17,167,153 total views, 673 views today

Kenapa Salah Faham Ini Dijadikan Kontroversi?

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

broframestone paparazzi
Terus terang, Bro bukannya manusia yang sempurna. Ada juga melakukan kesilapan dan ada juga cacat celanya. Harap apa yang Bro tulis ini anda baca dan fahami situasi sebenar.

Tak nak salah faham ini jadi anda pun boleh tersalah faham sama.

Tak semua event yang Bro jemput blogger berbayar.

Bro bukannya pilih kasih dalam bab memilih mana blogger berbayar dan mana yang tidak berbayar. Bro tiada hak.

Bagi mereka yang terlibat dalam business berkaitan dengan social media mesti tahu tentang perkara ini. So Bro cuba terangkan seringkas yang boleh.

Sponsor Post untuk Blogger

Tak semua blogger mampu menarik minat syarikat-syarikat besar untuk mengiklan di blog mereka. Maka wujudlah beberapa syarikat yang menjadi perantaraan antara blogger dan syarikat tersebut.

Contoh syarikat yang sedia ada – Nuffnang, Advertlets, Innity, PersonEdge, Ogivy etc.

Dan Bro sendiri berkerja dan ada kaitan dengan syarikat yang Bro nyatakan diatas. Tugas hakiki Bro sebenarnya hanya buat programming web untuk klient sebelum diserapkan untuk menguruskan kempen tahunan untuk promosi WeChat.

Dalam masa yang sama disebabkan Bro salah seorang blogger yang berpengaruh dalam komuniti blogger melayu. Bro diminta mencadangkan blogger yang terbaik untuk dipanjangkan nama kepada mana-mana syarikat yang ingin mengiklan di blog.

Antara blogger yang kerap bro panjangkan nama mereka :

  1. Ben Ashaari
  2. Lyssa Secret
  3. Yana Yassin
  4. Shakiddo
  5. Ruby
  6. Puan Bee
  7. Ariff Shah

Bro hanya fokus pada mereka sahaja bukan sebab mereka ini otai blogger ke apa. Blog mereka memang berkualiti dan sesuai untuk menjaga imej produk yang akan diiklankan.

Dan blogger ini sahaja yang selalu dapat payment untuk cover event ke apa.

Tapi disebabkan bro ingin lahirkan suasana sihat dalam komuniti blogger. Bro open dekat wall fb bro kot-kot ada blogger yang sudi join event. Blogger ini tidak berbayar dan bro tidak dapat apa-apa payment untuk bawa dorang.

Blogger James Bond Skyfall

Bro bawa dorang pun sebab ini je masa sesuai untuk hangout together dan kenal satu sama lain. Dari situ Bro rapat dengan beberapa blogger (dari dtg event free terus ada payment sikit-sikit – sebab bro panjangkan nama dorang dekat klient dan klient pun pilih blog mereka untuk dibayar) :-

  1. Deq Noor
  2. Nurul Siezuka
  3. Hafiz Rahim
  4. Melastik Bintang
  5. Dkna
  6. Eazy Izzuddin
  7. Shakiddo
  8. Boni Kacak
  9. Aku Biomed

dan beberapa blogger lagi. Mereka semua datang dulu sekadar suka-suka dan bro nampak komitment dorang, maka bro panjangkan nama mereka.

Alhamdulillah, memang ada rezeki untuk mereka. Walaupun payment lambat masuk, kadangkala sampai 10 bulan. Tetapi sekali masuk, banyak juga mereka dapat.

Dan alhamdulillah mereka masih support dan join event under Bro walaupun event berbayar atau tidak. Sebab kita anggap ini je masa yang kita ada untuk lepak bersama. Berbual bersama.

Setakat berbual di facebook atau sms. Feelingnya rasa lain sikit tak sama kalau jumpa face to face.

2 tahun dengan mereka

Event Blogger.

Blogger Movie Day Out - Cloudy With A Chance Of Meatballs 2

Tak semua event blogger under Bro berbayar. Kenkadang ada PR atau mana-mana kawan nak kan blogger coverage, mereka akan roger bro.

So bro open dekat wall facebook kot-kot ada blogger yang free (ada masa lapang) nak join event itu. Bro rasa ramai je yang nak join sama. Dari situ Bro kenal dan rapat :-

  1. Hazwan Hairy
  2. Izzara Qistina
  3. Ayue-Jean
  4. Syukri Tahir
  5. Sohoque
  6. MrJacko
  7. Myra Vea
  8. Anarm
  9. ladfe Amir
  10. Fazrol Amer
  11. Kikie

dan beberapa blogger.

Pernah jadi kes, Bro dapat tajaan movie untuk bawa blogger. Sekali Bro bawa blogger datang, tiket tiada dan person incharge Bro tidak dapat hubungi.

Maka bro terpaksa guna duit Bro sendiri untuk belanja blogger lain untuk tonton movie bersama. Dan terima kasih kepada mereka yang memahami situasi yang berlaku waktu itu.

wpid-Blogger-Menang-IPad.jpg

Cuma awal tahun ini, Tertiba klient nak kan blogger tertentu mengikut kateria yang mereka inginkan. Maka Bro tidak boleh panjangkan nama blogger yang rapat dengan Bro. So bro perlu cari blogger lain yang baru nak mula ambil projek under bro :-

  1. Denaihati
  2. Yanmie
  3. Pinky Momma
  4. Citarasa Rinduan
  5. Mat Gebu
  6. Namee Roslan

Mungkin mereka tidak biasa dengan Bro. Mungkin mereka tidak memahami atau tahu situasi sebenar. Kadangkala Bro sendiri pun tak boleh nak terangkan bila sesuatu benda itu under P&C (korang pun tahu kan benda P&C dengan kawan korang kan. Sanggup tak nak cerita sebab nak jaga hati kawan)

Tetapi berapa ramai yang boleh hormat benda P&C yang Bro tak boleh nak bagitau.

Memang ada projek yang mereka dapat ambil masa sehingga 6 bulan, payment tidak dapat. Rasanya Bro ada mention payment term dalam tempoh 3 bulan selepas kempen tamat (report submit)

Projek bermula awal bulan 3, tetapi habis pada 25 Mei. Report hantar awal bulan 6 pada klient. Klient buat payment….. Pepaham la kan. Siapa yang pernah ambil tender mana-mana pun kenkadang payment 6 bulan pun tak dapat-dapat lagi.

Bagaimanapun ada blogger yang tidak berpuas hati walaupun sudah diterangkan situasi dan keadaan. Alhamdulillah payment berjaya dibuat pada bulan 8 + 10% extra.

Waktu itu, Bro 3 bulan tak dapat apa-apa bayaran. Kasihan tengok isteri Bro beraya tanpa baju raya baru dan ada beberapa benda yang Bro rasa tak perlu kot Bro cerita. (Eh perlu ke bro cerita aib dan sesuatu yang Bro rasa tak perlu nak heboh pada satu dunia)

Ada sesetengah blogger, Bro dahulukan duit bro sendiri sebab mereka sendiri pun dalam kesusahan. Bro faham situasi mereka, bro cuba dapatkan payment untuk mereka.

Ada diantara mereka :-

  1. Kereta rosak
  2. Ada masalah melibatkan nyawa (maaf tidak dapat lawat korang dekat hospital)
  3. Kahwin
  4. Keperluan anak nak sekolah
  5. Keperluan raya

Mana bro boleh tolong, bro akan tolong.

Kes salah faham dengan blogger

Baru-baru ini ada blogger yang melepaskan kemarahannya di facebook walaupun dia tak mention Bro. Tapi yang baca sure tahu siapa yang dia maksudkan.

Memang ada beberapa event dia sertai under bro sebab teringin nak join sama. Dan event tersebut memang bro post dekat facebook, so siapa yang free boleh turut serta.

Dia sudi.

Bro nampak dia ada potensi untuk pergi jauh, maka bro ada plan nak dapatkan projek berbayar untuk dia. Maka tak de la dia turun event habiskan duit minyak dan masa je kan.

LG Feista Gangnam Style

Maka ada satu event itu, Bro berjaya bawa 40 blogger untuk memeriahkannya (tak semua blogger berbayar, so kalau nampak blogger yang nama dia ada naik dekat atas tadi, itu memang rezeki mereka) dan klient amat gembira dengan kehadiran dan ke”sporting’an blogger. Maka bro dapat info, ada extra payment.

Tengok gambar ini pun dah nampak betapa happeningnya event tersebut.

So ada beberapa blogger Bro ingin nnti bro contact, insya’lah akan ada payment.

Tapi ada sesiapa faham tak situasi ini macam mana?

Bila duit extra yang dimaksudkan tiada atas kertas hitam putih, dilafazkan dalam keadaan happy gembira di tempat yang ramai orang. Korang rasa, boleh ke orang itu bertanggungjawab dengan apa yang mereka cakapkan pada bro.

Entah dorang ingat ke tak?

Ada sesiapa boleh faham dengan situasi ini? Kalau jadi pada diri anda pun, sure anda sendiri pun tak ingat pernah cakap macam itu ke tak dekat orang lain.

Memang ada payment bro terima, tetapi bro kena dahulukan duit itu kepada blogger yang tengah ada masalah (rasanya semua payment blogger ini dah selesai)

So ada beberapa blogger tidak dapat payment. So bro hanya boleh janjikan ada payment masuk akan datang bro akan bayar kepada mereka. Maka ada blogger yang dibayar secara berperingkat ( minggu ini blogger lain, minggu depan blogger lain, bulan ini blogger lain, bulan depan blogger lain).

Tuduhan Bro Makan Duit Blogger.

Bro rasa, ada beberapa orang tahu masalah yang Bro hadapi, tak kan bro nak inform satu dunia Bro tak mampu bagi nafkah pada isteri Bro. Tetapi Bro memang jenis tak makan duit isteri.

Bro ada saving sendiri tetapi terhad.

Bagi blogger yang memahami keadaanย  Bro, mereka faham Bro tidak boleh dahulukan duit Bro untuk bayar mereka dulu. (Ini kisah sebenar dan bro tidak tipu atau kencing sesiapa. Kalau rasa hancing tue, check la siapa yang kencing anda dan tunjuk pada Bro).

Ada je blogger yang cakap “halal” untuk duit projek itu, sebab mereka tak mengharap sangat. Tetapi bila payment Bro terima, bro akan roger dorang dan buat bayaran. Tetap juga bro tak sentuh duit itu untuk makan.

Blogger Pilih Bulu.

blogger hangout one cinemas spectrum ampang

Dulu pernah muncul kes, orang cakap Bro blogger pilih bulu (ada la 1-2 tahun dulu).

Jika Bro dapat projek, kenapa bro kena berikan kepada blogger yang Bro tak kenal dan tak rapat? Ada banyak faktornya.

Bro pernah kena serang oleh satu syarikat sebab ada blogger menjatuhkan memburukan nama ikon produk mereka (artis) siap mention nama syarikat dan produk dalam blogpost berkenaan walaupun xde kaitan pun.

Disebabkan bro pernah panjangkan nama blogger tersebut pada klient, dia anggap blogger itu under Bro. Maka mereka mintak Bro untuk bertanggungjawab.

Eh?

Maka muncullah itu sejauh mana blogger bertanggungjawab dengan apa yang mereka tulis di blog.

Isu lambat dapatkan penjelasan dari Bro.

Rasanya blogger ini sedia maklum dari awal perkenalan dengan Bro setahun yang lalu. Bro seorang yang lambat respon sebarang PM atau komen di facebook. Siap dia pernah troll Bro lagi.

Dia inginkan penjelasan dari Bro dalam tempoh 24 jam sebelum dia luahkan ketidak puas hatian di facebook beliau. Perlu ke macam itu?

No phone bro tiada ke? Selama ini boleh je call bro siap muncul “private number” pada screen handphone Bro.

Memang Bro layan facebook hampir 16 jam setiap hari. Untuk uruskan projek WeChat dan projek lain yang bro perlu uruskan. Bro juga buat kerja freelance, sebagai sumber pendapatan tambahan untuk keluarga Bro.

Sehari rasanya ada 50-100 PM facebook bro terima. Belum lagi yang Pm then bro kena balasa satu persatu persoalan mereka. Dalam masa yang sama bro bukan berkomunikasi dekat facebook sahaja, 2-3 kerja juga bro buat satu masa.

Chat facebook dengan orang, call orang, sembang dengan orang depan bro.

What u aspect me to reply your mesej time tue juga ke? Kalau bro online dekat phone, hanya mesej tertentu je bro balas sebab nak jimatkan bateri dan bro berada diluar (cover event ke meeting ke makan ke kan) – xkan makan pun nak hadap laptop (Orang tak de social life ke kan).

Orang yang tahu cara bro berkerja je tahu. Setiap minit Bro berharga dan bro memang buat 2-3 kerja satu masa sebab itu masa kerje kerajaan. PA kepada Isteri No .1 negara pun puas hati dengan kerja Bro.

Pada hari kejadian, Bro memang kelam kabut sedikit. Ada meeting dan beberapa kerja bro kena selesaikan cepat sebelum pergi ambil isteri balik kerja then terkejar sana sini untuk balik ke Perak sambut buzday mak.

Malam memang lena terus. Tak usha hp sebab charger tinggal di Rawang. So esok paginya Bro dari Perak terus balik KL. dan teruskan kerja yang tertunggak hari sebelumnya. Dengan Bro kena serang dengan orang kuat WeChat dari China sebab kempen terbaru tidak berjalan seperti yang mereka inginkan.

Balik rumah, penat-penat baru bro check dekat facebook ada orang mention bro. Dari situ baru bro tahu cerita sebenar dan terpaksa scroll mesej yang ada dekat facebook melalui iPhone 5 (yang orang kata gah) sampai hang handphone itu sebab nak load mesej satu persatu di facebook.

Kena ingat juga line internat dekat Bandar Tasik Puteri, Rawang tak sama macam dekat KL yang laju semacam.

Rasanya kawan-kawan yang rapat dengan bro dorang memang faham kalau 2-3 hari lewat bro balas PM dekat fb. Ada je yang cakap mereka merajuk sebab bro balas lambat (bergurau je).

Cer try berada di situasi Bro.

Sebar Aib Bro.

Yup, Bro akui Bro bukannya seorang yang baik atau alim. Kenkadang ternakal dan tak terkawal. Tetapi perlu ke sebarkan aib bro kepada orang.

Apa motifnya?

Bro sendiri pun banyak aib orang Bro simpan. Tak kisah dia orang biasa ke, blogger ke ataupun artis. Bro simpan sebab mereka percayakan Bro dan tahu Bro boleh dipercayai.

Anda pula bagaimana?

Jika anda rasa apa yang bro terangkan ini bermasalah. Boleh roger mereka yang rapat dengan Bro dari refer dengan orang yang tak rapat dengan Bro.

Dan tak semua orang, Bro rapat. Setakat kenal di facebook, jumpa beberapa kali tak bermakna bro percaya untuk berkongsikan segalanya dengan mereka.

Mungkin korang kenal Bro, tetapi jangan anggap Bro kenal korang (Ini bukan ayat retis, tetapi kenyataan)

iftar blogger de palma hotel shah alam

Bicara Bro : Bro terima satu nasihat dari salah seorang rakan yang play nuteral dengan situasi begini. Dia pun ada juga masalah dengan Bro dan dia juga faham situasi.

“Bila kita dalam kesusahan, baru kita nampak siapa kawan dan siapa lawan”

Bro selesa berkawan dengan semua orang. Malangnya Bro jenis tak percaya orang termasuk orang terdekat dengan Bro. Dan korang kena faham “Kawan tak sama levelnya dengan Sahabat, Sahabat Baik, Sahabat Sejati dan Sahabat Dunia Akhirat (pasangan hidup kita)

Jika ada masalah dengan Bro, jangan babitkan isteri, anak atau kawan-kawan terdekat Bro. Kalau betul-betul kawan Bro, tak perlu kot buat Bro rasa sebegini.

jejai teratakarmo ssb2013 denaihati

Bagi Bro, susah nak dapat kawan, sahabat seperti arwah Jejai.

Arwah yang banyak tolong support Bro sewaktu Bro putus tunang, Berhenti kerja kerajaan, Pindah Duduk KL, Bakar line suruh Bro pilih Iera Kan sebagai isteri Bro, Jemput bro pergi mana-mana event bagi idea untuk bro create komuniti blogger yang boleh bersatu dan berkumpul bersama (hangout tanpa ada apa-apa event).

Arwah yang kenalkan Bro dekat saudara Denaihati, kenalkan Bro dengan ramai PR Company dan selalu ajak Bro tengok bola dan lepak dengan blogger otai nuffnang.

Al-fatihah buat arwah.

Jika ada blogger yang tidak puas hati dengan Bro. Boleh set masa yang sesuai untuk berjumpa dan selesaikan sebarang permasalahan dengan cara baik. Roger je Bro di facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

62 thoughts on “Kenapa Salah Faham Ini Dijadikan Kontroversi?

  1. Part yang last sekali tu tak tahan. Sebak rasa bila tgk muka arwah Jejai. Bro. Jangan nak bakar line…..

    1. Bro bakar line mu untuk memudahkan mu cari jodoh… Mana tahu rezeki mu kan.. Arwah Jejai dulu pun buat macam tue dekat Bro.. Terus melekat dan kahwin.

