17,153,150 total views, 4,454 views today

Kia Picanto – Kecil Tetapi Banyak Kelebihannya

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Kia Picanto

Kia Picanto terkini hadir dengan ciri-ciri premium yang mampu memberi saingan terhadap kereta yang berada didalam kelasnya.

Walaupun ianya kecil, tetapi mampu memberi banyak kelebihan kepada anda.

Peningkatan kos sara hidup memberi kesan kepada mereka yang baru ingin memulakan kehidupan selepas selamat berlajar dan baru memulakan kerjaya baru dengan gaji minimum.

Kedatangan tahun 2014 tidak lama lagi memberi kesan dan cabaran kepada anda yang terdiri dalam golongan ini.

Perkara pertama yang anda akan fikirkan adalah kereta bila tamat berlajar dan mula berkerja. Tetapi kenaikan harga barang api memberi impak yang cukup besar kepada anda.

The new Kia Picanto

Dengan kehadiran Kia Picanto yang terbaru ini mampu memberikan harapan buat anda yang ingin memiliki kenderaan sendiri dalam masa yang sama tidak membebankan status kewangan anda.

Hadir dengan enjin berkapasiti 1.2 Liter dan dijangka akan berada di pasaran Malaysia penghujung bulan Oktober ini.

Menggunakan “smart key” dan “push start button” untuk menghidupkan kereta. Rim Aloi bersaiz 15″ menjadi pilihan orang muda seperti anda dengan 25% lebih ruang untuk meletak barang anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Kia Picanto – Kecil Tetapi Banyak Kelebihannya

  1. Design sesuai utk awek dan budak2 muda

  2. berbaloi dengan teknologi yang ada, sesuai untuk golongan muda yang belum berkahwin, tapi berapa harganya ni….?

  3. Kenderaan ini untuk digunakan pergi kerja memang sesuai macam di negara Eropah.

  4. nak parking pun senang kereta saiz begini…

  5. lampu dia macam myvi sikit kan

Leave a Comment