April 26, 2024

Review Nokia Lumia 925

Nokia Lumia 925

Genap sebulan Bro menggunakan Nokia Lumia 925.

Walaupun apa awalnya ramai rakan memberi respon yang negatif sebelum Bro menggunakannya. Ini serba sedikit mempengaruhi prespektif Bro terhadap Nokia Lumia dan Window Phone itu sendiri.

Tetapi sedikit demi sedikit Bro tolak ke tepi padangan negatif terhadapnya.

Maka semakin lama, Bro semakin menyukainya. Begitu juga dengan isteri Bro. Apa yang menarik sebenarnya tentang Nokia Lumia 925 ini?

Rupa Paras Nokia Lumia 925

Rupa Paras Nokia Lumia 925

Nokia Lumia 925 tidak terlalu tebal dengan berat dalam 139 gram. Lebih ringan jika dibandingkan dengan versi sebelumnya iaitu Lumia 920 (185 gram). Ini kerana “body”nya telah ditukarkan kepada polycarbonate yang lebih ringan dari yang sebelumnya.

Ianya tidak mudah tercalar (keculi kalau korang toreh dengan pisau) dan terasa selesa bila memegangnya. Terasa ada “grip” dibelakangnya menyukarkannya untuk jatuh bila menggunakan sebelah tangan seperti dalam gambar diatas.

Bro sendiri telah membuat eksperimen ringkas dengan menyondongkannnya hampir 40% kebawah, ianya masih lagi melekat (ada grip) pada tapak tangan.

** Kalau anda ingin mencubanya, jangan sesekali buat dari tempat yang tinggi dan pastikan dibawahnya ada benda lembut untuk menyambutnya. Biar pakar macam Bro sahaja yang melakukannya.

Kedudukan Butang Pada Lumia 925

Terdapat butang untuk mengambil gambar dan “auto focus” tanpa menyentuh pada skrin telefon anda. Ada sesetengah telefon memerlukan anda sentuh skrin untuk mengambil gambar dan “auto focus” tetapi Nokia Lumia 925 mempunyai kedua-duanya sekali.

Terdapat butang “power” ditengahnya untuk memadam dan menghidupkan telefon ini. Ianya juga digunakan untuk mengaktifkan telefon sewaktu dalam “sleeping mode”

Dan akhir sekali, butang “volume”. Jika anda ingin menguatkan atau memperlahankan bunyi.

Bahagian Atas Lumia 925

Pandangan Atas Nokia Lumia 925

Pada bahagian atasnya pula terdapat tempat “jack earphone” dan MicroUSB dimana ianya digunakan untuk mengecas telefon dan memuat naik/turun fail dari telefon anda ke PC.

Terdapat juga tempat untuk anda memasang kad sim (Nokia Lumia 925 menggunakan Micro Sim Card) Sama seperti iPhone.

Anda hanya perlu jolok pada lubang kecil untuk mengelurkan tray (tempat untuk anda meletak kad sim anda) dan masukan semula tray tersebut kedalam telefon.

Ketebalan Nokia Lumia 925

Ketebalannya lebih kurang 8.5mm. Bro tak pasti ketebalan ini termasuk lensa kamera dibelakangnya yang timbul.

Bro tak de peralatan untuk mengukur ketebalan termasuk kameranya untuk membuktikan ketebalkan sebenar Nokia Lumia 925

Kamera Nokia Lumia 925

Kamera Nokia Lumia 925

Nokia Lumia 925 didatangkan dengan 8.7 MP PureView bagi kameranya mampu menghasilkan gambar yang menarik dengan beberapa fungsi seperti kita menggunakan DSLR.

Ianya didatangkan dengan 6 lensa Pureview Carl Zeiss mampu menghasilkan gambar yang tajam dan jelas pada keadaan low-light.

Kameranya mempunyai penstabilan imej optik dan autofocus. Disertakan sekali dua LED flash dan boleh menghasilkan kualiti gambar pada saiz 3264 x 2448 pixels.

Ianya dapat menghasilkan video berdefinasi tinggi (HD) – 1080 pixel pada 30 frame per saat dengan Optical Image Stabilisation.

Ini beberapa hasil yang Bro ingin kongsikan.

Pulau Sibu Kukus - SnorkelingPulau Sibu Kukus – Lokasi Bro Snorkeling baru-baru ini

Jihan Miskin - Open House Media PrimaJehan Miskin sewaktu Open House Media Prima di One World Hotel.

Family - Couple TshirtGambar bersama isteri – sambil promote t-shirt yang kami pakai (sweet tak)

Paling menarik tentang kamera Nokia Lumia 925 adalah gambar yang diambil dalam keadaan kurang pencahayaan (low-light).

Kebanyakan gambar yang diambil agak tajam terutama pada objek yang di fokus. Disini Bro ingin kongsikan beberapa gambar yang diambil menggunakan kamera telefon ini dalam keadaan low-light.

Beraya Bersama BloggerBeraya bersama rakan blogger tempoh hari. Keluar pagi, malam baru balik.

Altimet Open HouseSewaktu lepak bersama rakan artis – Altimet

Syarifah Amani - Psiko Pencuri Hati

Syarifah Amani – Majlis Pra-tonton Filem Psiko Pencuri Hati

Paparan (Display) Nokia Lumia 925

Nokia Lumia 925 display

Nokia Lumia 925 didatangkan dengan skrin bersaiz 4.5’ dengan 1280 x 768 pixel dan nisbah aspek (aspect ratio) 15:9 untuk kepuasan menikmati paparan PureMotion HD+.

Ianya dilindungi oleh “Gorilla Glass 2” mampu mengelakkan skrin telefon ini dari calar dan mudah untuk dibersihkan. Ianya juga sangat sensitif walaupun anda menggunakan sarung tangan (glove) atau kuku anda sendiri untuk menyentuhnya.

Sepanjang Bro menggunakan Nokia Lumia 925 untuk bermain game, kualiti paparannya tidak mengecewakan.

Nokia Lumia 925 – Window Phone 8

Window 8 - Nokia Lumia 925

Untuk pengetahuan anda, Nokia Lumia 925 menggunakan operasi system (Operation System – OS) Window Phone. Ini membolehkan anda berkongsi kandungan dari telefon anda ke PC anda secara “cloud”.

Ala lebih kurang sama dengan produk Apple yang boleh dihubungkan isi kandungannya melalui iCloud.
Tetapi ianya hanya berfungsi pada PC yang menggunakan perisisan OS Window 8 dan keatas dibawah akaun yang sama anda daftarkan untuk telefon anda (perlu gunakan email Hotmail dan seangkatan dengannya untuk sync akaun anda).

Melalui akaun yang didaftarkan membolehkan anda memuat turun atau membeli aplikasi dari Nokia Store. Anda juga boleh memuat turun permainan dari XBOX LIVE ke telefon anda.

Walau bagaimanapun tidak banyak aplikasi yang menarik jika ingin dibandingkan dengan aplikasi yang terdapat pada produk Apple dan Android. Anda tidak perlu kecewa, terdapat beberapa aplikasi dari orang ketiga (3rd Parties) yang anda boleh gunakan.

Salah satu daripadanya adalah 6 tag (aplikasi untuk Instagram bagi pengguna Window Phone 8) Apa kata anda cubanya sekarang.

Window Phone 8 - 6tag

Tiada gunanya jika anda mempunyai kamera telefon yang mantap jika tidak dapat kongsikan gambarnya yang berkualiti. Ianya tetap memerlukan aplikasi untuk anda kongsikan di laman media sosial.

Jangan lupa untuk mencuba aplikasi ini.

Nokia Lumia 925 di jual di Malaysia pada harga RM1599. Info lanjut anda boleh dapati di http://www.nokia.com/my-en/products/phone/lumia925/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Review Nokia Lumia 925

  1. Menarik juga Nokia Lumia 925 ni.. tapi setakat ni hati masih terpaut pada kecanggihan Samsung Galaxy S4.. tapi kalau ada rezeki boleh dapat mana-mana Smart phone percuma, saya nak juga satu.. hehehe gurau jer..

    1. Banyak yang menariknya tentang Nokia Lumia 925.

      Insya’lah akan ada rezeki untuk mu. Biarlah smartphone yang kita miliki boleh kita optimizekan penggunaannya.

      Jangan setakat sms, call dan bermain game :)

  2. cepatnya bro , betul2 18 hb … apa pun saya suka kamera dia , cuma kekok nak sesuaikan diri je , ye la kita dah bertahun guna android dan ios tu , tiba2 guna windows .. tapi kalau dah suka apa salahnya belajar guna , lg pun di sebabkan laptop dah guna window8 jd mudah nak connect :)

  3. bila kita cuba sesuatu yg berbeza. kita akan nampak kelebihannya. mcm kalau biasa guna Samsung tetiba guna Iphone..sudah pasti perbezaan akan cuba dicari terlebih dahulu.

    Lumia memang boleh menaikkan kembali jenama Nokia setelah mengalami kejatuhan yang teruk sejak Android dan iOS menguasai dunia meninggalkan Symbian yang biasa Nokia gunakan

Leave a Reply to Kikie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *