17,160,317 total views, 883 views today

Misi Mencari Baby Stroller Sebelum Terlambat

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Pemilihan Baby Stroller

Hujung minggu baru-baru ini telah digunakan sebaiknya oleh Bro dan isteri mencari (usha je sebenarnya) Baby Stroller sebelum terlambat.

Tinggal lebih kurang 7~8 minggu je lagi sebelum bergelar bapa. Bila dah nak bergelar bapa ini buat Bro rasa berdebar-debar.

Biasalah, pengalaman pertama kan.

Ini pun usha-usha je dulu. Nak beli, kena tunggu duit masuk nanti.

Lagipun, Baby Stroller ini ada banyak jenis. Bukan main beli je kan, banyak faktor kita kena pandang supaya berbaloi dengan investment yang kita keluarkan.

He..23x bunyi macam nak pilih Baby Stroller macam nak pilih kereta atau isteri la pula.

Tetapi jangan memain.

Bro usha harga pun dalam lingkungan RM200 ~ RM500 je. Biar boleh pakai sampai anak ke-4 (wah dah bajet tue), risau baru nak masuk anak kedua, dah jahanam benda tue.

Bro dengan wife memang jenis travel selalu ke Perak dan Johor. Tidak termasuk ke tempat-tempat yang belum disenaraikan lagi.

Ada Baby Stroller yang didatangkan sekali dalam bentuk 2 in 1, stroller dan baby car seat. (Bro dah aim yang ini dulu) Baby tengah tidur, boleh cabut dan pasangkan pada kereta.

Tetapi Baby Stroller jenis ini agak besar dan tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai ruangan bonet yang kecik. Risau bubuh benda itu je dah penuh bonet. Belum masukkan benda lain pula.

Apa pendapat korang pula, terutama yang sudah ada pengalaman seperti ini? Jom kongsikan bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “Misi Mencari Baby Stroller Sebelum Terlambat

  1. saya beli baby stroller lepas anak lahir tapi boleh kira guna berapa kali je sebab tak semua baby suka duduk dalam stroller. macam anak saya.. dari kecik sampai dah 2 tahun ni susah betul nak pujuk duduk dalam stroller. kalau pergi holiday ke bawak la.. sebab kita nak jenjalan bila dia ngantuk senang nk bg tidur. kalau jenjalan area KL ni buat penat je bawak.

  2. saya punya 7 keturunan boleh guna, sapa yang bersalin dulu beli dan jatuh turun temurun kepada adik @ anak memasing, dulu aruah ayah ada beli katil baby besi yang beroda untuk adik lelaki sekarang adik lelaki dah berusia 32 tahun, so turun kepada anak saya dan anak-anak adik saya….jaga baik barang 7 keturunan nie….hehe
    So barang-barang sekarang banyak kualiti tak seberapa tapi harganya mahal….beli biarlah puas hati…….

  3. tak sabar nak tunggu baby iera lahir..
    *tumpang eksaited..

    pasal stroller.. ala… misi iera tahu yg terbaik utk anak dia..

    kan iera kan..
    *muah iera ngan baby

  4. yang bole masuk kereta tu lebih fleksible

  5. haha… beli je yg mahal trus bro.. boleh tahan lama skit..

    1. ques

      Adakah mahal = bagus?

  6. err… takde pengalaman.. hihi^^

    tak sabar nak tengok baby!^^

  7. Anak-anak saya sebelum ini tidak pakai stoller. Tidak macam ibu bapa muda sekarang macam-macam hendak beli seperti anak sepuluh.

    Selepas berat badan sudah mencapai 10kg barulah guna stroller tetapi tidak semua bayi suka duduk didalam stroller. Anak saya tidak diajar tidur didalam buaian dan peha sebagai penganti mendodoi anak. Senang tidak payah hendak angkut buaian ke sana ke mari belum campur beg barangan bayi hendak disumbat didalam kereta.

    Pengalaman yang tidak boleh dilupakan mendukung 2 anak satu masa dan pada sama isteri menolak troli membeli belah di pasar raya. Anak-anak saya diajar duduk didalam troli sejak kecil senang hendak kawal. Alhamdulillah tidak masalah anak duduk didalam troli dan tidak akan membeli belah jika tidak ada troli.

    Walaupun bagaimana hak masing-masing untuk membeli stroller kerana ia banyak saiz dan berat.

    1. Saya beli stroller second hand dan sudah 3 tangan pakai stroller ini.

  8. beli yang elok sikit…bleh tahan lama..lagipun babay guna benda ni kejap je..hu3

  9. Nasihat saya beli yang mudah dibawa kemana-mana..tak perlu ikut trend sangat.beli ikut keperluan.mahal x semestinya bagus..kadang2 anak2 pun bukan suka yang mahal2.

    1. He..23x anak2 kecik ini bukan tahu benda tue mahal ke murah. iPad pun boleh retak skrin dorang buat. Kita je yang selalu hargai benda2 mahal macam nie.

  10. Kalau boleh ikut keperluan kita,jangan terlalu berkira mengenai harganya…fikirkan kepelgaian kegunaannya.

  11. SA x pernah beli..semua hadiah dari orang termasuk la baby cot..tp Dania x suka semua tuh…umur dia 2 tahun lebih dah sedekah kat orang lain dah….

  12. bro saya anak ke 4 pun nak beli juga , tak kira la .. dulu2 anak sulung rasa tak perlu beli sebab boleh dukung dia 24 jam , tanpa perlu risau yang lain2 , bila dah 4 kena beli sebab nak jaga si kakak2 nya sama.

    saya bekenan jenis 2 in 1 juga , dah usha .. nanti la beli .. lepas keluar baby ke .. tunjuk je ke abg dulu ..

  13. Saya cadangkan pakai yg jenis umbrella fold… senang nak lipat dan simpan di kereta…

Leave a Comment