You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kisah Benar Tentang Karipap Panas

Kisah Benar Tentang Karipap Panas

Karipap Cinta

Kisah tentang karipap panas, dan isteri mengidamkannya.

Kejadian benar-benar terjadi selepas lunch bersama puan isteri di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Sewaktu ingin balik ke kereta, singgah sekejab lori yang selalu jual karipap dan pisang goreng.

Puan isteri mengidam nak makan karipap.

Dia cakap dekat lori itu, karipapnya sedap-sedap. Terutama kalau dapat makan yang baru lepas dimasak. Panas lagi.

Bro izinkan puan isteri untuk membelinya. Waktu itu tidak ramai pelangan (lebih kurang pukul 2.30 petang). Puan isteri order karipap 2 ringgit.

Nampak pakcik (pakcik kot tapi nampak macam muda lagi) potong jambu dan bungkuskannya.

Pandang puan isteri, “tadi order karipap ke jambu”.

Dia balas, “karipap”

Pakcik itu menoleh sambil hulurkan jambu yang dia dah bungkus tadi, “2 ringgit”

“Eh, tadi saya mintak karipap 2 ringgit” balas isteri Bro.

Beliau minta maaf dan terus bungkuskan apa yang kami order. Tengok langit, hari macam nak hujan, perkena karipap yang panas-panas memang sedap.

Kereta baru gerak dalam 1 KM, bro mulakan untuk majlis perasmian. Isteri pelik. Dia tanya, “kenapa ada bau pisang goreng nie”

Selak punya selak. “La, ini pisang goreng. Orang mintak karipap. Kenapa la pakcik tue” rungut puan isteri.

Dia dah start tarik muka dah. Adeh, ini yang tak best nie. Bro cakap, “Jom patah balik”.

Dia cakap tak payah la. Ada Bro kesah? Kalau dia tak dapat karipap tue, sampai ke malam nanti muka macam tue (orang mengidam nie, jangan dicari pasal)

Bro datang ke lori itu. Bro amik plastik dan tanya brader tue (si pakcik tue la), “Karipap 2 ringgit berapa?”

Dia tunjukan 5 jarinya sebagai jawapan kepada soalan Bro tadi. Lepas hulur duit, Bro belah dan beransur meredah jem balik ke Rawang.

Bicara Bro : Tiada sesiapa yang sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Tetapi kalau 2x silap, itu maknanya ada benda yang tak kenalah dengan brader nie.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Kisah Benar Tentang Karipap Panas

  1. Betul tu Bro.. Orang perempuan kalau dah mengidam, pasti kecil hati bila tak dapat makan apa yang diingini… Bukan nak makan banyak pun, asal dapat rasa dia dah puas hati dah…

Top