17,148,776 total views, 80 views today

Kajian : Rakyat Malaysia Kurang Arif Tentang Penyakit Jantung Koronari

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Prof Dr Wan Azman bin Wan Ahmad, Ketua unit Kardiologi PPUM

Kaji selidik pesakit koronari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menunjukkan kebanyakan pesakit tidak mendapatkan maklumat atau menjalankan ujian kesihatan secara tetap sebelum dirawat oleh doktor.

Kebanyakan rakyat Malaysia lebih bersifat reaktif dan bukannya proaktif dalam hal-hal Penyakit Jantung Koronari (CHD).

Bro sendiri pun rasa ada benarnya tentang kajian ini.

Kebanyakan rakyat Malaysia kalau pada dada atau sebelah perut mesti menganggap ianya perkara ringan dan tidak pergi membuat pemeriksaan. Ada juga bila terjadinya gejala begini, mereka lebih utamakan perubatan tradisional dan berurut.

Sehinggalah sakit tersebut makin teruk. Waktu itu, baru mereka pergi buat pemeriksaan dan keadan penyakit jadi semakin teruk.

Perkara ini Bro dengar sendiri sewaktu mendengar sendiri pembentangan Kaji Selidik PPUM “Love Your Heart” 2013. Pengumuman keputusan kaji selidik tersebut dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada “Love Your Heart Day” yang diadakan bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2013.

Untuk menjayakan kaji selidik ini,

Seramai 414 pesakit yang menderita dari CHD dan telah menjalani prosedur “Percutaneous Coronary Intervention – PCI” dan stenting telah diajukan pelbagai soalan akan pengetahuan mereka dalam CHD, angioplasti koronari dan stent koronari yang diamalkan dalam rawatan penyakit ini.

Kaji selidik ini telah mendedahkan bahawa 73 peratus daripada responden tidak pernah menjalankan ujian kesihatan jantung secara berkala sebelum mereka didiagnos dengan Penyakit Jantung Koronari.

83 peratus responden tidak mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan maklumat lanjut mengenai stent koronari sebelum menjalani prosedur angioplasti koronari.

Seramai 328 responden, atau hampir 80 peratus, tidak mengetahui jenis-jenis stent yang biasanya digunakan dalam prosedur angioplasti koronari serta mereka juga tidak dapat mengenalpasti mana-mana jenis stent yang ada dalam kaji selidik tersebut.

Hanya 56 responden yang berupaya mengenalpasti Drug Eluting Stent (DES) yang digunakan sebagai kaedah standard dalam rawatan penyakit arteri koronari.

Generasi teknologi stent terbaru seperti Dual Therapy Stent (DTS) yang berupaya menangani pelbagai cabaran dalam penyembuhan lewat arteri koronari yang juga dikaitkan dengan monoterapi DES serta Bioresorbable Vascular Scaffold adalah prosedur yang tidak pernah didengar oleh para responden kecuali dua dan empat orang yang masing-masing tahu serba sedikit mengenainya.

Bro sendiri pun tak tahu pasal teknologi ini. Kiranya baru semalam, maklumat yang diterima ini membuka mata Bro mengenai penyakit dan cara penyembuhan ini.

Survey Announcement by Prof Wan Azman

Menurut Prof Dr Wan Azman bin Wan Ahmad, Ketua unit Kardiologi, PPUM.

80 peratus responden memahami kepentingan mengambil dua jenis ubat anti-platelet, Aspirin dan Plavix, yang ditetapkan oleh para doktor dan hanya 83 responden yang menyatakan bahawa mereka tidak memahami kepentingan mengambil ubat-ubatan tersebut.

Selain itu, kaji selidik tersebut turut mendedahkan:

  • 66% responden sedar bahawa mereka boleh mengalami trombosis stent (serangan jantung) sekiranya mereka gagal mengambil kedua-dua ubat anti-platelet (seperti Aspirin dan Plavix)
  • 73% responden sedar bahawa stent trombosis boleh menyebabkan kematian
  • 78% responden berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kaedah rawatan Penyakit Jantung Koronari

Sempena “Love Your Heart Day” di PPUM, orang awam akan berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling secara percuma. Pemeriksaan yang diberi termasuk ujian glukosa dalam darah, kolesterol dan tekanan darah.

Ceramah kesihatan mengenai pencegahan dan kawalan penyakit jantung turut dianjurkan oleh para doktor PPUM. Orang ramai turut berpeluang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Kajian : Rakyat Malaysia Kurang Arif Tentang Penyakit Jantung Koronari

  1. selagi tak kena pada diri sendiri,selagi tulah takde kesedaran dalam diri kita kan…kena lebih berhati-hati sekarang ni tentang penyakit nie..

  2. nice info…good sharing…..

  3. Petang semalam bapa saudara anak kritikal kena serangan jantung dan meninggal dunia pagi tadi walahal dia memang tak pernah sakit sebelum ini. Menjadi pengajaran buat kita semua.

  4. Terima kasih di atas perkongsian info. . Semoga dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya mengambil berat tentang faktor kesihatan sepanjang masa.

  5. memang jantung ini masih jadi pembunuh nomor satu 1 di Indonesia banyak yang tak perhatian dengan jantung mereka

  6. antara pembunuh senyap paling bahaya

  7. sy ada blajaq pasal jantung ni.. agak bahaya jugak.. sape2 yg x jaga pmakanan.. boleh kena jgop.. sama bahaya dgn microshock

  8. sokong jugak tu..ramai jugak yang tak berapa arif pasal penyakit2 ni..termasuk aku

  9. Biasanya sudah terkenan serangan jantung baru hendak ambil tindakan. Cara hidup dan pemakanan yang kurang sehat punya masalah jantung.

Leave a Comment