You are here
Home > Iklan > A-List – Astro Saluran 456 Bagi Pengemar Filem Terbaik Antarabangsa

A-List – Astro Saluran 456 Bagi Pengemar Filem Terbaik Antarabangsa

ASTRO LAUNCHES NEW CHANNEL, A-LIST

Kini para penggemar filem berpeluang untuk merasai pengalaman tontonan yang berbeza dengan pelancaran saluran A-List, berdefinisi tinggi (HD) terbaru daripada Astro.

Ia bakal menyiarkan variasi filem antarabangsa dan serantau terbaik yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman.

Saluran A-List akan disiarkan di Astro saluran 456 bermula dari 1 Oktober 2013.

Filem-filem di saluran A-List akan ditayangkan dalam bahasa asal filem tersebut dengan pilihan sarikata dalam pelbagai bahasa disediakan.

Setiap bulan, A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem yang diiktiraf di Malaysia dari festival-festival filem seperti Busan International Film Festival, Berlinale Film Festival, Toronto Film Festival dan Cannes Film Festival.

Bagaimana filem-filem dipilih untuk saluran A-List di Astro:

Filem-filem yang tercalon dan memenangi anugerah ini dipilih secara terperinci untuk disiarkan di saluran A-List berdasarkan kriteria berikut:

  • Tema, tahap relevan, ciri tersendiri dan unik dengan mengetengahkan isu dan keupayaan untuk menjana daya pemikiran dan perbincangan.
  • Hasil karya para pengiat filem baru yang kreatif.
  • Filem-filem yang mendapat perhatian di Malaysia dan juga serantau.
  • Berdasarkan kisah benar dan mempunyai unsur lanskap sosial, ekonomi dan politik dunia serta serantau yang relevan.

Para pelanggan boleh menonton saluran A-List melalui langganan bulanan sebanyak RM15 untuk lapan buah filem berbeza setiap bulan ataupun menempah secara ala-carte dengan bayaran RM8 untuk sebuah filem

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melanggan saluran A-List, sila ke saluran 200 atau layari www.astro.com.my/A-List atau hubungi talian 1300 82 3838.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “A-List – Astro Saluran 456 Bagi Pengemar Filem Terbaik Antarabangsa

  1. hmm yg njoi ni cm na? kami pon nk gak 1 saluran HD, buat apa bg port HDMI kalau tak leh fungsi, kenapa tak on je port tu kalau bukan HD skali pon? bukannya rugi pon kalau bukak!

Leave a Reply

Top