April 25, 2024

Koleksi Mekap Terbaru Dari Avon Malaysia

Avon Malaysia Caravan

Dalam tempoh 127 tahun, AVON telah mendekati wanita diseluruh dunia melalui lebih 100 pasaran yang dengan7 juta wakil jualan yang aktif.

Di Malaysia, AVON telah bertapak selama 36 tahun dengan misi untuk membuat wanita Malaysia sentiasa cantik setiap hari.

Bukan sahaja nampak cantik pada luaran, bahkan juga kecantikan dalaman; meningkatkan harga diri, kenyakinan diri, menaikkan taraf kewangan dan banyak lagi.

Bagi menjayakan kempen AVON You Make It Beautiful, AVON Malaysia tidak ketinggalan mengadakan lawatan keseluruh Malaysia dan salah satu lokasinya adalah Plaza Sungai Wang, Kuala Lumpur.


Ayue Jer Make-Up Avon Malaysia

Bro dan rakan blogger – Ayue Jer dapat meluangkan masa di sana (Untunglah muka serabai kena make-up)

Atas tue, muka dia sebelum di make-up.

Ini pula muka dia selepas di make-up. Cantik tak?

Ayue Jer After Make-Up Avon Malaysia

Pengunjung boleh singgah ke sana untuk menikmati sentuhan pakar mekap yang dibawa oleh AVON Malaysia.

Pengunjung dijemput untuk merasai pengalaman menggunakan koleksi mekap terbaru AVON dan juga khidmat nasihat dari pakar kecantikan AVON.

Jangan lupa untuk temui mereka di lokasi ini :-

  • 05 Sept 2013 – INTI International University, Nilai
  • 07 Sept 2013 – Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.
  • 08 Sept 2013 – East Cost Mall, Kuantan
  • 12 Sept 2013 – University Technology Malaysia (UTM), Skudai
  • 14 Sept 2013 – Plaza Angsana, Johor Bahru
  • 21 Sept 2013 – KB Mall, Kota Baru, Kelantan
  • 26 Sept 2013 – INTI International College, Penang
  • 28 Sept 2013 – Penang Times Square

koleksi mekap avon malaysia

Koleksi Mekap Terbaru Avon.

  1. Ultra Color Rich Lipstick : Teknologi Pure Revealing dan pigmen yang diperbaharui untuk memberi warna terang kekal sejati. Ia menutrisi bibir dengan Shea Butter, Minyak Omega, Beri Arktik dan Vitamin E menjadikan bibir licin dan lembap serta-merta. hadir dengan 16 rona baru dalam bekas elegen.
  2. Ultra Glazewear Lip Glass : Teknologi Pure Revealing dan pigmen yang diperbaharui melucurkan kilauan tinggi berona mewah dengan formula melembap yang sama dengan gincu terbaru mereka. Hadir dengan 8 rona berkemasan krim, kilau dan sinar.
  3. True Color Eye Shadow Quad : Teknologi Pure Revealing memberi warna mewah berpigmen tinggi yang kekal sejati di mata seperti di palet. Warna kekal tulen, tanpa retak atau merekah di mata. Hadir dengan 6 quad baru dengan langkah penggayaan bernombor.
  4. Ultra Glimmersticks Lip & Eye Liner : Menggaris dengan warna kekal sejati. Boleh digayakan bersama solekan terang atau lembut tanpa masalah comot atau berkeping. Tersedia dalam 4 rona.

perasmian caravan Avon Malaysia

Bagi menyempurnakan majlis ini,

Telah diadakan majlis memotong reben oleh Puan Carolyn Nur Amira Lee, Pengarah Urusan AVON Malaysia. Ditemani oleh Safirah Harudin (mangsa barah payu dara & wakil AVON), Azlina Abdullah (Ketua Jualan AVON) dan Maggie Goh (Pemilik Butik AVON).

Jika anda menemui rombongan AVON ini diseluruh Malaysia pada bulan September ini,

Jangan lepaskan perluang ini dengan setiap pembelian makep AVON RM30 ke atas, anda layak untuk menyertai cabutan bertuah yang merupakan Samsung Galaxy S4 dan juga berpeluang memenangi trip ke Bali, Indonesia.

Bagi mereka yang melakukan pembelian melebihi RM50, mereka akan di make over serta menerima sesi bergambar secara profesional.

Untuk maklumat lanjut, and aboleh hubungi 1800-22-AVON (2866) atau ikut perkembangan mereka di www.facebook.com/AvonMy

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Koleksi Mekap Terbaru Dari Avon Malaysia

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *