March 29, 2024

Kepentingan Smart Phone Pada Seorang Blogger

kotak iphone 5Smart Phone (telefon pintar) sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat zaman ini.

Dengan kehadiran beberapa syarikat menghasilkan smart phone terbaru dan terkini setiap tahun menyebabkan Bro sendiri pun ketinggalan jauh, hanya mampu fokus pada model tertentu je.

Terpaksa refer pada blog Amanz.my untuk tahu perkembangan teknologi terbaru.

Baru-baru ini Bro diajukan oleh seorang blogger – Deno

“Adakah gadget seperti smart phone penting untuk seorang blogger tegar?”

Ini Jawapan dari Bro Framestone.

Menjadi seorang blogger tidak mewajibkan anda perlu memiliki smart phone (harap majlis fatwa blogger-blogger Malaysia tidak blacklist kenyataan ini).

Sekiranya ada, ianya menjadi satu kelebihan kepada blogger tersebut. Terutama kepada blogger yang hidupnya bukan menghadap laptop/komputer 24 jam.

Ini kerana pengaruh seseorang blogger bukan hanya dinilai pada kualiti blognya (trafik blog, cara penulisannya dan juga jumlah pengikutnya) tetapi juga pada  social media yang lain – facebook, twitter, instagram etc.

iPad Mini MSMW2013

iPad Mini yang Bro menangi pertanding tweet terpantas secara berturut-turut. Rezeki isteri dan anak dalam kandungan tempoh hari. Tweet pakai handphone je nie.

Bro sendiri nampak,

Blogger atau individu yang menjadi perhatian (syarikat pengiklanan yang sanggup bayar beribu kepada blogger) mempunyai pengaruh yang kuat bukan sahaja di blog bahkan di facebook, twitter, instagram etc.

Sebarang perkongsian mereka sentiasa mendapat ramai respon dan mampu menhebohkan maklumat produk dan meningkatkan branding syarikat tersebut.

Dan kebanyakan mereka bukannya 24 jam menghadap laptop/komputer. Benda ini boleh dikongsikan di laman sosial melalui telefon pintar mereka. Nampak tak kepentingannya disitu untuk dijadikan sebagai alternatif gajet yang sedia ada.

Lagi satu,

Nak jadi blogger tidak memerlukan anda menggunakan smart phone yang terlalu canggih dan harga mencecah ribuan ringgit. Kalau mampu tak pe, kalau tidak……….

Cukuplah guna smart phone yang anda termampu. Jangan paksa diri.

Nanti hilang smart phone itu ada pula yang menangis tak berlagu atau tak selera nak makan. Kena fikir juga kalau smart phone rosak, kita mampu ke nak repair dia.

(Bro ada beberapa smart phone yang telah rosak. Dari repair, baik bro beli yang baru sebab harga nak repair dia pun boleh tahan juga he..23x).

Window 8 - Nokia Lumia 925

Sekiranya anda sudah memiliki smart phone, jangan pula ianya sekadar hiasan je. Gunakan ianya sebaik mungkin.

Bro guna smartphone untuk memudahkan :-

  1. Call & sms (ini normal)
  2. Check email (2-3 email bro sync sama di facebook)
  3. Update facebook, twitter, instagram etc
  4. Update blog
  5. Ambil gambar
  6. Edit gambar
  7. Rakam video temubual

Dan banyak lagi. Kenkadang sampai hang handphone yang Bro gunakan (Sekarang Bro guna iPhone 5. Itu pun hang juga bila bro gunakan. Maybe kena pakai iPhone 10s kot he..23x)

Sekiranya anda sudah memiliki smartphone tetapi tiada pelan data (tak semua orang mampu nak bayar bil telefon bulan-bulan atau mampu langgan internet) dan susah nak cari wifi FREE, rasanya tak berbaloi juga.

Maka fikirlah mana yang terbaik buat anda :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Kepentingan Smart Phone Pada Seorang Blogger

    1. Penting sebab:-

      1. senang nak communicate lelagi rakan blogger dan sejak ada smartphone ni banyak contact through internet mcm whatsapp,wechat, fb,twitter blablablabla semua tu,haha. Oh actually bukan rakan blogger je, kawan-kawan ,saudara mara pun guna benda yang sama, sebab sekarang internet memang penting walau dimana saja. setuju tak bro?

      2. Smartphone paling senang nak access internet. Tu pun kalau data ada lagi,kuikuikui. kira, tayah sesusah nak bukak laptop,tapi kalau update blog memang guna laptop la,puas,hihi..

      3. Ambik gambar!!!! kalau dulu bawak kamera kehulur kehilir,sekarang guna smartphone je,senang. Satu gadget 3 in 1, rasanya bukan 3 in 1 dah kot, satu pakej yang lengkap dah bila ada smartphone ni.

      4.Satu kelebihan bagi blogger yang ada smartphone bila ada di event, bro tahu kan?hihi

      5. Macam-macam apps membantu bagi yang ada smartphone ni.

      haa tu je kot,onie pakai smartphone pun sebab bos onie yang kasi hadiah,kalau tak memang tak mampu gak nak ber-smartphone ni,kihkihkih…

    1. Bergantung juga… Macam Bro if update guna phone, gambar semua memang bro set ukuran dan settingnya menarik sama seperti bro update guna laptop.

      Malangnya post tersebut tidak boleh nak set SEOnya.

    1. mksud shida screen lebih besar tu cntoh macam lappy lah atau komputer cuma bezanye susah nk khulu khilir dgn kdua2nya sbb size yg besar n mmerlukan kabel untuk cas pula hehee..

  1. Betul tu bro… Smartphone sangat diperlukan oleh seorang blogger… Sekarang ni saya guna Smartphone murah jer… HTC … Dan terpaksa guna Wifi dekat rumah untuk melayari internet…

  2. bagi SA memang keperluan for me as a secretary..segala mak nenek email company sync sekali ngan personal email, kadang2 SA kena jawab email boss, x lama lagi nak appraisal so SA nak mintak la big boss naikkan elaun…hahaha…mana tahan elaun hp sikit benau…selain tu mmg penting untuk kerja2 blog…opps..kerja plak…bahan2 untuk blog la…..hahahaha

  3. Smartphone memang penting bagi blogger. Tapi jangan salah guna. Smartphone sepatutnya digunakan untuk aktiviti2 yg bagi faedah kepada blog kita, dapat hasilkan pendapatan dan sebagainya.

    Kalau asyik guna untuk main game je baik beli playstation lagi layan..

  4. smartphone memang agak penting juga bagi blogger tapi bab nak update blog guna phone tu sy tak biasa sangat…ada pula yang beli smartphone semata2 nak tengok youtube, main game…kalau macam tu baik tak payah beli…hee

    P.S – pelan data tu penting untuk pengguna smartphone sebab bukannya semua tempat menyediakan WiFi free…ada WiFi free pun kadang2 slow..hampeh..hee

  5. terpanggil untuk memberi komen, nak beli yang mahal, 10 kali fikir, sebab diluar kemampuan, cukuplah dengan apa yang ada, ada rezeki terpijak, insyaallah…. :)

    apapun, smartphone memang berguna untuk warga seperti kita.. ecewah..

Leave a Reply to onie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *