You are here
Home > BroFramestone DiTanya > Bagaimana Mula Berjinak Dalam Dunia Blogging

17,287,337 total views, 3,008 views today

Bagaimana Mula Berjinak Dalam Dunia Blogging

Bro Framestone Senyap 1.1

Terlintas hati untuk berkongsikan pengalaman bagaimana Bro mula berjinak dalam dunia blogging sehingga menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu sumber pendapatan.

Terima kasih kepada Amir Nawawi yang sudi mengajukan soalan di Korang Tanya Bro Jawap – Part 6

Apa yang mula-mula menarik minat bro untuk berblogging ni? Bro memang berblog dulu-dulu sebab secara kebetulan je ke macamana? Siapa yang menjadi pemaking semangat atau tenaga pengajar bro?

Bro mula berjinak dalam dunia blog pada tahun 2006-2007. Waktu itu Bro terpilih menjadi Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar. Kebanyakan masa yang Bro ada agak terhad dan banyak dipenuhi dengan aktiviti pelajar + masyarakat sekeliling.

Kebanyakan perkara yang Bro perhatikan atau dikongsikan dengan Bro. Akan bro coretkan didalam blog. Dari isu pelajar sehingga ke isu masyarakat sekeliling dan masalah negara (yang Bro rasa relevan untuk Bro kongsikan).

Mana yang tidak sesuai Bro luahkan dalam ceramah agama ataupun ceramah umum Bro akan kongsikan di laman blog.

Insan yang mula-mula sekali mengajar dan memberi sokongan untuk berblog adalah bekas tunang Bro. Malangnya jodoh kami tidak panjang walaupun kami saling mengenali sejak di bangku sekolah.

Pemaking? Sure ada punya.

Kebanyakan gaya penulisan Bro dipengaruhi oleh geng dari Sindiket Sol-Jah, eTomyam (MyJazmanie bagi sesetengah blogger mungkin mengenali beliau – Bro kenal since 2008), EnMe (Dari beliau Bro mula menulis ada slang Johor sedikit) dan rakan-rakan dari Laman Forum Gempak.org dan ….. (Adeh terlupa nama lamannya)

As we know,

Bro kan bebudak pandai, siap jadi ketua MPP lagi. Tidak rasa down ke jadi blogger nie dulu, almaklumlah ‘blogger ni apalah sangat’ kan.

Ni dulu yer.. Sekarang blogger dah makin sukses dah.

Setiap orang ada pendapat dan pandangan mereka sendiri.

Bro bermula dengan blog politik. Pernah ditawarkan terlibat dengan politik selepas tamat sesi perlibatan Bro dalam MPP. Cuma Bro bertindak mengambil jalan berkecuali atas sebab tertentu.

Ada rakan seperjuangan yang terjatuh dan ada yang pergi lebih jauh. Bagi Bro, biar Bro berada di jalan yang Bro selesa berjalan dan cipta sendiri matlamat yang ingin Bro kecapi.

Bro tidak pernah down menjadi blogger.

4 kali Bro bertukar kerja dan kebanyakan kerja Bro ditawarkan oleh orang yang membaca blog Bro. Bro pernah kerja kerajaan, pernah kerja di syarikat IT. Bagi Bro rezeki kita sebagai hambanya ada, cuma kita kena pandai cari dan jangan harapkan rezeki datang bergolek pada kita.

Dari blog, Bro dapat kenal ramai orang dan mereka kenali Bro. Dari orang biasa sehinggalah ke artis dan ahli politik.

Hidup ini pun kadangkala macam air laut juga, pasti ada pasang surutnya. Dan bro akui pernah rasa down juga 🙂 Apa-apa pun jangan mengalah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

57 thoughts on “Bagaimana Mula Berjinak Dalam Dunia Blogging

    1. Time tue dia tengah bercuti sambil berlajar, so memang ada banyak masa untuk berblog. Bila kembali bekerja, blog letak ke tepi. Jawatan dia pun bukan calang-calang tue.

      Dah lama juga Bro tak lepak dengan dia.

  1. fuh! kene blajo banyak lagi ngan otai2 cam bro ni. Satu tempoh yang lama tu untuk maintain mood dalm dunia blogging ni. Semoga semangat kenit sekuat bro hehe (^_^). Dan semoga bro terus maju dalam bidang yang dicintai.

  2. sometimes kte kena pilih apa yg kte minat dlm hidup. kdg2 apa yg kte minat pulak x blh jd satu kerjaya. so nk beejaya kenalah berusaha dlm hidup.

Leave a Reply

Top