April 25, 2024

Minyak Naik, Kurangkan Jumlah Subsidi Kerajaan Pada Rakyat

harga minyak naik

Harga minyak bagi RON95 dan Diesel naik 20 sen berkuat kuasa hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter tetap memberi kesan kepada pengguna.

Mungkin kerajaan perlu mencari satu cara yang boleh menjamin harga bahan api terkawal (biar harga tetap dan xde naik memanjang) dan mampu memuaskan hati rakyat Malaysia selain pemberian BR1M.

Bagi kerajaan,

Langkah mengurangkan subsidi bahan bakar merupakan cara terbaik untuk memastikan wang yang diperoleh daripada pembayar cukai, digunakan secara lebih produktif seperti menambah baik kemudahan pendidikan, kesihatan dan prasarana demi faedah rakyat sendiri, daripada membiarkan sebahagian besarnya dibelanjakan secara tidak berhemat oleh pemilik kenderaan.

Kos-Sara-Hidup

Bagi Bro pula,

Duit dari pembayaran cukai boleh digunakan sebaik mungkin untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia. Memang banyak barang runcit disubsidikan, tetapi harga makanan tetap naik selari dengan kenaikan harga minyak.

Bila harga minyak turun, harga makanan yang dijual tetap tak turun-turun.

Belum lagi subsidi yang disalurkan kepada syarikat telekomunikasi yang kadangkala pengguna terasa tertipu dengan perkhidmatan yang tidak memuaskan dan harga yang cekik darah.

BR1M hanya strategi kerajaan untuk mengelak rakyat menjadi semakin marah berikutan kenaikan harga bahan bakar. Tetapi tak semua rakyat Malaysia mendapat kebaikan darinya.

Paling malang, ada beberapa kes dimana mereka perlu 2-3 kali berulang untuk membuat rayuan bagi mendapatkannya. Malangnya kos yang mereka tampung (nak berulang-alik + masa) lebih kurang sama dengan jumlah yang diterima.

Apa-apa pun, memang betul kerajaan sepatutnya mengurangkan subsidi itu secara beransur-ansur. Tetapi pengurangan subsidi banyak memberi kesan kepada sosial ekonomi negara kita.

Ramai graduan yang dihasilkan masih lagi menganggur dan tidak mendapat perkerjaan seperti yang dijanjikan sebelum mereka menyambung pelajaran dulu. Ada juga yang awal-awal kerja dibebani oleh hutang dan menyukarkan mereka untuk memulakan hidup.

Belum lagi kes, hantaran ikut kelayakan akademi yang menyebabkan ramai tidak mampu memberi komitment dalam satu perhubungan.

Bicara Bro : Memberi subsidi umpama memberi candu. Apabila rakyat sudah menjadi penagihnya, amat sukar untuk menariknya kembali kerana mereka akan mula mempersoalkan kenapa ia perlu dikurangkan.

Adakah Malaysia perlu menghentikan pemberian subsidi bahan bakar dan bukan menunggu hingga tibanya keadaan di mana kerajaan tidak lagi mampu meneruskannya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Minyak Naik, Kurangkan Jumlah Subsidi Kerajaan Pada Rakyat

  1. Bagi akak subsidi minyak dikurangkan boleh lagi diterima jangan subsidi hospital dikurangkan takut pulak sakit tak ada duit nak dptkan rawatan…huhuhuuu…

    1. Memang perit kalau subsidi yuran hospital kerajaan dikurangkan. Harap kerajaan dapat mengenakan caj untuk golongan berada yang mengunakan perkhidmatan kerajaan.

  2. timeline gambar troli itu ada benarnya..itu mengambarkan keadaan ekonomi kita sekarang..apa yang paling diharapkan ialah..jangan harag barang pun turut serta naik..habislah pokai

  3. Golongan berpendapatan sederhana yang boleh dikatakan perlu diambil perhatiaan kerana mereka tidak menikmati semua bantuan yang dihulurkan seperti golongan berpendapatan rendah dan pembayar cukai.

  4. Betul bro, konah rasa boleh naikkan cukai rokok atau pun minuman keras. Daripada subsidi minyak. Mahal macam mana pun rokok, rokok tegar sanggup beli. Contohnya ambil negara jiran yang terdekat. Singapura. Kawan-kawan saya disana sanggup turun johor nak beli rokok sebab dikatakan rokok malaysia masih murah dan berkualiti tinggi. Walaupun nak bandingkan dengan harga minyak daripada negara lain dan diakui malaysia masih rendah malangnya dengan kepanikan ini harga barang menaik dadak.jangan terkejut air kosong mamak high class mungkin boleh mencecah dua ringgit.

  5. Setuju dengan printscreen status fb bro..boleh counter subsidi dengan naikkan harga rokok..naik 50% pun takde hal nye..dah cakap kempen anti merokok..buat habis2an la kan..jangan hangat2 tahi ayam

  6. Subsidi kena kurangkan. Kita juga kena berjimat cermat dalam berbelanja. Tapi kalau asik-asik kita je yang berjimat sampai tak tau dah apa yang nak dijimatkan, itu sudah lebih.

    Bagi BR1M lagilah tak setuju. Beban kerajaan bertambah2. So kat mana penjimatan dan pengurangan subsidi tu berlaku? Ini semua cuma nak menindas golongan pertengahan dan membuncitkan perut orang miskin. Orang miskin makin naik lemak.

  7. harga minyak naik….harga barang makanan pun akan naik, transport pun naik sama…walau apa pun rumusannya berfikir ler sejenak untuk satu kenaikan yang akan merobek hati rakyat bawahan,,,, tak mampu untuk membayar gaji wakil rakyat…..

  8. kena cari mekanisme lain untuk membantu pulihkan ekonomi negara. kurangkan subsidi petrol sepatutnya langkah terkahir selepas banyak cara dibuat.

    minyak pernah naik dulu, and harga barang naik. tapi bila minyak turung, harga barang tu masih kekal.

    kalau barang dah mahal, BR1M pun tak rasa apa sangat

  9. penguatkuasaan lemah. Tindakan kurang.

    Dan mentaliti orang kita tetap sama tak kira minyak naik atau turun.

    So, reda ajelah. Buat kerja rajin-rajin.

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *