17,171,099 total views, 950 views today

Set Teppanyaki Dan Steamboat Dari Lazada

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Set Teppanyaki Dan Steamboat Dari Lazada

Tradisi keluarga Mohammad Nor (yakni ayah Bro) memang suka makan beramai-ramai bersama keluarga. Kemeriahannya lagi terasa bila semua anak dan menantunya berkumpul bersama.

Selalunya, kami berkumpul di Perak.

Tapi kadangkala, family lagi suka bertandang ke rumah Bro di Rawang.

Kalau tak bawa mereka makan di luar, kami akan buat BBQ atau steamboat di halaman rumah. Memang meriah rasanya.

Takada Teppanyaki Steamboat TK-3888

Takada Teppanyaki Steamboat TK-3888

Cuma sejak pindah ke rumah baru, halaman rumah tak sesuai sangat nak buat BBQ atau steamboat. Maka tergerak hati nak survey secara online, dan terjumpa Set Teppanyaki dan Steamboat (Takada Teppanyaki Steamboat TK-3888) yang dijual di Lazada.

Memang Bro tidak lepaskan perluang ini dan terus membelinya.

Tetapi ambil masa 2-3 kali fikir nak beli atau tidak, takut tertipu. Kan selalu kita dengar cerita dimana ada kes orang beli barang online tetapi barang tak dapat atau dapat barang yang salah.

Dalam tempoh tidak sampai 2-3 hari, barang sudah sampai ke rumah Bro.

Lega rasanya bila barang yang Bro beli dari Lazada selamat diterima dalam keadaan sempurna.

Sticker Lazada

Nampak tak sticker Lazada tue?

Lagipun ini merupakan kali pertama shopping secara online di Lazada. Bro lebih berminat beli sesuatu yang boleh digunakan oleh seisi keluarga dari beli barang untuk kepentingan peribadi.

Benda yang Bro beli ini merupakan set teppanyaki dan juga steamboat (kira macam 2 in 1 la). Dan menariknya ianya menggunakan elektrik.

Yup elektrik.

Dan anda boleh mengawal kepanasannya sewaktu memasak.

Controller Takada Teppanyaki Steamboat TK-3888

Anda boleh memilih tahap kepanasan yang anda inginkan dari 90 hingga ke 190 darjah celcius.

Panas-panas nie tak bahaya ke?

Jangan risau, ianya didatangkan dengan satu lapisan yang mampu menahan kepanasan dan mengelakan tangan atau anggota badan terkena kuali panas ketika memasak menggunakannya.

Asalkan anda menggunakannya dengan berhati-hati.

Cadang nak usha lagi website Lazada, kot-kot ada produk yang menarik perhatian dan berbaloi untuk dibeli. Siapa yang belum pernah shopping online, jom cuba pengalaman shopping di http://www.lazada.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Set Teppanyaki Dan Steamboat Dari Lazada

  1. tak pernah shopping di Lazada lagi kalau di street deal @ groupon tu pernah ler…

    1. Bro pernah beli dekat groupon tapi xpernah guna pun kupon dorang. Dah nak tamat tempoh dah nie.

  2. Hmm… Menarik Set Teppanyaki dan Steamboat ni… Lepas ni bolehlah buat Steamboat selalu… Erk, bila bro buat steamboat dekat rumah nanti, jangan lupa ajak saya makan sekali yer… hehehe

    1. Kalau nak ajak, bro kena beli lagi satu… Yang ini sesuai untuk 3-4 orang je pada satu2 masa…

  3. Yang guna elektrik nie mesti best kan. Tak perlu risau gas habis, rumah meletup dan daging bakar hangus. Nak control senang dan mudah nak guna. Tak berkecah jadinya kan.

    1. Tapi tak tahulah penggunaan elektrik bagaimana ek.. Bro anggap macam penggunaan iron dan pembakar roti je kot.

  4. saya memang jarang shopping online ni bro…tapi kalau nak beli online pun…kena survey2 dulu…kalau nama pernah dengar macam lazada ke…baru berani nak beli…takut kena tipu…hee

    1. Ramai yang takut kena tipu, macam bro lately memang rajin beli benda online..

  5. Best ni kalau dapat masak steamboat kat umah,,,

    1. Jimat duit dari makan dekat luar… Cuma tak banyak benda boleh dimakan la jika dibandingkan dengan dekat kedai tue.

  6. Lazada punya servis sekarang memang tip top.

    1. Perubahan seperti ini yang kita nak sebenarnya.

  7. best r bro..lepas ni tiap2 hari buat steambot

    1. Xde la tiap2 hari.. Banyak fungsi yang boleh digunakan, nak goreng boleh.. nak salai ke memanggang ke…

  8. Bila nak ajak makan Steambot dirumah bro? 🙂

    1. Insya’lah ada rezeki nanti bro buat ek 🙂

  9. jom serbu…..SA pun nak cari la…mana tau jumpa apa2 yang sesuai untuk rumah SA

    1. Apa2 yang tak sesuai dekat rumah SA boleh ulur ke rumah bro kecuali sampah ek

  10. lepas ni tak perlu ke kedai, buat steamboat sendiri kat umah^^

  11. safiyah

    macam best jerk….berapa price masa awak beli ?…
    mahal tak???

  12. Assalam…saya ade jual set ni..kalau berminat, meh la jemput ke FB saya Lemari Bondaku https://www.facebook.com/lemaribondaku?ref=bookmarks

    atau whatsapp 016-3024371 🙂

Leave a Comment