March 29, 2024

Koleksi Doraemon & Friends 3D Puzzle

20130815-091645.jpg

Baru-baru ini, puan isteri buat muka comel sewaktu singgah di Shell berdekatan untuk isi minyak.

Mula-mula pelik juga kenapa tertiba dia buat muka begitu. Sekali ternampak poster iklan Doraemon & Friends 3D Puzzle ada dijual di kedai Select, Shell.

Sudah, peminat Doraemon dah start buat perangai.

Ini semua salah AkuBiomed yang upload koleksi yang beliau belikan untuk anaknya di instagram. Kuat betul pengaruhnya pada isteri Bro T-T

Ia didatangkan dengan 8 watak dalam cerita Doraemon iaitu :-

  1. Doraemon (kalau tak de nie, nampak sangat bukan koleksi Doraemon)
  2. Nobinta
  3. Dorami (Adik Doraemon)
  4. Suneo
  5. Shizuka (Bukan blogger Siezuka tau)
  6. Jaiko (Adik Giant)
  7. Genzo Doraemon (seperti gambar diatas)
  8. Giant

Disebabkan Puan Isteri tak dapat Doraemon yang dia nak, maka pembelian perlu dilakukan lagi, lagi dan lagi. Sebab ianya didatangkan dalam pastik hitam yang diletak dalam kotak.

Selagi tak koyakkan plastik hitam memang tak tahu apa isi didalamnya. Dah namanya puzzle, anda perlu mencantumkannya sehingga dapat hasil seperti yang isteri Bro dapat diatas.

Anda boleh dapatkan koleksi Doraemon and Friends 3D Puzzle dengan membelinya di kedai Select Shell berdekatan anda.

Beli 1 Doraemon & Friends 3D Puzzle pada harga RM 8.90 setiap satu dengan:

  • pembelian minimum bernilai RM6 produk di Shell Select; dan/atau
  • sebarang pembelian promosi bulanan Shell Select.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Koleksi Doraemon & Friends 3D Puzzle

  1. Aduhai, saya dipersalahkan pula. Orang awal mengandung tidak digalakkan selalu pandang watak-watak Doraemon ini.

    Harap bro dengan sabar memasang 3D Puzzle Genzo ini. :-)

    Saya mengharapkan dapat memilih watak Doraemon dan Nobita. Malangnya tidak boleh.

Leave a Reply to nadia johari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *