April 25, 2024

Jangan Sesekali Tutup Pintu Hati Bila Dikecewai

pintu hati terkunciJangan sesekali anda menutup pintu hati anda dari menerima kehadiran orang lain setelah anda disakiti, dikhianati dan dikecewai oleh orang yang pernah hadir dalam hidup anda.

Memang ianya amat menyakiti hati anda.

Rasa cinta yang pernah hadir dalam diri dikhianati oleh mereka yang tidak menghargai cinta anda. Bila kita serahkan jiwa raga kita setia pada cinta, tetapi dia tidak sebegitu.

Akhirnya kita rasa dikecewai.

Pintu hati sedikit demi sedikit tertutup dan dikunci. Kunci pula dibuang ke dalam laut, laut berapi pula tue. Akibatnya kunci cair, kena buat kunci baru untuk membuka pintu hati. ~ Muja ~

Janganlah terlalu ego.

Tuhan lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Mungkin ada hikmahnya bila kita ditemukan dengan orang yang salah sebelum kita ditemui dengan orang yang betul.

Tiada jalan singkat dalam percintaan.

Orang yang sudah berkahwin pun kadangkala lagi banyak dugaannya berbanding dengan orang yang bercinta bagai nak rak.

Panduan Membuka Pintu Hati.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Jangan Sesekali Tutup Pintu Hati Bila Dikecewai

  1. perrgghhh,, macam pernah kucoretkan ayat itu,, hahaha.. bangga dia dok blog bro,, tapi bro, putus ni perit sangat.. bazir air mata dah berapa baldi.. merana, sobsss.. single is undeniably boring but still, it is the best for me at this moment.. akan datang tak tau lagi,, hehe

    1. Putut cinta xsama peritnya dengan putus bekalan air berhari2. jangan kata air mata, muka berkerut2 dok menahan dari melabur.

      seksanya…

      hanya yang dah rasa je yang tahu.

  2. Akak setuju tu. Sebenarnya putus cinta tu mengajar kita menjadi lebih sabar, mendidik kita supaya lebih menghargai apa yang kita ada terutama bila sudah kembali berdua.

  3. betul tu bro.. tapi buat masa ni, sy masih tutup pintu tu.. sbb nk fokus study dlu.. apa2 pun, pasal jodoh ni.. sy serahkan pd mak r, biar dia yg cari.. malas dah say nk cari..

    1. Boleh je bercinta masa study, asalkan tahu mana yang perlu diberi keutamaan.

      Ada member Bro bercinta time study, terus kahwin masa tahun 2 ke 3 entah. Tapi masing2 U lain2.

      Alhamdulillah, sorang jadi cikgu dan sorang jadi pensyarah.

  4. Aku pernah jugak dikecewa dulu. Memang rasa sakit betul. Pernah fikir untuk tutup pintu hati dan buang jauh2 kunci dia. Tapi tak sempat tutup rapat wife aku sekarang dia datang bukak balik. Lepas tu aku terus serah kunci pintu hati ni kat dia.. Hehe..

  5. ada sekali pernah gak aku dikecewakan..tapi yang peliknya..gurl tu yang nanes..gua siap leh gegelak lagi..hahaa..sebab gua memang nak break dah masa tu..tapi dia cakap dulu..memang gua senyum meleret laa..aahhaaa

  6. betul.. jodoh itu rahsia DIA..

    deno pula masih single, rasa mcm tak berharap sgt, ada ke org nak org yang sakit ni? tapi jodoh… rahsia dia tiada siapa tahu kan bro.. :)

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *