You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Jangan Hidup Bertuhankan Duit

17,419,204 total views, 1,025 views today

Jangan Hidup Bertuhankan Duit

wang ringgit malaysia

Dalam kehidupan diatas muka bumi Allah SWT ini, jangan jadikan hidup kita ini bertuhankan duit.

Ini menjadi topik perbualan sewaktu Bro menghadiri majlis hari jadi anak jiran sebelah rumah. Baru la dapat rasa berkumpul reramai dengan jiran tertangga sejak duduk disini.

Duit tidak mampu buat kita bahagia. Tetapi duit perlu ada untuk kita bahagia.

Duit tidak mampu buat kita gembira. Tetapi duit perlu ada untuk kita gembira.

Duit tidak mampu buat kita hidup senang. Tetapi duit perlu ada untuk kita hidup senang.

Duit tidak mampu buat kita hidup sihat. Tetapi duit perlu ada untuk kita hidup sihat.

Semua sekarang sebab duit. Hidup kita dikawal oleh duit.

Ramai yang tidak dapat menikmati apa yang mereka inginkan didunia ini kerana tiada duit – Belajar, Bekerja, Kahwin, Bina Keluarga dan Mati.

Mati pun pakai duit (kata orang Cina).

Bila hidup kita bertuhankan duit. Kita sentiasa sujud untuk mendapatkan duit tersebut walaupun ianya secara haram. Kita lupa, rezeki dan nikmat duniawi ini adalah pemberian dariNya.

Kita lupa, hidup didunia bukan untuk mengejari harta duniawi. Tetapi harta yang perlu kita bawa di akhirat kelak.

Orang cina pun percaya dengan kehidupan di akhirat. Mereka tetap percaya hidup ini perlu cari harta untuk digunakan diakhirat kelak (itu kepercayaan mereka)

Takat Mercedes, rumah, wang mahupun isteri. Mereka sanggup bakar (dalam bentuk kertas) sebab mereka percaya harta yang mereka bakar ini akan menemani mereka nanti.

Bagaimana pula dengan kita. Kita yang Islam ini.

3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati

Percayalah, hanya 3 perkara sahaja yang mampu kita bawa selepas mati :-

  1. Sedekah Jariah – Sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Contohnya, mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid untuk kegunaan masyarakat islam setempat. Selagi masjid ini digunakan, selagi itu si mati akan mendapat keberkatan selepas kematiannya.
  2. Ilmu yang Bermafaat – Ilmu yang diajar kepada orang lain kerana Allah swt akan terus mengalirkan pahala baginya walaupun ia telah meninggal.
  3. Doa Anak yang Soleh/Solehah – Setiap amalan soleh yang dilakukan si anak tetap dikira sebagai pahala buat ibu bapanya yang mendidiknya. Maka didiklah anak dengan ilmu dan ajaran Islam supaya mereka mengamalkannya walaupun anda sudah meninggal dunia.
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Jangan Hidup Bertuhankan Duit

  1. eh..igt kan 3 jalur tadi..hahaha..sokong tu bro, duit bukan segala-galanya..tetapi Islam juga tak melarang kita mencari duit..tetapi biar dgn cara yang halal…juga perlu mengeluarkan zakat serta rajin bersedekah amal jariah…

  2. Salam singgah, terima kasih atas peringatan ini. Hanya Allah tuhan kita, jangan mempertuhankan selainNya termasuklah apa-apa saja perkara yang kita suka di dunia ni. Dunia, wang ringgit, kereta mewah, beg berjenama.. etc.

  3. Duit bukan segala- galanya, tapi kalau xde duit merana jugak. Masuk tandas pun bayaq skg nie. Tapi berpada-pada lah. jangan sebab duit sampai sanggup bermusuh dan berbunuhan. Kuasa duit memang dahsat kan ??

  4. ya, memg duit bukan segala-galanya bro. memg tak patut hidup bertuhankan duit. tapi macamna hidup yg tak bertuhankan duit pulak? adakah dengan cara swenang-wenangnya guna duit utk merokok, makan sedap2, shopping, tgok wayang n lain2? sy tengok org sekarang semua mcmni tak payah nak temberang lah piiraahhh. lebih baik cari duit dan buat duit dari membazir duit mcm pemalas.

Leave a Reply

Top