April 25, 2024

Purata 1,000 Rakyat Malaysia Kahwin Selatan Thailand

gambar-pernikahan-ashraf-muslim-dan-sakinahSecara purata 1,000 rakyat Malaysia  melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan.

Angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.

Jumlah yang direkod ini membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Jika kita lihat pada statistik ini, 1,000 orang setiap bulan. Bukan satu jumlah yang kecil.

Maka bagi mana-mana yang sudah berkahwin, pastikan pasangan anda (suami) tidak termasuk dalam statistik ini atau pergi nikah lagi di Thailand.

Begitu juga dengan ibu bapa yang tidak mahu anak teruna/daranya kahwin di Thailand. Elok permudahkan mereka berkahwin di Malaysia.

Memang satu pengalaman dapat berkahwin di luar negara. Tetapi Thailand tetap menjadi pilihan yang mampu memberikan pandangan negatif kepada masyarakat kita.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Purata 1,000 Rakyat Malaysia Kahwin Selatan Thailand

  1. Ramai rupanya rakyat Malaysia yang bernikah dekat Thailand ni.. Sebelum ni saya ingat dalam beberapa puluh pasangan jer, maklumlah golongan datuk bukan ramai mana pun. . Kalau dah sampai 1000 pasangan sebulan, tentu orang biasa pun ada yang join sekali termasuk datuk berkaki tiga. . ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *