You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Gadis Malaysia Sertai World Muslimah Competition 2013

Gadis Malaysia Sertai World Muslimah Competition 2013

Nurul Husna Zainal AbidinNurul Husna Zainal Abidin dari Kuala Kangsar menjadi wakil pertama dari Malaysia ke ‘World Muslimah Competition 2013’ (Pertandingan Muslimah Dunia 2013) di Jakarta.

Sebelum ini, pertandingan ini hanya terbuka kepada rakyat Indonesia tetapi tahun ini turut melibatkan peserta dari seluruh dunia, menarik perhatian peserta muda dari Malaysia, Brunei, Bangladesh, Iran dan Nigeria.

Comel orangnya dan beliau baru berumur 21 tahun.

Pertandingan ini memberikan perspektif yang berbeza dengan pertandingan ratu konvensional (Miss Universal) dimana ianya membawa tema keislaman.

Husna muncul sebagai salah seorang daripada 10 finalis teratas dan memenangi hadiah ‘World Muslim Woman Netizen 2013’, salah satu daripada enam anugerah yang diberikan semasa majlis di peringkat akhir.

Penekanan diberikan terhadap pembentukan peranan wanita Islam dan sebagai ‘role model’ di seluruh dunia. Dalam aktiviti selama sepuluh hari ini, beliau bangun awal pagi untuk solat sunat Tahajud berjemaah, diikuti dengan bacaan dan hafazan al-Quran serta mendengar ceramah agama.

Beliau juga seorang blogger – hyunayuna.blogspot.com.

Bila check FB dia. Rupanya bro dah lama kenal dia (tapi dekat facebook Bro yang lagi satu)

Tengah recall macam mane bro boleh kenal dengan beliau. Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan.

Bicara Bro : Walaupun program sebegini mendapat kritikan. Bagi Bro usaha penganjur yang inginkan wanita bertudung mendapat tempat dalam masyarakat didunia.

Ini kerana masyarakat masakini lebih mengutamakan wanita yang tidak bertudung. Terutama dalam bidang dimanopoli oleh orang bukan islam.

Cer bagi peluang kepada wanita bertudung.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Gadis Malaysia Sertai World Muslimah Competition 2013

  1. guna nama Islam untuk pertandingan macam ni kurang sesuai sebab mencampur adukkan ciri2 Islamik dgn yg di tegah Islam. Rasanya pertandingan ratu cantik muslimah berkonsep Islamik ni tak patut di adakan pun.

Leave a Reply

Top