You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Program Angkasawan Negara Kedua 2016

17,283,940 total views, 2,422 views today

Program Angkasawan Negara Kedua 2016

Program Angkasawan Kedua MalaysiaMalaysia dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan negara bagi melakukan pelbagai penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016.

Ini dikatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Seperti yang kita sedia maklum,

Malaysia buat julung kalinya telah menghantar angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Okt 2007 hasil kerjasama dengan Rusia.

Disana beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.

Malaysia juga sedang merancang untuk meneruskan kerjasama dengan Rusia bagi melaksanakan program angkasawan negara kedua, selain merancang kerjasama dengan negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis dalam pelbagai aspek program itu.

Maka nanti akan muncullah Angkasawan Negara kedua kita.

Siapakah dia?

Mungkin anda, anda, anda atau Bro sendiri.

Bicara Bro : Tapi, kalau Bro nak jadi angkasawan. Berat badan kena turunkan dan badan kena fit. Risau nanti, roket tak lepas nak terbang sebab muatan berlebihan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Program Angkasawan Negara Kedua 2016

  1. Sebelum kerajaan hantar angkasawan kedua, ke angkasa lepas. . Saya rasa parlimen, perlu membahaskan pelbagai isu terlebih dahulu. .berbaloi atau tidak dalam keadaan negara kita sedang mempunyai banyak hutang pada ketika ini. . Jangan disebabkan nak hantar lagi seorang angkasawan, kita menambah lagi banyak hutang. . Dan hasil daripada pemergian angkasawan tersebut pula, tidak memberikan banyak manfaat yang besar kepada negara kita. . Tak ke membazir namanya tu..

Leave a Reply

Top