You are here
Home > X Masak-memasak bersama Chef BroF > Bihun Sup RM2.50 ~ Parit Raja

Bihun Sup RM2.50 ~ Parit Raja

20130913-165337.jpg

On the way ke Tanjung Leman, singgah sekejab rumah mertua di Parit Raja, Johor.

Singgah sekejab perkena bihun sup dekat kedai Cik Minah. (Fav isteri Bro sejak dia sekolah lagi)

Memang banyak bihun supnya kalau beli sebungkus jika dibandingkan dengan yang terdapat di Kuala Lumpur.

Makan sebungkus pun sudah puas.

Malangnya harganya RM2.50. Dulu RM2.00 je. Naik harga RM0.50.

Tak pasti dia masak guna minyak RON 97 atau 95. Sebab masing-masing naik 20sen dan 15sen bukannya 50sen.

Tak kisah pun, dia naik harga asalkan sedap dan berbaloi beli dekat cik Minah. Moga dia murah rezeki dan isteri Bro suka makan bihun sup dia.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Bihun Sup RM2.50 ~ Parit Raja

  1. Rindunya dekat Parit Raja. . 6 tahun setengah saya berada di sana untuk menuntut ilmu. .. banyak pengalaman berharga yang tidak dapat saya lupakan semasa berada di sana..

  2. emmm… terliur pula malam2 ni πŸ™‚ selalunya makanan cepat naik harga, sebelum minyak naik pun harga dah naik.. mcm gerai kat rumah deno… tapi harga naik pun beli jugak sbb sedap.. hihi^^

Leave a Reply

Top