March 29, 2024

Gadis Blogger Yang Di Rindui

Blogger Deq Noor Nurul Siezuka

Bro amat merindui 2 orang gadis blogger ini. Seorang bernama Deq Noor dan seorang lagi bernama Nurul Siezuka.

Mungkin ada pembaca blog bro yang mengenali mereka (korang mesti merindui mereka kan). Bagi yang tak kenal, korang baca je la luahan jiwang (jiwang la sangat) dari hati Bro.

Baru-baru ini tersembang dengan member yang baru balik dari Kenya sambil menikmati coklat tanpa gula. Alhamdulillah dia balik awal, kalau tidak sudah jadi sasaran pengganas yang menjadikan warga asing di sana sebagao tebusan.

Mana yang Islam sahaja akan dilepaskan.

Maka terbukalah cerita pasal si gadis 2 orang ini, sambil si jejaka terbabit dok fikirkan tentang maknya yang inginkan menantu dan kejadian tersalah bank in duit untuk maknya.

Siapakah mereka ini?

Deq Noor Shafawati.

Kalau ikutkan tak de la rindu sangat sama si gadis ini. Boleh dikatakan hampir setiap bulan berjumpa sama ada secara terancang mahupun tak terancang.

Cuma sekarang ini waktu beliau agak terhad. Hujung minggu tidak boleh dikacau seperti dahulu. Cuma hari biasa pada sebelah malam sahaja.

Malangnya kena inform dia awal untuk dia aturkan jadualnya takut dia ada temujanji dengan klient. Wah pagi petang siang malam buat kerja dia ini. Mantap mak datin sorang ini.

Bayangkan kalau dia tercalon sebagai ketua Puteri UMNO? Sure semua ahlinya vogue gitew. Tak de kes betis dan sama saiz dengan peha (ayat sakartik). Blog : www.deqnoor.com

Kata si jejaka tadi : Aku last jumpa Deq Noor sebelum puasa tempoh hari (kot) – “ke korang ada jumpa secara sembunyi-sembunyi nie?”

Cik Nurul Siezuka.

Kalau ikutkan, Bro memang rindu sangat sama dia. Rasanya last berjumpa sewaktu pergi holiday sesama 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu pada bulan 6 tempoh hari.

Selepas itu, sudah lama tidak berjumpa dengan beliau. Bukan Bro sahaja yang merasai kehilangannya. Ramai juga yang turut terasa sama.

Tiap kali call dia bertanya khabar, dengar suara dia penuh dengan keceriaan (hati tengah bahagia tue kot).

Malangnya setiap kali ajak keluar berjumpa, kena inform dia awal-awal kerana selalunya dia ada temujanji dengan kawan-kawannya. Lepas itu dia akan cakap macam ini, “Bro nie, saja tau ajak Nurul keluar last minit” – He..23x Nak buat macam mana Nurul, time tue Bro ada berdekatan dengan area rumah Nurul.

Cuma kebelakangan ini, tiap kali call atau sms sure dia cakap dia tak sihat.

Apa-apa pun Bro nak pesan. Memang kita perlu kerja kuat bila nak kahwin tidak lama lagi, tetapi kesihatan perlu dijaga. Eh betul ke Nurul nak kahwin? (Saja bikin ayat Melodi – bikin panas sikit suasana). Blog : www.siezuka.com

Kata si jejaka tadi : Aku last jumpa Nurul masa sambut buzday kau. Lepas itu aku dah tak jumpa.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Gadis Blogger Yang Di Rindui

    1. Aah la bro..macam mana boleh terlupa pula..mati2 sy ingat yg makan2 dengan pengomen blog deqnoor tu sebelum birthday bro tu..bro pulak yang ingat…sy terkena short term memory lost ni…hee

  1. Kak Siezuka. Lama tak dengar cerita..dulu pernah buat blog post tentang dia. Dah nak kahwin ke kak? Semoga segalanya berjalan lancar dan yang penting kesihatan jangan diabaikan kak. =)

Leave a Reply to dayah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *