March 29, 2024

Berbaloi Ke Jadi Blogger Sepenuh Masa

Blogger MSMW2013

Korang rasa berbaloi ke jadi blogger sepenuh masa?

Ada je blogger yang terkenal dan masyuk walaupun tidak menjadikan blogging sebagai kerjaya sepenuh masa mereka. Mereka masih menumpukan pada kerjaya yang sedia ada walaupun pendapatannya tidak sekencang pendapatan yang diperolehi dari berblog.

Ada juga blogger yang menjadikan blogging kerjaya sepenuh masa.

Tetapi indah kabar dari rumah. Merangkak-rangkak mencari sesuap nasi. Ke hulu ke hilir ke sana ke mari. Memang ramai yang mengenali mereka. Tetapi dalam poket mereka, kosong. Habuk semata-mata.

Qhaliff Ben AshaariLain la seperti Ben Ashaari

Sanggup berhenti kerja kerajaan dan fokus pada blog dan keluarganya. Tetapi berbaloi bagi dia, sebab banyak syarikat yang menghubungi beliau untuk mengiklan. Takat 2-3 ribu sebulan dari blog tiada masalah bagi beliau.

Tetapi berapa banyak sebenarnya dia dapat sebulan?

Bagaimana pula dengan mereka yang masih tiada nama pada sesetengah pengiklan?

Perlu ke jadi macam sesetengah blogger yang terpaksa tayang muka di mana-mana majlis untuk mendekati PR kot-kot ada projek pengiklanan dihulurkan kepada mereka.

Tapi tak banyak PR yang mampu dapatkan projek berbayar pada blogger. Ada sesetengah itu dekati blogger semata-mata nak mempergunakan blogger tersebut.

Mereka bukan kisah pun anda popular ke, trafik tinggi ke atau ada follower ramai ke tidak. Asalkan boleh menggunakan anda secara percuma. PR Company sure akan dapat keuntungan 100% disitu dari klient mereka dan blogger hanya dapat goodies bag he..23x

Iron man 3 advertlets event

Bro sendiri pernah tolong PR Company secara percuma, Bro jemput blogger untuk turut serta. Tujuan Bro hanya nak kumpulkan blogger dan bagi mereka perluang merasai sendiri event seperti ini.

Jika tidak dapat bayaran macam sesetengah blogger lain, tak boleh salahkan Bro. Orang cakap Bro blogger otai, tapi kenyataannya blogger macam bro pun belum tentu dorang nak bayar. Tetapi dengan menghadiri event seperti ini, dapat Bro dekati dan kenali blogger lain.

Penggunaan Masa Secara Efektif.

Tidur Dalam Perjalanan

Memang jadi blogger sepenuh masa ada banyak masa lapang.

Tetapi tak ramai yang sedar, golongan seperti kami sebenarnya tidak masa. Hari-hari ada jemputan event (untung la – apa yang untung ek, duit minyak, tol, parking ada orang sponsor ke?). Kenkadang awal pagi dah keluar dan tengah malam tak balik-balik rumah.

Sampai rumah, orang lain dah tidur, kami masih berjaga untuk mengarang blogpost di blog.

Zaman bujang dulu, Bro selalu curi-curi masa tidur dalam kereta dab tumpang mandi di Petronas (jangan tanya kenapa Petronas) Tukar baju dalam kereta sebab nak cover beberapa event berbeza. Tak de la orang nampak dari pagi sampai malam pakai baju sama je.

Bagi Bro, masa dengan keluarga lagi bernilai berbanding terkejar ke sana sini untuk cover event. Lagipun waktu kerja isteri mengikut shif dan hujung minggu juga turut bekerja.

Kenkadang balik tengah malam isteri dah lena tidur. Celik mata pukul 5 pagi isteri dah siap-siap nak pergi kerja. Belum lagi bila shif malam, Bro kena tidur peluk bantal he..23x

Sanggup Tinggal Isteri.

Suami Isteri Peti Sejuk Mitsubishi

Bro tak sanggup nak tinggalkan isteri. Jika ada event yang sesuai, bro akan bawa dia. Jika tidak tengok juga pada keadaan dan masanya. Sesuai atau tidak.

Pernah dapat tawaran melancong ke sana ke mari. Malangnya Bro tidak boleh bawa isteri untuk turut sama lagi-lagi bermalam 3 hingga 4 hari. Lain la kawasan perumahan Bro selamat untuk duduk sorang-sorang. Perompak bukan kisah pun kita ada duit ke tak, janji kerja merompak mereka berjalan seperti yang mereka plan.

Kalau tiada apa-apa yang boleh dorang dapat, nyawa isteri Bro boleh jadi taruhan.

Kalau nak bawa dia sama pergi melancong, rasanya kena apply cuti 2 minggu awal dan selalunya susah nak dapat pelepasan lagi-lagi bidang yang dia kerja memerlukan ramai orang yang pakar. (Jangan ingat jadi nurse ini kerjanya cucuk orang je).

Siapa tak sayang isteri oiiii….

Masalah Kewangan.

wang ringgit malaysia

Kalau bujang lagi, mungkin tiada masalah untuk jadi blogger sepenuh masa. Komitment pun tiada, lain la korang kena bayar ansuran kereta ke, hulur dekat keluarga ke dan lain-lain.

Bro sendiri lepas kahwin,

Lagi banyak pakai duit berbanding sebelum kahwin. Kadangkala rasa nak menangis bila blog sendiri tidak dapat apa-apa pendapatan sebulan dua.

Pernah sekali 2-3 bulan Bro terpaksa ikat perut bila tiada projek dapat. Belum lagi kes dapat cheque tendang dan kena tipu dengan orang tengah. Terpaksa bro gunakan duit sendiri hulur dekat blogger yang bro ajak sebagai ganti rugi. Tapi Bro tiada pula bagitau dorang Bro kena tipu ke apa kan.

Cuma malas nak panjangkan cerita.

Untung bagi sesetengah blogger yang selalu dipilih oleh sesetengah syarikat pengiklanan untuk memastikan setiap bulan mereka dapat projek berbayar.

Rakan Blogger Petronas KLCC

Bicara Bro : Boleh je nak jadi blogger sepenuh masa asalkan dalam masa yang sama anda mempunyai sumber pendapatan lain untuk menampung hidup anda diwaktu sesak.

Tak percaya? Boleh tanya kepada Tokey UniFi yang nak pasang dekat Rawang, Jejaka Hartanah yang pandai memikat awek penyewa dan juga Abang Jocko – Orang kuat komuniti blooggers masakini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

36 thoughts on “Berbaloi Ke Jadi Blogger Sepenuh Masa

  1. gua tak rasa gua akan jadi blogger full time dalam masa terdekat melainkan monthly income dari blog melebihi apa yang gua dapat dari makan gaji..komitmen banyak..tak sanggup nak susahkan family..so part time je dlu walaupun terpaksa bersengkang mata time orang tengah tidur untuk siapkan advertorial. hohoho

    p/s: hensem plak gambar gua tu kan

    1. Yup, komitmen banyak kan.. Kadangkala apa keputusan yang kita ambil memang akan memberi kesan kepada orang lain terutama yang rapay dengan kita.

      Untung la ada banyak advertorial.

      Eh ada ek gambar mu? nak check dan delete kejab la.. he..23x

  2. Blogger sepenuh masa memang boleh dijadikan kerjaya, tetapi bukan mudah. Yang berjaya, yang betul-betul bekerja keras. Macam korang la (Bro, Denaihati, Ben, Amanz).

    Sebab tu gua respek. Yang penting berkualiti dan ikhlas. :)

  3. Belum ramai yang berani keluar dari kepompong untuke menceburi bidang blogger full time.. wan masih part time sudah tak terbahagi masa dengan blog dan bisnes.. Mungkin di masa hadapan, menjadikan blog sebagai pendapatan tetap.. Dulu orang tak pandang blogger.. Tapi tak sekarang, apa pun blogger sekarang memang dah berbeza dari dulu..

    Menyesal berhenti blogger tahun 2008 dulu, kalau tak sekarang tentu dah boleh jadikan ianya sebagai kejaya. Takpe, masih banyak masa lagi untuk terus bertapak dalam blogging ni.. Syabas bro.. Tentunya bro salah sorang dari mentor wan dalam dunia blogging ni..

    p/s : tak sabar nak tengok Baby bro nanti.. hehehe..

  4. skg zaza fulltime tp income pun tak ada.. dan skg zaza dah nekad utk terpaksa bekerja di luar..sehingga bila dah ada pdapatan ttp baru nak fokus sepenuh masa dgn blog..

    blog zaza trafik tak tinggi… 1k pun tak pernah dpt.. tp baru ni ada company emel nak beriklan. atas nasihat kawan zaza terima ,terus company tu bayar.. tak sangka itu lah pertama kali… :)

    skg ni nak jadi blogger partime dulu sementara masih mencari kerja…

  5. Kie pula hanya gunakan blog sebagai medium untuk perbaiki penulisan sebagai bakal wartawan kelak termasuklah observe situasi event, so nanti dah kerja tahu apa nak wat…

    aktiviti bersama blogger banyak mengajar walaupun sekali dua dapat peluang bersama, kalau tak ada arah melintang lah.

    TQ Bro…

  6. Masa awal-awal mengenali bidang blogger ada juga terfikir untuk menjadi blogger sepenuh masa pada suatu hari nanti… Tetapi apabila memikirkan, ada kalanya perlu berjauhan dengan keluarga, saya terpaksa memikirkan semula cadangan tersebut… Masa bersama keluarga lebih penting daripada terpaksa berkejar ke sana ke mari demi untuk mencari sesuap nasi…

  7. dapat jadi full time blogger ni byk cabaran…tp sbg part time blogger ni…xde pengalaman dlm full time…cabaran bro memg byk..tp bergantung kpd individu bgaimana dia menguruskan masa dan blog dgn bijak…

  8. susah juga kalau fulltime blogger, tunggu ler anak-anak semua dah berkerjaya baru fikirkan…hoho..tapi kita salute bro sebab tabah, cekal dan kuat semangat mengharungi semua ini….

  9. Part time atau full time blogger kita yang pilih.Kena betul-betul faham akan risiko nyer.Selalu nya cerita jadi full time blogger semuanya indah belaka.Tak da satu pun yang nampak cacat cela.

    Ramai yang mengaku full time blogger,padahal dia sendiri ada income lain yang orang lain tak tahu.Bagi saya, perlu jujur kalau kita dah declare kita full time blogger.

    * Maaf Bro,pandangan saya ni umum, tak berniat nak tembak sesiapa.Sekadar renungan untuk blogger yg baru nak cuba2 jadi full time blogger.Berpijak di bumi yang nyata, fikir masak2.Bukan semua boleh jadi macam Mawi!

  10. Belum lagi untuk berhasrat untuk menjadi blogger sepenuh masa tetapi pada sama ‘enjoy’ menulis blog, luar dari rutin kerja dan menghasilkan sedikit pendapatan daripadanya.

  11. mungkin kerjaya blogger sebagai sepenuh masa boleh jika kita ada pendapatan lain melalui perniagaan atau sebagainya…

    blogger adalah kerjaya bukan kerana wang semata-mata..

  12. salam bro,
    pada pendapat akak malaysia belum lagi sampai tahap seperti negara maju…boleh cari makan dengan menulis blog semata-mata…rakyat malaysia tak ramai dan berapa peratus ajelah yg pandai guna internet…
    kalau masih single ok lagi…tapi jika dah berkeluarga akak rasa kurang praktikal jika hanya bergantung pada blog sebagai sumber pendapatan…:)

  13. Jadi blogger sepenuh masa pun sama seperti kerja lain berisiko jadi simpanan untuk masa kecemasan perlu ada sekurang2nya 6 bulan untuk survive diri selain simpanan tetap lain.

    Heyyy…sapa tak sayang bini Bro sok2 dah ada anak sayang nak tinggal anak pulak. Bagi yang parents duduk dekat oklah kalau ada kerja luar boleh anak isteri transit kejap rumah parent tapi bagi keluarga dok jauh memang kita kena fikir banyak kali.

  14. kalau nak buat Fulltime kena kerja keras skit, macam aku blog is side income..

    Good luck and all the best bro.. yang penting kita jujur dan support rakan rakan yang lain..

  15. SA, for a good start SA rasa better SA jadi partime blogger ( macam bagus jer kan) melainkan income from blogging melebihi income makan gaji…kalau mcm to i rela jadi blogger fulltime you…

  16. Perkongsian yang menarik tentang kerjaya sebagai blogger fulltime.Ingin juga berkongsi cerita sebagai full time blogger sejak setahun lalu setelah berhenti kerja kerajaan.Dah hampir 5 tahun saya menjadikan blogger sebagai kerjaya part time sebelum beralih kepada full time ketika ini.Alhamdulillah 2 tahun ini income average 5 angka sebulan.

    Berdasarkan pengalaman saya,kalau kita nak survive sebagai seorang fulltime blogger kita perlu pilih niche yang boleh berikan trafik yang tinggi sekurang2nya 5k sehari.Kemudian pilih program pengiklanan yang dah terbukti membayar dan establish dan kalau boleh membayar dalam nilai mata wang yang lebih tinggi seperti program Google Adsense dan yang terbaru saya sedang mencuba Komli yang pada saya agak bagus juga selepas Adsense.

    Pada saya,amat sukar untuk survive sebagai blogger yang hanya mengharapkan event sebagai punca pendapatan.Hanya boleh dikira rasanya beberapa orang sahaja sebab memang pendapatan tidak menentu berbanding blogger yang menjadikan program adsense sebagai income mereka.Yang ini memang ramai saya jumpa blogger fulltime dan paling byk income saya pernah jumpa RM 50k sebulan,blogger melayu..muda lagi..baru 25 tahun.

    Lagi satu..dari apa yang saya baca,blogger yang mendapatkan pengiklanan melalui event ni saya nampak sangat sibuk dari pagi sampai malam sampai masa bersama keluarga terabai lagi2 bagi yang dah ada family.

    Alhamdulillah..blogger seperti saya dan rakan2 lain,mempunyai banyak masa bersama keluarga.Pagi hantar anak sekolah,kemudian jemput anak balik sekolah.Banyak masa dihabiskan bersama keluarga dari petang sampai ke malam.Hanya perlu update blog 2 jam saja sehari.Sekarang saya berjinak2 pula dalam hartanah sebagai investment untuk masa depan sebagai backup plan kepada kerjaya sebagai blogger.Apapun saya hormati blogger yang suka menghadiri event2 ni,masing2 ada minat tersendiri.

    Jadi saya cadangkan kepada para blogger2 yang ingin menjadikan blog sebagai kerjaya utama,buat dulu secara part time sehingga income stabil dan ada simpanan untuk survive jika apa2 terjadi selama setahun atau 2 tahun sebelum ambil keputusan untuk buat full time kalau anda ada komitmen dan berkeluarga.Kalau bujang lebih mudah nak buat keputusan.

    Gunakan sepenuhnya trafik yang mudah skrg ni…apalagi kalau bukan facebook.sewa fanpage2 yang banyak like dgn TAT yang bagus untuk mendapatkan trafik ke blog anda..Boleh dapatkan di group ini contohnya :

    https://www.facebook.com/groups/230211267104491

    https://www.facebook.com/groups/202002846599350

    https://www.facebook.com/groups/468033323262819

    Ataupun create satu fanpage,tingkatkan like dan fans ke fanpage tersebut dgn kongsi gambar yang viral.Kemudian selang selikan dgn artikel di blog anda..

    Jika anda ingin buat income setiap bulan secara konsisten melalui google adsense seperti otai2 hebat dalam bidang ini boleh sertai group ini :

    https://www.facebook.com/groups/GAMalaysia/

    All the best kepada semua blogger Malaysia.

  17. Dulu2 ada gak niat nak bloging sepenuh masa tapi difikirkan smula susah gak bila bc kisah blogger otai ni. Skrg bila ada terluang update je.Walaupun blog itu org singgah bc jer tak ada komen. Hehehd.

  18. Blog sepenuh masa actually risiko nya amat tinggi. Sebab harap kan company advertising. Cuba satu hari nanti company tu lingkup tak pon dia blacklist blog kamu, mana nak cari pendapatan?

  19. Saya ada gak bercita2 nak jadik blogger sepenuh masa..tapi macam susah je..trafik blog pun tak sebaper..so berangan je la..hehe..memadailah jadik part time blogger..

  20. Rasanya, tak kot jadi full time blogger.
    Sekarang pun, dapat job sikit-sikit je
    Memang akan fokus dengan kerja sekarang, tapi pada masa yang sama ceuri-curi masa weekend dan cuti utk blogging
    Sayang nak tinggal bidang penulisan ni, lagi-lagi dengan komuniti blogger yang ada skang. Di mana dapat jumpa dengan kawan-kawan baru dan ada daripada mereka dah jadi sahabat pun :-)

    Tak kira la part time blogger ke, full time blogger ke, rezeki setiap orang berbeza-beza. Yang penting kita respek orang dan belajar dari orang2 sekeliling kita.

    Nice sharing bro! Keep it up. Semoga ada pintu rezeki yang akan terbuka buat bro dan keluarga. Amin :-)

  21. saya lepas grad, ambil keputusan untuk jadi blogger sepenuh masa. ni dah tahun ke-2.hehe, tapi income cuma dari innity dan adsense.harap-harap bertahanlah..doakan

Leave a Reply to Kikie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *