Kisah tentang karipap panas, dan isteri mengidamkannya.
Kejadian benar-benar terjadi selepas lunch bersama puan isteri di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Sewaktu ingin balik ke kereta, singgah sekejab lori yang selalu jual karipap dan pisang goreng.
Puan isteri mengidam nak makan karipap.
Dia cakap dekat lori itu, karipapnya sedap-sedap. Terutama kalau dapat makan yang baru lepas dimasak. Panas lagi.
Bro izinkan puan isteri untuk membelinya. Waktu itu tidak ramai pelangan (lebih kurang pukul 2.30 petang). Puan isteri order karipap 2 ringgit.
Nampak pakcik (pakcik kot tapi nampak macam muda lagi) potong jambu dan bungkuskannya.
Pandang puan isteri, “tadi order karipap ke jambu”.
Dia balas, “karipap”
Pakcik itu menoleh sambil hulurkan jambu yang dia dah bungkus tadi, “2 ringgit”
“Eh, tadi saya mintak karipap 2 ringgit” balas isteri Bro.
Beliau minta maaf dan terus bungkuskan apa yang kami order. Tengok langit, hari macam nak hujan, perkena karipap yang panas-panas memang sedap.
Kereta baru gerak dalam 1 KM, bro mulakan untuk majlis perasmian. Isteri pelik. Dia tanya, “kenapa ada bau pisang goreng nie”
Selak punya selak. “La, ini pisang goreng. Orang mintak karipap. Kenapa la pakcik tue” rungut puan isteri.
Dia dah start tarik muka dah. Adeh, ini yang tak best nie. Bro cakap, “Jom patah balik”.
Dia cakap tak payah la. Ada Bro kesah? Kalau dia tak dapat karipap tue, sampai ke malam nanti muka macam tue (orang mengidam nie, jangan dicari pasal)
Bro datang ke lori itu. Bro amik plastik dan tanya brader tue (si pakcik tue la), “Karipap 2 ringgit berapa?”
Dia tunjukan 5 jarinya sebagai jawapan kepada soalan Bro tadi. Lepas hulur duit, Bro belah dan beransur meredah jem balik ke Rawang.
Bicara Bro : Tiada sesiapa yang sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Tetapi kalau 2x silap, itu maknanya ada benda yang tak kenalah dengan brader nie.
Betul tu Bro.. Orang perempuan kalau dah mengidam, pasti kecil hati bila tak dapat makan apa yang diingini… Bukan nak makan banyak pun, asal dapat rasa dia dah puas hati dah…
Yup dapat rasa pun jadi la.. kita pula tukang habiskan he..23x
fuhh.. belajar dari pengalaman bro la gini.. hmm…
pengalaman mana yang mu na belajar nie?
pengorbanan untuk isteri.. hehehehehe… lepas ni kena cek balik barangan yg kita beli… =)
Belum lagi pengorbanan buat isteri-isteri :(
Assalamualaikum,
Tertanya-tanya…apa masalah pakcik tu sebenarnya?
Dia hadapi masalah pendengaran kot…
Erm.. malas nak tanya apa masalah dia… asalkan peniagaan dia maju dan success
mungkin pakcik tu nampak hantu makcik karipap..ahahahaa
Tak kan siang2 dia nampak kot.. he..23x tertiba teringat lawak kumpulan Balas.
kalau dah mengidam tu kena ler turutkan…saya pernah mengidam daging pelandok, nasib baik my hubby dapatkan….hehe
Mana nak dapatkan daging pelandok ek.. Bro pun macam mengidam gak nie..
Lepas nie kena belajar buat karipap la nampaknya….macam citer karipap2x cinta tu
Sentuhan rasa setiap karipap berbeza ikut siapakah yang buatnya..
oh pakcik yg jual rupanya. mesti fikir duit nak pegi haji. tu yg blur tu
Tapi xde la tua sangat pun sebenarnya…
bagus bro…tp memang betul kalau org dh mengidam kena turutkan jugak…kalau x…siap la…
Alhamdulillah finally wife bro jugak ape yang dia ngidamkan…kalo tak abeh laa bro kan he3
Betul..ini mesti ‘something wrong somewhere’, takpalaa janji dapat karipap..hehe
pakcik tu sakit telinga kot :P
Serious ! Karipap memang sedap ! Tambah lagi kalau orang yang buat karipap tu baca bismillah dan buat dengan ikhlas. Mesti lagi sedap ~ :)
Mungkin hari itu,hari bodoh dia tak…? Hahahaa!!!!
*Hari bodoh pakcik jual karipap tu *…