RM100.

Bicara Bro : Kadangkala bila keluarkan duit dekat ATM. Keluar not RM100 fikir dua tiga kali dan berharap ianya bukan duit palsu. Bro pernah dapat duit not Rm50 yang lain warnanya berbanding duit lain (dari ATM). Duit itu Bro dah gunakan sewaktu membeli makanan (zaman student dulu).

Patutlah sekarang, kalau Bro pergi makan dan hulur not RM100 sure cashier buat muka semacam. Bro anggapkan je dia xde duit kecil.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Awas! Wang RM100 Palsu

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *