cinta-remaja
Penyakit cinta di kalangan remaja masakini.

Sejauh manakah cinta yang mereka lafazkan. Adakah ianya dari hati/jiwa atau sekadar di bibir sahaja?

Apakah yang mereka faham dengan perasaan cinta? Kalau ditanya apa maknanya cinta, sure ramai yang boleh terangkan. Cakap berhujah semua tiada masalah.

Bila diminta menyatakan dalam bentuk perasaan, kebanyakan menjerumus kepada perbuatan yang boleh menghala kepada terbukanya laluan maksiat dalam hubungan.

Tak salah nak bercinta, asalkan tak melangar perintah agama, tidak membelakangi ibubapa dan tidak mengadaikan masa depan untuk sesuatu yang bakal membinasakan diri sendiri.

Hari ini,

Terlalu banyak masalah yang timbul akibat penyalahgunaan cinta. Ia telah disalah ertikan, difahami dan dijiwai sehingga mengakibatkan pelbagai penyakit.

Dengan kes remaja lari dari rumah ikut teman lelaki sehinggalah kepada kes perancangan perculikan olok-olok semata-mata ingin tinggal berdua jauh dari keluarga.

Dalam masa yang sama ingin membalas dendam terhadap keluarga mereka yang selama ini tidak memberi kebebasan dan juga restu kepada hubungan cinta mereka.

Semua ini kerana cinta yang mereka agungkan.

Cinta yang agung, adalah cinta kepada Allah SWT seperti yang dilakukan oleh kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. Tetapi cintanya tidak sesekali membuatkan dia membelakangi keluarganya (Baginda tetap berusaha mengajak bapa saudaranya untuk menerima Islam walaupun beliau di maki dicaci).

Mampukah kita jadi sepertinya?

Bicara Bro : Walaupun Bro sudah mempunyai isteri. Memang sesuatu yang sukar untuk Bro lafazkan perkatakan Cinta kepada isteri. Tetapi beliau tahu Bro cintakan dia (perempuan ini firasatnya kuat)

Cuma Bro selalu cakap perkataan “I Love U”. Semoga sewaktu bro ucapkan ada muncul subtitle di bawahnya.