20130820-183733.jpg

Ini merupakan raya pertama Bro bergelar seorang suami. Agak janggal sedikit berbanding raya-raya terdahulu.

Jika dulu, macam tak kisah sangat nak buat persiapan untuk menyambut hari raya.

Tahun ini lain jadinya. Berbeza sesangat.

Persiapan raya perlu difikir bersama. Kadangkala isteri order kuih raya, baju raya. Kita yang kena bayar (kes benar – siapa tak sayang isteri).

Jika dulu tak kisah raya balik atau tak. Kali ini, kena balik juga. Sebab wife nak beraya dengan family.

Walaupun dia terpaksa berulang alik dari Perak ke KL sebab berkerja di hari raya.

Baru minggu lepas baru dapat menikmati nikmat berhari raya bersama. Terima kasih kepada teman-teman yang sudi menerima kehadiran kami ke open house korang.

Tahun ini raya berdua. Tahun depan, raya bertiga pula.