You are here
Home > Gathering Geng Blogger > Blogger Movie Day Out – Rush

Blogger Movie Day Out – Rush

Movie day out - rush

Baru-baru ini berkesempatan untuk menonton filem bersama rakan-rakan blogger di TGV, 1Utama.

Walaupun last minit, tetapi dapat juga Bro kumpulkan blogger yang kelapangan untuk lepak bersama menonton filem Rush.

Banyak respon yang Bro dengar dari mereka – cerita ini memang best dan menarik. Based on the True Story – Lagenda F1, Niki Lauda dan James Hunt.

Siapa ada juga member yang menangis waktu menonton cerita ini.

Rush

Mengisahkan tentang 2 orang lagenda F1 iaitu Niki Lauda dan James Hunt yang merupakan musuh ketat sejak Formula 3.

Ianya berdasarkan kisah sebenar dan memang terjadi dalam dunia sejarah F1.

Masing-masing memulakan langkah besar bila terlibat sama dalam Formula 1 (F1) dimana James Hunt menyertainya kerana beliau lebih terkenal dan mampu menarik penaja.

Berbeza pula dengan Niki Lauda yang terpaksa mengetepikan keluarganya dan membuat pinjaman bank untuk menaja pasukan F1 yang tiada penajaan untuk musim akan datang.

Sebagai penaja besar, beliau berkuasa untuk memberi arahan untuk reka bentuk dan pembikinan kereta F1 terpantas lalu menjadi pemandu kedua pasukan.

Selepas tamat musim pertama mereka,

Pasukan Niki Lauda telah dibeli oleh Scuderia Ferrari dan sign contract dengan pasukan berkenaan. Manakala James Hunt menghadapi masalah akibat pasukannya tiada penaja lalu beliau melobikan diri sehingga akhirnya diterima masuk dalam pasukan McLaren.

Maka disini bermulanya persaigan dua sahabat untuk merebut gelaran juara dunia.

Fuhhhh…!!!

Bicara Bro : Memang satu filem yang mampu meremangkan bulu roma Bro sewaktu mendengar deruman enjin V12 dari kereta F1 mereka (Sekarang F1 hanya membenarkan enjin V8 sahaja).

Terima kasih buat Cinema Online dan Advertlets untuk tiket ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Blogger Movie Day Out – Rush

Leave a Reply

Top