You are here
Home > Contest > Smashies Burger – Pertandingan Makan Burger Terpantas

Smashies Burger – Pertandingan Makan Burger Terpantas

Smashies Burger - Deq Noor

Smashies Burger yang sebelum ini dirasmikan oleh Presiden Amerika – Barrack Obama sedang mengadakan pertandingan makan burger terpantas dan terbanyak dalam tempoh masa 8 minit.

Pertandingan ini diadakan setiap hari Khamis di cawangan Smashies Burger di Metro Genting, Setapak.

Gambar blogger Deq Noor menikmati Smashies Burger

Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM1,000 dan tempat kedua RM500. Ketiga pula menerima boucher bernilai RM100.

Bagaimanapun pemenang akan ditentukan pada pusingan akhir yang akan diadakan pada 5 Oct 2013 ini.

Eat until standing - just training session for last week winners — at Smashies Burger

Sekarang hanya sesi kelayakan dimana anda perlu memenuhi syarat minimum iaitu 8 burger dalam 8 minit. Buat masa sekarang baru ada seorang berjaya habiskan 10 burger dalam 8 minit.

Persaingan makin sengit bila salah seorang peserta yang bertanding merupakan peserta yang banyak memenangi pertanding makan seperti ini.

Dengar cerita dia habiskan 8 burger dalam tempoh masa 5 minit.

Pertandingan makan burger terbanyak dan terpantas dalam tempoh masa 8 minit

Bro juga tidak melepaskan peluang ini.

Fuhhhh….!! Memang terasa bahangnya. Terkejut bila lihat minit pertama ada beberapa peserta sudah habiskan 2 burger dan nak masuk burger ke-3.

Bila masuk minit ke-5 ada yang order mintak burger lagi.

Siapa ada peserta yang bawa penyokong. Memang meriah aktiviti seperti ini walaupun hanya 8 minit sahaja berlangsung. Bagaimana pula dengan pusingan akhir nanti ek?

Anda boleh menonton video yang sempat dirakam oleh blogger Yana Yassin di Youtube (jangan tengok aksi Bro tengah makan ek)

Jika anda ingin menyertainya anda boleh berbuat sedemikian di cawangan Smashies Burger di Metro Genting, Setapak (Boleh datang walk-in) dengan yuran penyertaan RM20.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari fan page Smashies Burger (Jangan lupa like)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Smashies Burger – Pertandingan Makan Burger Terpantas

Leave a Reply

Top