Duit Raya

Asal nak dekat raya je, pasti Bank Negara Malaysia perlu cetak wang kertas baru bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Ye la, raya setahun sekali (kata orang, sedangkan kenyataannya semua perayaan di Malaysia, dorang sambut)

Maka amalan memberi duit raya dah menjadi tradisi (sejak bila pun Bro tak tahu la kan) tapi malangnya ramai yang kurang berminat menggunakan duit kitar semula sebagai duit raya.

Sebab itu, menjelang hari raya (kalau ikutkan selepas gaji @ bonus masuk) sure ramai beratur dekat bank untuk tukar wang mereka kepada wang kertas yang lebih kecik dan lebih baru.

Kalau boleh nak no sirinya mengikut susunan.

Pakai duit lama pun boleh, asalkan boleh mengembirakan orang yg menerimanya.

Terima kasih jika korang sudi hulurkan duit raya pada Bro.

Last Bro dapat duit raya waktu umur 15 tahun. Itupun sebab pakcik Bro telah tiada (dia je yg rajin bagi duit raya dekat Bro)

Al-fatihah buat arwah pakcik (jika dia sudah meninggal dunia – polis dah tutup kes, sebab dah lebih 10 tahun xdapat jejak dia), arwah isterinya dan anaknya (yakni sepupu bro) yang telah pergi menghadapi Illahi minggu lepas.