17,149,342 total views, 646 views today

eQurban – Memudahkan Anda Menjalankan Ibadah Qurban Dan Aqiqah

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Ibadah Qurban yang dilakukan secara gotong royong mengeratkan hubungan silatulratim antara umat Islam

Bro ingin kongsikan bersama anda tentang eQurban – Program Qurban dan Aqiqah Di Kemboja.

Merupakan salah satu usahasama syarikat eQurban Resources Sdn. Bhd. dengan Koperasi Muslim Kemboja untuk memudahkan masyarakat Islam di Malaysia menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah.

Cuma bezanya,

Ianya dilakukan di Kemboja yang diuruskan sendiri oleh Koperasi Muslim Kemboja yang menguruskan ternakan dan penyembelihan disana.

Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.

Pernahkah anda membaca kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail?

Nabi Ibrahim mendapat wahyu daripada Allah untuk melakukan penyembelihan terhadap Nabi Ismail melalui beberapa siri mimpi ketika di Mina.

Hinggalah terakam dialog di antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam surah As-Saffat ayat 102, bermaksud: “Maka ketika anaknya itu sampai (pada umur yang mencukupi) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka berikanlah apa pendapatmu?”

Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar.”

Lantas dengan hati dan perasaan yang tidak berbelah bagi kerana keimanan dan ketakwaan tinggi pada Allah, Nabi Ibrahim melaksanakan perintah korban terhadap Nabi Ismail hinggalah pada saat akhir Allah menukarkan Nabi Ismail kepada kibas sebagai ganjaran ketaatan melaksanakan tuntutan Allah.

Kenapa Bro cadangkan eQurban sebagai alternatif anda menjalankan Ibadah Qurban dan Aqiqah?

  1. Mudah, sebarang urusan dibuat secara online melalui portal eQurban.com
  2. Lebih murah – harga kambing dan lembu di Kemboja lebih murah dari harga di pasaran Malaysia.
  3. Ternakan dijaga oleh orang Islam yang diuruskan oleh Koperasi Muslim Kemboja.
  4. Haiwan qurban dan aqiqah akan dibahagikan kepada masyarakat muslim di Kemboja yang taraf hidup mereka lebih rendah dari masyarakat kita di Malaysia.

Baru-baru ini Bro terbaca artikel di akhbar tempatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bekalan lembu hidup untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, mencukupi.

Biasanya sebanyak 15,000 ekor lembu akan diimport untuk ibadah korban.

Semua ini melibatkan kos yang tinggi kepada negara dan meningkatkan lagi harga ternakan yang ingin dikorbankan.

Haiwan korban yang ditawarkan oleh Resources Sdn. Bhd. diternak sendiri di ladang mereka yang terletak di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja.

Insya’lah bekalan haiwan ternakan ini mencukupi bagi menampung bekalan Qurban dan Aqiqah sepanjag tahun.

Harga eQurban bagi Lembu Kambing Korban Aqiqah di Kemboja

Senarai harga haiwan qurban dan aqiqah (harga sebenar pada Sept 2013)

  • 1 bahagian lembu – RM250
  • 1 ekor bersamaan 7 bahagian lembu – RM1750
  • 1 ekor kambing – RM550

Bagaimana cara untuk melaksanakan ibadah korban dengan pihak eQurban?

Anda boleh menggunakan salah satu saluran berikut untuk berurusan dengan mereka atau mendapatkan maklumat lanjut :

eQurban - Program Qurban & Aqiqah di Kemboja. Tempahan DibukaEQURBAN RESOURCES SDN. BHD.
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

Tel : 03-8926 3575

H/P : 014-3283504 (Yusdi)
H/P : 019-762 3960 (Farizal)

Atau

Faks atau emailkan borang dan slip bayaran ke email : admin@equrban.com

Untuk tempahan secara online, anda boleh buat melalui www.equrban.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “eQurban – Memudahkan Anda Menjalankan Ibadah Qurban Dan Aqiqah

  1. yang pasti harga ni jauh lebih murah

  2. macam bagus je ni.. nak kena check it out

  3. aku rasa berbaloi dengan harganya sebab paling murah dan sebagai umat Islam kita menolong saudara kita di sana…

  4. bila lagi nak bersedekah kan

Leave a Comment