April 26, 2024

Punca Kenaikan Harga Rokok – RM12 Sekotak

harga rokok naik malaysiaRokok naik lagi berkuat kuasa malam tadi kepada RM12 bagi sekotak 20 batang rokok.

Pengeluar rokok, British American Tobacco Berhad (BAT Malaysia) dan JT International Berhad (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran syarikat masing-masing sebanyak RM1.50 hingga RM2 sekotak.

Banyak juga jumlah kenaikannya.

Ini menjadikan harga rokok seperti Dunhill, Kent, Winston, Salem dan Camel untuk 20 batang sekotak berharga RM10.50 hingga RM12 berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.

Menurut kenyataan kedua-dua pengeluar rokok berjenama di Malaysia ini, pihak mereka terpaksa menaikkan harga rokok keluaran masing-masing :-

  • Ekoran berdepan dengan peningkatan cukai tembakau sebanyak 14 peratus oleh industri
  • Saingan perdagangan rokok haram yang diseludup masuk ke Malaysia.

Kenaikan cukai tembakau akan naik dari masa ke semasa. Tiada kaitan pun dengan kenaikan harga pasaran minyak (kecualilah kalau nak bahan dalam rokok menggunakan RON95, RON97 atau Diesel he..23x). Dari duit cukai inilah bakal dinikmati oleh rakyat dalam bentuk BR1M (kalau dapat la kan)

Tang persaingan perdagangan rokok haram tue, memang tidak boleh dinafikan. Dalam dunia perniagaan memang akan berdepan dengan saingan sebegini.

kenapa orang merokok

Kalau pihak kastam, maritim mahupun pihak berkuasa dapat menumpaskan penyeludupan rokok haram, harga rokok tetap tak akan jatuh juga. Lagipun rokok haram xde jual secara terbuka seperti 7e, kedai mamak mahupun dalam pub/kelab malam.

Kalau warung dekat kampung-kampung tue boleh juga diterima.

Kenaikan harga rokok di negara ini dilakukan dalam tempoh empat bulan selepas BAT Malaysia dan JTI mengumumkan kenaikan rokok pada ke 3 Jun lalu.

Bicara Bro : Merokok tidak baik untuk kesihatan dan juga duit poket sendiri. Nak jimat, paw atau berkongsi rokok dengan rakan anda (sama dengan kempen kerajaan berkongsi kereta)

Kenapa kerajaan tak buat kempen berkongsi suami ek )dapat juga mengurangkan andartu, ibu tunggal etc.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Punca Kenaikan Harga Rokok – RM12 Sekotak

    1. He..23x lambakan rokok haram kena fikir juga apa puncanya terlalu banyak rokok haram boleh terlepas masuk…

      Sebab permintaan tinggi dan harganya lebih murah.

      Begitu juga kot dengan kes seludup minyak ke negara jiran

  1. behenti rokok pun paling bagus….
    cagangan bro kongsi rokok, macam ada pengalaman zaman sekolah je…heee
    nak benteras 100% rokok tak bercukai memang susah rasanya, macam sedudup rokok keritik juga, berlanjutan.

  2. Betul tu.. saya setuju dengan pendapat rakan-rakan…. Sebelum ini setiap kali kenaikan harga rokok saya ingat, rakan-rakan saya yang merokok akan berhenti membeli rokok… Rupanya tidak, malah ada tu makin rajin pula menghisap rokok… Jadi, bagi perokok tegar harga rokok naik atau turun tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus merokok…

    Tapi tak tahulah kalau kerajaan nak buat kempen siapa berenti merokok baru boleh berpoligami… Mungkin ramai perokok sanggup menyahut seruan berhenti merokok…

  3. Sememangnya memang bagus naik harga rokok. Pendapatan negara pun meningkat lebih banyak dengan duit perokok tegar yang byk menyumbang kpd hasil negara. Jadi, kenanglah jasa perokok tegar. Hehe…

Leave a Reply to 10 Entry Popular Blog Bro Framestone – Oktober 2013 | Bro Framestone Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *