You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Suami Panas Baran : Belasah Isteri

17,281,204 total views, 2,734 views today

Suami Panas Baran : Belasah Isteri

Ramai yang inginkan rumah tangga yang bahagia mendapat suami yang penyayang dan mampu memberi kasih sayang serta perlindungan kepada mereka.

Tetapi langit tidak selalunya cerah, kadangkala hujan berserta dengan ribut petir + halilintar.

Suami yang dicintai rupanya seorang yang panas baran. Ianya tidak terkawal dan mula melepaskan amarahnya kepada isterinya. Isterinya dipukul dan dibelasah.

Masalah rumah tangga betul la.

Bro sendiri pun seorang yang panas baran juga (sebelum kahwin) cuma selepas kahwin ini, barannya entah hilang ke mana entah. Masih mampu mengawal kemarahan.

Jarang memarahi isteri (ke tak pernah – ada kot sikit-sikit), tetapi selalu menegur jika ada benda yang tak kena.

Terbaca akhbar hari ini tentang 3 kes yang lebih kurang sama (tengah musim suami belasah isteri kot)

Pukul isteri selepas enggan beri sperma.

Seorang anggota tentera bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor dalam kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya

Si isteri merupakan warga Indonesia manakala suaminya merupakan lelaki tempatan. Mereka dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, sperma lelaki itu diperlukan untuk membolehkan pasangan terbabit menjalani ujian kesuburan.

Si suami gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur. Mata kiri mangsa lebam, hidung berdarah dan sakit seluruh badan akibat dipukul.

Note : Mungkin sebab ego dan tak nak mengaku ada masalah kesuburan, kes macam ini terjadi.

Suami dituduh mencederakan isterinya.

Seorang pegawai TUDM berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan isterinya.

Bagaimanapun si suami mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menyepak isterinya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000.

Tertuduh membayar wang tersebut.

Suami baran mahu isteri kembali.

Seorang pegawai veterinar berdepan hukuman penjara setahun dan denda atas tuduhan membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital Ogos lalu berharap wanita itu berfikir sedalam-dalamnya mengenai hubungan mereka.

Beliau sedia maklum mengenai kenyataan isterinya sebelum ini yang tidak lagi mahu kembali ke pangkuannya

Sebelum ini beliau dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dan perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda

Bicara Bro : Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan panas baran tidak dapat dikawal. Tekanan perasaan, tekanan kerja mahupun tekanan dari pihak ketiga. Hasutan syaitan pun boleh diambil kira.

Banyak-banyakan mengucap dan beristifar. Kalau rasa nak marah, cepat-cepat elakkan atau pergi ambil air sembahyang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Suami Panas Baran : Belasah Isteri

  1. baru semalam saya baran dengan budak UTEM yang menyewa rumah saya, boleh ugut-ugut tak mahu bayar sewa pulak…..rasa nak halau jer budak tu keluar rumah, tapi my hubby sabarkan saya….lastly saya beristifghar dan tidur sebab kepalo den poning kalau asyik marah-marah…..huhu

  2. Saya percaya kes suami Baran yang suka belasah isteri ini ada kaitan dengan pesakit hati… Hati mereka sebenarnya sakit tanpa mereka ketahui… Jadi, jom kita renovate atau renew semula hati kita dengan melaksanakan 5 perkara… 😉

  3. macam2 hal la sekarang ni sampai naik takut plak SA nak kembali bergelar isteri…masa bercinta memang la semua indah…dah kahwin baru kita tau perangai sebenar kan…hurm…menakutkan..

  4. Fiza, org tinggi suara sikit pun dah nak nangis, ni kan pulak kalau kene dgn yg panas baran :'( alhamdulillah tak pernah lg alami situasi menakutkan mcm tu .. Semoga hati suami suami yang terlibat ni sentiasa di penuhi NUR , biar jauh dr mengulangi perbuatan tu lagi .

Leave a Reply

Top