17,148,882 total views, 186 views today

Bermain Dengan Rusa Di Pulau Sibu

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

20130914-162603.jpg

Ini pertama kali melihat Rusa dengan lebih dekat (bukan kereta Produa Rusa tau).

Rusa ini bebas berkeliaran di Pulau, Sibu, Johor dalam kawasan Sibu Island Resort tanpa dipagar.

Masa mula-mula jejak kaki di pulau ini. Mati-mati ingatkan rusa ini patung aka penyeri langskap disini. Bila diamati, nampak ekornya mengibas-ngibas. Bila makin didekati, rupanya memang ini rusa yang hidup.

Tetapi kenapa mereka kurang bergerak?

Menurut kata pekerja di Sibu Island Resort. Waktu tengahari agak panas dan rusa akan berkurang aktif terutama selepas makan.

Maka bro gunakan waktu ini sebaik mungkin untuk bergambar bersamanya dengan lebih dekat. Siap nampak dia berak dan kencing he..23x hope tak terduduk dekat tempat dia terberak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 thoughts on “Bermain Dengan Rusa Di Pulau Sibu

  1. Teringat semasa Adelaide pergi Kangaroo Island. Memang banyak Kangaroo liar sampaikan najis Kangaroo dijual untuk dibuat key chain.

    1. Ada ek key chain dari najis Kangaroo…

  2. ptut pun lama tak nampak kat fb,,, hanimun upenye,, huhuu

  3. tangkap sekor bro..balik buat korban

    1. Bukan boleh main tangkap je nie beb… Ini resort agak mahal gak la harganya per malam.

    2. ingakn bleh main tangkap je tu..hu3

  4. nantikan gambar dari sofea pula… siap ajak rusa tu gambar dengan dia sekali… hehehe

    1. Sofea power… selamat xlari rusa2 nie kan…

  5. betul tu tangkap sekor buat rendang… rendang rusa sedappp..

    1. Mahu kena tahan waktu nak keluarkan rusa nie dari pulau tue…

  6. Rusa dekat sini boleh kita pegang untuk bergambar tak? Atau jinak-jinak merpati jer, bila kita nak pegang dia lari?

    1. Time dah kenyang dan tengahari, dorang tak lari sangat. Nk kata jinak, tak juga. Kena rasuah dorang dengan makanan baru senang nak dekati.

    1. Rasa macam dah lama xmakan daging rusa 🙂

  7. Kalau dpt panggang rusa tu,,, kan best

  8. as salam.

    pulau sibu, erm tidak berkesempatan pergi lagi nie.
    kasihannya rusa-rusa di situ. tegak begitu yea.

    1. Dorang tengah berehat time nie… Ada masa, moh la singgah sini.

  9. best tu dapat duduk dekat2..hehe

    1. Lagi best kalau dapat duduk dekat2 dengan awek..

  10. bestnye dpt duduk dekat2 mcm tu dgn sirusa..

  11. kelihatan jinak.. best jgk lau jinak ni..

  12. ni sembelih sekor buat bbq sedap ni…

Leave a Comment