17,171,121 total views, 972 views today

Blogger Movie Day Out – Cloudy With A Chance Of Meatballs 2

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Blogger Movie Day Out - Cloudy With A Chance Of Meatballs 2

Sekali lagi Blogger Movie Day Out dapat dibuat bersama blogger yang sudi menonton wayang bersama Bro.

Alhamdulillah 17 blogger termasuk pasangan + 2 pelakon (Aman Nassim dan Mikael Andre) sudi datang dan memeriahkan aktiviti kami ini.

Sepatutnya kami menonton Filem Sadako 2 (Filem seram tak pasti Korea atau Jepun) tetapi atas masalah dengan 20 tiket yang sepatutnya Bro dapat.

Maka Bro keluarkan duit belanja dorang menonton Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 (atas undian ramai… kenapa la dorang pilih cerita ini). Sian dorang bersusah payah redah jem untuk menonton wayang dengan Bro.

Cloudy With A Chance Of Meatballs 2

Ianya sambungan kepada filem Cloudy With A Chance Of Meatballs (ala cerita pasal remaja yang buat mesin yang mampu buat makanan jatuh dari langit)

Cloudy With A Chance Of Meatballs 2Untuk kesinambungan bagi filem ke-2 ini.

Ianya mengisahkan keadaan selepas 6 bulan trajedi itu terjadi (makanan yang jatuh dari langit terlalu besar dan membahayakan manusia). Flint (watak utama) telah menyertai Live yang bernaung bawah saintis yang beliau kagumi sejak kecil lagi.

Untuk menjadi perantis kepada saintis tersebut, Flint diarahkan untuk kembali ke pulau berkenaan (pulau tempat bermulanya malapetaka yakni kampung halaman dia) untuk mematikan mesin yang mencipta makanan dari awan/air dulu.

Misi ini diterima oleh Flint selepas menyaksikan makanan yang dihasilkan oleh mesin itu bernyawa dan menyerang pasukan pembersih dari Live.

Berbagai peristiwa terjadi sepanjang misi ini yang mendebarkan dan mampu buat anda ketawa. Memang kelakar, hilang kejab stress Bro pasal isu tiket tadi.

Sesuai sangat disaksikan oleh seisi keluarga.

Bicara Bro : Insya’lah dari masa ke semasa kita buat lagi macam ini. Eh Sabtu pukul 2 petang, jom main paintball dekat cyberjaya paintball park.

Berminat roger bro di facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Blogger Movie Day Out – Cloudy With A Chance Of Meatballs 2

  1. seb baik cerita tu agk kelakar la jgk.. ptutnya citer seram tu jd plihan utama.. tpi tula, xmenang undian majoriti.. hehehe

  2. syok bro selalu gi tengok wayang

  3. Cter dye lawak..klakar…mmg best..tp ntah knpa mlm d air-cond tu sjuk sgt…haha

  4. slow2.. nnt org kata gua pulak y rtis..KAHKAHKAH

  5. […] baru-baru ni aku mendapat jemputan blogger otai broframestone untuk tayangan filem baru iaitu filem Cloudy With A Chance Of Meatballs 2… Thanks bro, sebab […]

  6. cloudy meatball terbaik..thanks bro..:)

  7. tengok jugak movie cloudy with a chance of meatballs yang first dulu…yang kedua ni belum sempat nak tengok lagi..huhu

  8. Wayang… x ajak… pun… 🙁

Leave a Comment