    2. Hahaha. Yelah tu bro… panjang lagi perjalanan hidup ni.

  2. Utk dyh dah settle. Status tu pun dah nan hado.. entry.. suami dyh.. penjelasan mmg jelas. Maaf saya tak pandai berpura pura.

  3. apabila bercakap guna emosi, kadang2 mmg jdi cmtu bro.. susah nak bercakap dgn org jenis ‘byk’ mulut ni. Benda kecil pn nk dperbesarkan..

    gua xkata gua baik, tapi betul. Kita buka aib orang, kelak nanti Allah akan tunjuk aib kita. Samaada kat akhirat atau didunia, itu wallahualam.

  4. sayu jer aku bace… takpe bro, sabar jer, manusia ni memang ade macam2 jenis… bab duit yang ramai diorang kisah tapi bab hubungan persahabatan, adoii, susah nak cari yang betol2 hargai…

    nasihat aku untk bro – buat je keje macam bro buat sekarang sebab tak sume blogger macam tu, ramai jer sokong bro dr belakang.. aku pun..

  5. Teringat lak payment yang bro bagi kat dkna sebelum kawen tempoh hari… ‘rezeki nak kawen’.. dapat payment yang tertunggak dalam situasi yang sesuai. Tqvm bro.. ada event silalah jemput dkna.. hihiii ๐Ÿ™‚

    1. Ooooo…patutlah seronok semacam. Rupanya poket tebal.
      Apa-apa pun pesanan dari akak: hidup banyak dugaan,ianya mencabar pemikiran,kesabaran,perasaan….lakukan perbincangan secara rasional,kerana setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaian.

  6. Sabar bro..yang keruh kita jernihkan..kalau ada lagi yang berkata buruk biarkan, mulut orang xle nak tutup 100% bro.

    1. setuju sangatlah…mulut manusia ni, tutup masa tidur jer..tu pun ada yg tidur nganga…hoho

  7. Betul la orang selalu kata , kerana emosi dan tanpa berfikir sebelum bertindak melulu , parah la keadaan.
    Salah faham dan kontroversi tercetus. Berdepan la untuk tuntut dan langsaikan masalah yang inginkan penjelasan , bukan mengaibkan dengan memberi hint yang sangat jelas pula. MasyAllah.

    Bro , sabar la ye , sekarang mungkin dah nampak kan siapa kawan dan lawan?
    Berhati-hati la.

    Mohon jangan nakal2 nanti baby ikut. haha

  8. tamo sedeyh bro k… :'(

  9. alahai… sampai macam tu sekali. rileks bro rileks.. lisa kenal bro tapi bro tak kenal lisa ๐Ÿ˜› *tetibe. haha . mybe orang tu tulis status dengan amarah tu.. rileksss k

  10. saya tak tahu kisah sebenar.. tapi saya nak komen pasal “bila kita susah baru kita nampak siapa kawan siapa lawan”…

    nak cite pasal adik saya yg terlantar dkt atas katil, sebelah tengkorak dia tiada.. bln 12 nanti baru letak balik.. tak dapat bercakap.. hanya minum susu ensure melalui wayar dekat hidung.. adik saya kemalangan motor bln 6 hari tu..

    sy xtahu kisah sebenar disebalik kemlangan tu.. tapi saya rasa terkilan dgn sikap kwn adik saya.. bayanglah, ketika kemalangan, menurut cerita, kawan adik boleh selamatkan motor tapi tak selamatkan adik saya yg masa tu hanya nyawa2 ikan.. dibiarkan adik saya atas divider tgh2 jalan sorg2 diri… sedangkan dia adalah kawan adik saya yang bila adik saya balik ipoh, mesti cari dia.. kira macam kawan kamcengla.. tapi bila adik susah, macam ni dia buat adik saya.. sejak terlantar, hanya sekali dtg jenguk, tu pun waktu raya.. tapi adik xnak tgk pun muka dia.. maybe sedih dgn kawan yg dia anggap kawan baik selama ni.. bila susah… semua pakat hilang…

  11. aku tahu apa masalah dia bro… masalah penyakit dengki… dan terus nak mencantas pucuk muda… dan x sedar diri yang duduk di atas tu semakin mereput… huhu

    teruskan kerja bro.. sapa yang tahu akan terus bersama… sapa yang jenis dengki tu.. dia akan datang dan berlalu pergi…

  12. x pa la bro…hidup mesti diteruskan..kot2 ada projek yg nak pakai website bukan personal tu …huluq la sikit kat saya…ekekekkek…jgn marer arrrr

  13. Bila la bro nak masukkan nama gua dlm event berbayar. Ahaks

    1. Den lagi laa jauh panggang dari api hehe

  14. dari mula ayat sampai last ayat zaza baca, sabar ya bro..hidup byk dugaan dan cabaran… hadapi dgn sabar.. ๐Ÿ™‚

  15. Manusia biasalh ada je yg xpuas hati.hrp bro teruskn usaha bro.Insyaallah bjaya kelak.

  16. biasa orang macam gini tak pernah handle event ni bro. tau nak payment je. aku pernah jadi orang tengah untuk event, samalah macam bro. kita tak dapat payment, tapi aku guna duit aku dulu. nak kes bro ni lagi kena bayar diorang. lagi sakit tu.

    tak tau masalah kita, bukan nak makan duit. kalau betul nak makan duit, DAH LAMA LA BRO NI TAK DAPAT KEPERCAYAAN BLOGGER and mana2 kompany kan. itu semua boleh fikir lahh.

    kepada mereka yang terasa, niat broframstone ni ikhlas nak jadikan blogger ni bukan setakat menulis je semata2tapi nak bina satu rangkaian yang hebat, nak jadikan platform blogger ni setanding platform pengiklanan yang lain. so, setel la direct dengan dia kalau ada masalah.

    p/s: kalau aku dah blacklist dah jenis blogger macam gini.

  17. Aku tak tau apa2 cerita pasal semua ni. Banyakkan bersabar je bro. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

  18. Tak semua orang akan suka kita dan akan faham apa yang kita buat. Nak puaskan hati semua orang memang tak boleh. Apa yang kita boleh buat, beri sehabis baik untuk orang lain, tanggapan orang pada kita serahkan antara orang tu dengan ALlah. Kekal positif bro ๐Ÿ™‚

  19. Ak sentiasa menyokong kau batu. Tak pernah lagi kut ak terasa apa2 setakat ak ikut events kau. Cuma hari tu yg kat empire tu je. Terpaksa jugak ak pulang ke office atas sebab tugas. (cey).. terima kasih atas jemputan2 sebelum ni. Dpaat jugak layan wayang pree.. ๐Ÿ˜€

  20. baca dari atas smpai bwh nampak hasil penulisan entry ni lahir
    dari perasaan yg membuak2 dgn apa yg nak di sampaikan…
    pcaya tak bro? kdg2 org yg buat mcni adalah org yg sama je
    jenis spesis x nyempat2… wpun sy masih br dlm dunia
    blogger ni… dalm tempoh 3thn berblog malasah berkait kait mcmni
    mmg x leh lari…

    realitynya… blogger yg femes/otai kena besedia hadapi
    apa juga kemungkinan… wpun x sama mcm artis…
    hakikatnya blogger juga berbisa…

    tak semua org yg rapat dan kita kenal dpt membantu kita…
    adakalanya org yg tak penah kenal pun lbh memahami…

    mana kawan mana sahabat tpulang pd kita nak letakkan
    lebel kat sape… lebel tu dah ada dlm hati kita…

    hrp bro kuat… ‘ni lah risiko sbagai blogger’
    risiko pekerja kontrek ‘kepenatan, kemalangan dll’
    demi sesua nasi kita kena juga hadapi risiko yg ada kat
    dpn kita…musnahkan risiko brlah ada hasilnya…

    just take it easy… insha Allah ada hikmahnya di hadapan….

  21. jari besar hp kecik maka terhasil la ‘TYPO’

  22. semoga bro terus tabah la menghadapi orang yg macam ni….apa2 bro tetap dihati gua..cehhh..ayat menbodek tu

  23. aiyakk.. ramai tul dok jeles jeles.. den salut bab bro waktu iftar tahun ni yang mana bro sanggup turun seremban tuk berbuka dengan blogger seremban.. den dah lama tak aktif dalam event dengan blogger lain. kekangan masa dan tempat menjadi penghalang. huhu

  24. saya pun hanya sekali baru join event under bro masa main painball kat cyberjaya dulu..event lain semua x berkesempatan nak join…thanks bro invite me..boleh jugak kenal2 rakan blogger lain

  25. Bro…bersabar k , semua ni ujian. Ujian dikedua dua pihak ..

  26. tolong susah , tak tolong pun susah yer bro…pasti ada hikmah dari-Nya…

  27. moga semuanya berkesudahan dengan kesudahan yang baik baik aja

  28. antara post yang boleh menyamai Bajet 2014 ๐Ÿ˜‰

  29. Harap bro terus kuat dan tabah. Walaupun ambe tak kenal bro (jumpe sekali jer masa SBB), tp ambe dapat agak yg bro mmg jenis kuat kerja dan amat menjaga hubungan dgn rakan2…

    Moga semuanya akan selesai dgn baik…yeahh!

  30. Apasal gua nangis bila baca post ni. Dem lu Bro!! sob sob sob.

  31. Baru paham apa yang terbuku di dalam hati.. nak tanya dekat orang tu.. takkan tak boleh faham.. hmm..

  32. panjang bro.. masa tak matang dulu..tak faham semua ni..bila sndiri ada dalam community, baru faham..
    sabar bro..
    skrg sy pilih utk jadi underground blogger..
    :)..

    harap bro bersabar.. masalah mcm ni x berhenti.. nti srtahun lg ada yg sama.. so nnti bro bagi link ni je utk penjelasan .ok bro..

    chill.. sedih pulak baca part last.. 1 dlm seribu sahabat..

  33. rasanya ini entry bro yang paling panjang, paling sedih, paling sadis, paling pilu, paling…..paling….saya pernah baca….last word tu agak sedih…sob..sob…tabah & kuatkan semangat…time susah baru tahu siapa kawan siapa lawan….

  34. ok. yang penting ada penjelasan. komunikasi bukannya sekadar mengumpat atau sindir menyindir. tapianv perlukan penjelasan dan juga face 2 face.

    apa-apa pun. Teruskan usaha Bro mbantu blogger lain. InsyaAllah. Allah akan permudahkan

  35. Ini memang luahan dari hati ni….
    Banyakkan bersabar bro…. Betul cakap bro, time ni la nampak siapa lawan siapa kawan…..
    Sebab duit ni memang senang sangat nak jadi hal…..
    Mungkin orang tu tak faham situasi ni, sampai diorang sendiri rase….

  36. Rilex brader brader rilex… ni smua asam garam yg perlu kita lalui… harap bro bersabar yer… ni smua menjadikan bro lebih baik dan bro lebih matang… teruskan dgn usaha bro dlm komuniti blogger… kami sgt hargai usaha bro tu…

  37. amal xtahu ceritanya.. tapi amal harap, bro sabar okay… allah tengah uji… amal xpernah baca entry sepanjang ini.. thumbs up! ๐Ÿ™‚ luahan habis nii ๐Ÿ™‚

  38. tak puas hati dengan bro sebab panjang sangat entri ni tetapi sebab nak tahu punya pasal baca dari awal sampai habis…haha,

    Apapun, biasalah bro hidup ni ada senang dan susah. Nak tak nak kena tempuh juga. Inilah namanya cabaran hidup dan benda nilah yang mematangkan kita untuk terus maju kehadapan.

    Semoga bro tabah dan terus maju ke hadapan. AMIN~

  39. Ikhlas gua cakap..gua pernah juga berurusan sekali dengan projek bro fremstone usahakan ni satu ketika dulu.. dia ok semangat cekal dan jitu..tak mudah putus asa.. tunjuk ajar dan segala macam bro bagi.. cuma komitmen yang gua bagi tidak 100%..

    Jadi sesiapa yang tidak berpuas hati dengan bro Fremstone ni..amat tidak logik sama sekali.. heh !

  40. As salam. Sebenarnya salah 1 punca terjadinya mcmni ialah hati yg ada perasaan hasad dengki (PHD) melihat kelebihan org lain. Than, tak professional. Men hentam sesuka hati je menulis menghentam org.
    Pensyarah subjek Bimbingan dan Kaunseling kak prnh cerita 1 kes yg dia handle org yg mcm 2org tu (akak tau sapa depa). Kesimpulannya ialah:Mereka berdua mempunyai masalah mental problem.Pensyarh kata “Jgn lyn org bermental problem sbb takut kita plak kna pnyakit mental prblem”. Apapun, Bro berhak menulis utk membersihkan nama Bro.
    Sabar banyak2 ya Bro. Nanti Allah akan balas apa yg dia dah buat kat Bro tu, cash…

  41. Tak tahu pun cerita2 pasal nie.banyak bersabar just do it or die
    Ada job hulur2 le.kalau boleh join akan gtau tak boleh mmg beritahu juga

  42. Sabar je bro… Sya yg xberapa rapat ngan bro pon tau bro cmner sbb ramai blogger otai yg ckp bro mmg baik hati… Tp bila terbaca status kt fb aritu, rasa mmg xpatut nak aibkn org smpi cakap yg bukan2… Malahan, status cmtu boleh menyebabkan keretakan rumahtangga… Sejahat mana pon org tu, jgn la up kt fb… Bncang kat luar elok2.. Jgn jadikan benda tu FITNAH…

  43. Assalamualaikum bro.. Dalam dunia ni macamtu la.. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.. Kadang-kadang kita berniat baik, tapi orang lain tengok sebaliknya.. Apa-apa pun, sabar.. Allah tidak akan menganiaya orang yang berbuat baik.. Teruskan kecemerlangan anda bro..

  44. zackwiusa

    im just regular reader… susah jugak jadi blogger ni… tak sangka ada juga saingan utk jadi blogger… moga berjaya dlm perjuangan… zackwiusa

  45. Moga entry yang padat dengan penerangan dan luahan hati Bro difahami oleh mereka yang tak tau kisah sebaliknya.

  46. gd luck….jaga kesihatan tu woi

  47. dugaan sebagai Blogger Hebat,,, buat yang terbaik Bro

  48. walaupun tak tahu apa yang berlaku..moga semuanya settle dengan baik..

    sabar bro ๐Ÿ˜‰

  49. semuga semua salah faham dapat di selesaikan dengan baik..pusing pusing jumpa orang yang sama gak kan.

  50. rileks bro .. hoho .. Bro ni bagus la … aku pernah join share iklan wechat kat FB dulu .. dapat juga aku Rm20 .. pdahal share biasa2 je … hehe .. terima kasih bro … salute Bro !

  51. pergh pergh pergh… pestime baca entri bro yang panjang lebar…dan mak buyung paham… heeee…. for me…see you next year…jadi aktif berevent kembali…selepas slim balik…wakakaka…

    bro whatever it is… you’re one of the best…

  52. Panjang lebar penjelasan ini. Sebenarnya ada ruang diplomasi untuk blogger yang terlibat projek boleh berkomunikasi terus dengan blogger yang uruskan program daripada menembak di media sosial. Maklumlah menulis di media sosial ini boleh mengundang banyak spekulasi dan bermacam-macam interpretasi.

    Cuma nasihat saya yang terlibat dengan projek blogger harus berfikiran terbuka dan menerimanya sebagai ujian. Paling sukar adalah bersangka baik selalu. Maklumlah kita bermula dari bawah kalau bermacam alasan memang susah hendak diberi peluang pada masa akan datang.

    Walaubagaimana pun saya ingin berterima kasih kepada Broframestone kerana diberi peluang untuk terlibat “projek 100 bloggers” kerana ia adalah batu loncatan kepada projek-projek lain yang tidak pernah dijangkau fikiran oleh saya.

    Pada masa sama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang mengantikan saya memberikan juga memberikan komitmen yang sangat baik disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan mereka ini mengantikan saya.

    Seperti biasa setiap tidak lari daripada kesilapan jadi adalah lebih baik menjelaskan perkara yang berlaku supaya mendapat mengurangkan kekeruhan.

    Sekarang ini saya melihat banyak peluang untuk blogger terlibat dengan event-event yang semakin banyak berbanding 3 tahun dahulu. Kalau dahulu kriteria agak tinggi seperti Broframestone nyatakan.

    Ingat pesan bro Titan, “Buat bersungguh-sungguh”.

  53. semoga apa yang menjadi permasalahan dapat dihuraikan dengan baik..SA so far belum ada pengalaman dan belum ada permasalahan lagi..hati tu nak join event2 tu tp kadang2 x kena ngan masa…harap2 ada rezeki jugak untuk SA even x dapat apa pun bayaran…susah2 dulu kan…senang2 kemudian dan dipanjangkan kepada kawan2…respect dengan bro..cuma kadang2 orang x faham…

  54. samsulbahariumar

    salam..

    ape2 pun masaalah dalam cerita ni, satu je kita kena fikir, ape yang kita buat allah tahu..so, tanya diri kita sendiri,jujur dengan diri sendiri..
    adakah aku ada menipu orang? adakah aku ada hutang dengan orang?.
    kalau ada jangan buat lagi, abis cerita..settle kan semua hutang2 dulu sebab hutang2 tu akan menyusahkan kita didunia sampai akhirat..fikir2 lah.

  55. Hmmm tak sangka teruk jugak bro kena. Harap bro terus kuat dalam dunia blogging. rugi kalau hilang bro.

Leave a Comment