March 29, 2024

Bencinta – Dendam Nora Danish Terhadap Suaminya, Farid Kamil

Farid Kamil Nora Danish Bencinta

Filem romantik (tetapi diterapkan dengan kebencian)Bencinta arahan Eyra Rahman mengenai suami isteri yang tidak sehaluan setelah mendirikan rumah tangga lakonan Nora Danish dan Farid Kamil.

Ianya merupakan filem ke-3 arahan beliau selepas filem Aku Terima Nikahnya dan Dua Kalimah yang mula ditayangkan pada 26 September 2013 di pawagam.

Sewaktu malam pratonton filem ini tempoh hari, melihat gandingan Nora Danish dan Farid Kamil membuatkan Bro teringat babak dalam Filem Cuti Cuti Cinta lakonan mereka sebelum ini.

Memang nampak mereka serasi bersama melakonkan babak romantik.

Turut dijayakan oleh Fezrul Khan, Zalif Sidek, Qi Razali, Angelina Tan dan Uqasha Senrose. Turut diketengahkan pelakon kanak-kanak adik Aryana.

Sinopsis Filem Bencinta (Ikut dari apa yang Bro tonton)

Filem ini mengisahkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Mereka hidup bahagia sehingga pada suatu hari isterinya, Fathia mendapati suaminya, Faizal telah berlaku curang.

Oh My God….!!!

Bencinta - Farid Kamil Belasah Nora Danish

Sejak itu kehidupan Fathia mula berubah bila suaminya selalu melepaskan kemarahan dan memukulnya. Sehinggakan pada satu ketika, Fathia sendiri ternampak kecurangan suaminya di depan matanya sendiri.

Akibat tidak tahan dengan apa yang terjadi, Fathia membawa anaknya, Tiara melarikan diri dari Faizal ke Pulau Langkawi dan meminta bantuan dari kekasih lamanya, Shah (Qi Razali).

Sejak itu Fathia mula tertarik semula kepada Shah yang banyak menolong dan memberikan perlindungan sewaktu dia dan anaknya menyorok di pulau berkenaan.

Malangnya, jejak beliau dapat dikesan oleh Fathia. Perkara ini merisaukannya lalu melarikan diri keluar dari pulau berkenaan bila dapati Faizal dan orang-orangnya sedang menjejakinya.

Bencinta Nora Danish Seni Pertahankan Diri

Akibat tidak tahan dengan tekanan yang dihadapinya, Fathia membuat keputusan untuk berlajar ilmu mempertahankan diri bagi berdepan dengan Faizal yang tetap akan mencarinya sehingga ke lubang cacing.

Wow…!!! Psyko punya suami.

Apa yang akan terjadi? Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda bermula 26 September 2013.

Spoiler Dari Bro Framestone.

Memang Farid Kamil teruk kena belasah dengan Nora Danish.

Tetapi tak ada babak yang menunjukan Nora Danish belasah pembantunya, Fezrul Khan yang mampu buat penonton rasa sakit hati dengan watak yang dibawanya itu.

Ikut hati nak je belasah si Fezrul Khan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Bencinta – Dendam Nora Danish Terhadap Suaminya, Farid Kamil

  1. Akak memang tahu cerita ini adalah persamaan dengan filem Enough lakonan Jennifer Lopez. I loveeeee that story sooo much. So akak tak kisah kalau ada versi Malaysia. Ianya adalah satu filem motivasi dan pengajaran. Cukup untuk mendidik rakyat Malaysia.

    Memang akan tonton.

  2. aku dah antar email kat Michael Apted, pengarah filem enough tu haha..tengok adertak pengarah filem ni kene saman lepas nie hahahah padan muko plagiat filem orang lain lagi hahaha..

  3. Apa2 pun best cerita ni. Terhibur..tak kisahlah plagiat ke apa asalkan jalan cerita ada masej dan pengajaran..Tahniah Nora Danish n Farid Kamil..

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *