Jika anda baru berjinak-jinak dengan sukan paintball, apa kata luangkan masa bersama rakan-rakan datang ke Paintball Cyberjaya Park yang terletak berdekatan dengan MMU, Cyberjaya.
Perjalanan 30 minit dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya MEX pasti berbaloi bagi anda yang inginkan aktiviti seharian dengan rakan yang menyukai sukan extreme ini.
Disini terdapat beberapa field yang boleh anda cuba.
Terdapat 5 field ditawarkan kepada anda di Paintball Cyberjaya Park.
- Field 1 – Yang biasa korang tengok tue.
- Field 2 – Urban Assault
- Field 3 (Hamburger Hill)
- Field 4 (Sahara)
- Field 5 (Gua Musang)
Bro hanya mencuba Field 1 & 2 sahaja. Nak pergi field lain macam tak puas sebab berapa kerat je kami nie semua. Penat Bro roger dekat facebook, tapi tak ramai yang bagi respon positif.
Baru-baru ini,
Bro bersama beberapa rakan blogger meluangkan masa bersama di sini.
Malangnya Bro tidak filter siapakah dorang yang sebenarnya sebelum mengajak bermain paintball. Masing-masing menyimpan taring + kuku. Tau-tau je, masing-masing ada equipment memasing.
Alamak, ini bukan calang-calang orang.
Tak apa, tujuannya bukan nak buat tournament, sekadar main suka-suka je.
Team dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Team Champion (semua laki & bapak orang je dalam nie) dan Team Sub-Marine (ramai yang dasyat dan bujang dalam team ini)
Tengok pic pun dah boleh agak kan team mana yang boleh menang.
Cakap banyak tak guna la. Nak sembang, jom masuk field la (kalau berani) – kata si pemarak api membara menyebabkan semua yang join nie tak buat warming-up dan terus main.
Siapa la tue ek (habis lenguh-lenguh satu badan nie)
Ini pula gambar sewaktu blogger beraksi bermain paintball. Semua skill ada punya, yang cakap tak pernah main pun dah gaya macam pro dah.
Siot je, gambar Bro xde T-T
Nak buat macam mana, Bro bukannya star dalam sukan paintball nie dan……………… Maybe sebab Bro pandai cover sampaikan orang tak boleh nak ambil gambar + marking Bro he…23x
Ok, yang ini baru ada gambar Bro beraksi, boleh sesiapa detect yang mana satu adalah Bro?
4 game yang amat memuaskan bagi kami semua. Bukan senang dapat main santai-santai macam nie. Bro selalu main pun sebab ada tournament je (tue bukan budak2 yang baru nak berjinak-jinak main).
Aksi star keluar field.
Ada nampak tak kesan kami kena tembak? Tak de kan he..23x star la tue.
Baru ingat, kenapa gambar Bro tiada orang tangkapkan. Sebab bro tengah menirap dalam lopak air waktu di field ini. Memang balik, kena bebel dengan wife.
Bukan selalu dapat berkubang macam nie.
Jika anda ingin datang dan meluangkan masa di sini, elok benar anda buat tempahan.
Sebab selalunya hujung minggu ada beberapa kumpulan berkumpul disini untuk bermain paintball.
Terdapat beberapa pakej yang anda boleh anda pilih.
Bagi yang baru nak berjinak dan nak main puas-puas. Elok ambil pakej Pack500 pada harga RM90.
Ianya termasuk pakej basic (Maker set + mask + HPA + field access) + 500 pallets (peluru jika korang tak tahu apa itu pallets)
Jika ada blogger yang rasa macam nak try test power bermain paintball dengan Bro dan blogger lain. Prepare je duit dan plan nak main macam mana.
Then jemput la Bro uuntuk turut serta. Insya’lah Bro akan join, kalau bukan sebagai peserta maybe penonton (jika korang star sangat la kan).
Untuk maklumat lanjut, korang boleh like dan usha dekat facebook mereka ini.
Lokasi :
Cyberjaya Paintball Park, @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (berhadapan Universiti Multimedia),
Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api,
63000 Cyberjaya, Selangor Malaysia.
Search “Cyberjaya Paintball Park” jika anda menggunakan Waze.
Antara Blogger yang turut hadir (ikut siapa yang sampai dulu ek – ada sesiapa nak bangkang?)
- Bro Framestone (paling awal)
- Ayue Jer (sebab dia naik satu kereta dengan Bro)
- Hafiz Rahim
- Papa Blogger (azmi)
- Abang Zahari (paling otai)
- Fazrol (boleh pula mamat nie bangun lewat sejam)
- Ben Ashaari
- Ammar Yasir
- Ladfe Amir
- Anarm
- Faizal Fedley
Kredit beberapa gambar buat Anarm :)
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
errmmm… leh caya ke team Bro ni star2? ermmmm… mari laaa.. mari laaa.. (saje kasi panas dengan entry di bawah)
Lu bikin wa panas je…. payung la kalau berani :)
Gambar last tu memang star..xde kesan tembak tu..hehehe
Gua nampak dekat dada mu ada warna kuning he..23x
hafiz.. bukan ada kesan tembakan warna kuning ke? ngam2 kat jantung.. hehehee
Owh..tu terkena percikan..boleh tak jawab camtu..cover kekalahan..hahaha
tak dapat dibayangkan betapa seronoknya main paintball
Apa lagi, meh la join sama
tak nampak pun bro menembak..sembunyi jelah tu..hehehe..ngelat..
Mana ada mengelat, bro nie siapa la kan… Bukan ada orang nak ambil gambar Bro pun T-T
alaa,, list la blog blogger yang pergi,, aiyaa bro,, tak nampak laa,, tak kenai,, nk kenai jgk,, huhuu
Kejab lagi Bro listkan ek :)
bagi 5 minit ek… Boleh tak muja?
Beberapa kali rancang dengan rakan sepejabat. Setakat ini belum berjaya untuk bermain paint ball ini.
Eh kenapa tidak ada gambar baju kena kesan marker?
Jom la turun ini kali la…. Lepak bersama rakan blogger yang lain…
Baju kena kesan marker? Ada 2 orang je kot juru kamera, yang lain main paintball sampai x sedar yang dorang x ambil gambar masa main.
aloo awat tak roger.. nak gak join.. lau ada event paintball lagi.. war war kan la.. sure ramai yang nak join..
Kena selalu roger dekat wall fb bro… Now paintball sudah jadi aktiviti bulanan kami.
xpenah main lg kt Cyberjaya ni.
Hahahha…
Kire kalau filtter tak boleh join la aritu ek?? =P
Siap ade list ikut kehadiran tu…
Walaupun bangun lewat sejam, tapi antara yg sampai awal.. he he..
Nak main lagi, jgn lupa roger saya lagi…
Bestlah blogger kat semenanjung banyak aktiviti macam ni
Blogger belah sarawak pun boleh buat sama :)
game yang gua selalu main dulu..tapi sekarang dah kurang..
kalau tak kerana gua gi kum2013..gua nak gak turun main sama..
tak apalah..kalau nak repeat..jangan lupa ajak gua aa.. haha..
Repeat? tiap2 bulan ada.. Mu turun ja
Tgh tgu bro buat iklan ajak main je ni… Xsabar… Hahaha
Menarik,takde mmg join dah
usah la ajak SA…confirm awal2 dah mati kena tembak..hahahahah…
Peraturan boleh dirombak… Mati boleh hidup balik