Blogger MSMW2013

Korang rasa berbaloi ke jadi blogger sepenuh masa?

Ada je blogger yang terkenal dan masyuk walaupun tidak menjadikan blogging sebagai kerjaya sepenuh masa mereka. Mereka masih menumpukan pada kerjaya yang sedia ada walaupun pendapatannya tidak sekencang pendapatan yang diperolehi dari berblog.

Ada juga blogger yang menjadikan blogging kerjaya sepenuh masa.

Tetapi indah kabar dari rumah. Merangkak-rangkak mencari sesuap nasi. Ke hulu ke hilir ke sana ke mari. Memang ramai yang mengenali mereka. Tetapi dalam poket mereka, kosong. Habuk semata-mata.

Qhaliff Ben AshaariLain la seperti Ben Ashaari

Sanggup berhenti kerja kerajaan dan fokus pada blog dan keluarganya. Tetapi berbaloi bagi dia, sebab banyak syarikat yang menghubungi beliau untuk mengiklan. Takat 2-3 ribu sebulan dari blog tiada masalah bagi beliau.

Tetapi berapa banyak sebenarnya dia dapat sebulan?

Bagaimana pula dengan mereka yang masih tiada nama pada sesetengah pengiklan?

Perlu ke jadi macam sesetengah blogger yang terpaksa tayang muka di mana-mana majlis untuk mendekati PR kot-kot ada projek pengiklanan dihulurkan kepada mereka.

Tapi tak banyak PR yang mampu dapatkan projek berbayar pada blogger. Ada sesetengah itu dekati blogger semata-mata nak mempergunakan blogger tersebut.

Mereka bukan kisah pun anda popular ke, trafik tinggi ke atau ada follower ramai ke tidak. Asalkan boleh menggunakan anda secara percuma. PR Company sure akan dapat keuntungan 100% disitu dari klient mereka dan blogger hanya dapat goodies bag he..23x

Iron man 3 advertlets event

Bro sendiri pernah tolong PR Company secara percuma, Bro jemput blogger untuk turut serta. Tujuan Bro hanya nak kumpulkan blogger dan bagi mereka perluang merasai sendiri event seperti ini.

Jika tidak dapat bayaran macam sesetengah blogger lain, tak boleh salahkan Bro. Orang cakap Bro blogger otai, tapi kenyataannya blogger macam bro pun belum tentu dorang nak bayar. Tetapi dengan menghadiri event seperti ini, dapat Bro dekati dan kenali blogger lain.

Penggunaan Masa Secara Efektif.

Tidur Dalam Perjalanan

Memang jadi blogger sepenuh masa ada banyak masa lapang.

Tetapi tak ramai yang sedar, golongan seperti kami sebenarnya tidak masa. Hari-hari ada jemputan event (untung la – apa yang untung ek, duit minyak, tol, parking ada orang sponsor ke?). Kenkadang awal pagi dah keluar dan tengah malam tak balik-balik rumah.

Sampai rumah, orang lain dah tidur, kami masih berjaga untuk mengarang blogpost di blog.

Zaman bujang dulu, Bro selalu curi-curi masa tidur dalam kereta dab tumpang mandi di Petronas (jangan tanya kenapa Petronas) Tukar baju dalam kereta sebab nak cover beberapa event berbeza. Tak de la orang nampak dari pagi sampai malam pakai baju sama je.

Bagi Bro, masa dengan keluarga lagi bernilai berbanding terkejar ke sana sini untuk cover event. Lagipun waktu kerja isteri mengikut shif dan hujung minggu juga turut bekerja.

Kenkadang balik tengah malam isteri dah lena tidur. Celik mata pukul 5 pagi isteri dah siap-siap nak pergi kerja. Belum lagi bila shif malam, Bro kena tidur peluk bantal he..23x

Sanggup Tinggal Isteri.

Suami Isteri Peti Sejuk Mitsubishi

Bro tak sanggup nak tinggalkan isteri. Jika ada event yang sesuai, bro akan bawa dia. Jika tidak tengok juga pada keadaan dan masanya. Sesuai atau tidak.

Pernah dapat tawaran melancong ke sana ke mari. Malangnya Bro tidak boleh bawa isteri untuk turut sama lagi-lagi bermalam 3 hingga 4 hari. Lain la kawasan perumahan Bro selamat untuk duduk sorang-sorang. Perompak bukan kisah pun kita ada duit ke tak, janji kerja merompak mereka berjalan seperti yang mereka plan.

Kalau tiada apa-apa yang boleh dorang dapat, nyawa isteri Bro boleh jadi taruhan.

Kalau nak bawa dia sama pergi melancong, rasanya kena apply cuti 2 minggu awal dan selalunya susah nak dapat pelepasan lagi-lagi bidang yang dia kerja memerlukan ramai orang yang pakar. (Jangan ingat jadi nurse ini kerjanya cucuk orang je).

Siapa tak sayang isteri oiiii….

Masalah Kewangan.

wang ringgit malaysia

Kalau bujang lagi, mungkin tiada masalah untuk jadi blogger sepenuh masa. Komitment pun tiada, lain la korang kena bayar ansuran kereta ke, hulur dekat keluarga ke dan lain-lain.

Bro sendiri lepas kahwin,

Lagi banyak pakai duit berbanding sebelum kahwin. Kadangkala rasa nak menangis bila blog sendiri tidak dapat apa-apa pendapatan sebulan dua.

Pernah sekali 2-3 bulan Bro terpaksa ikat perut bila tiada projek dapat. Belum lagi kes dapat cheque tendang dan kena tipu dengan orang tengah. Terpaksa bro gunakan duit sendiri hulur dekat blogger yang bro ajak sebagai ganti rugi. Tapi Bro tiada pula bagitau dorang Bro kena tipu ke apa kan.

Cuma malas nak panjangkan cerita.

Untung bagi sesetengah blogger yang selalu dipilih oleh sesetengah syarikat pengiklanan untuk memastikan setiap bulan mereka dapat projek berbayar.

Rakan Blogger Petronas KLCC

Bicara Bro : Boleh je nak jadi blogger sepenuh masa asalkan dalam masa yang sama anda mempunyai sumber pendapatan lain untuk menampung hidup anda diwaktu sesak.

Tak percaya? Boleh tanya kepada Tokey UniFi yang nak pasang dekat Rawang, Jejaka Hartanah yang pandai memikat awek penyewa dan juga Abang Jocko – Orang kuat komuniti blooggers masakini.