April 20, 2024

Kamera Telefon – Gadget Blogger Otai Beraksi

Kamera Nokia Lumia 925

Rasanya mungkin ada beberapa rakan blogger yang perasan, kebanyakan gambar yang dimasukan di blog ini adalah gambar yang diambil menggunakan handphone (Itupun jika anda perasan).

Bagi Bro,

Lebih selesa mengambil gambar menggunakan handphone kerana ianya mudah dibawah dan kebarangkalian untuk Bro tertinggalkannya adalah tipis.

Kebanyakan event yang Bro pergi, Bro menggunakan handphone untuk mengambil gambar dan video. Kemudian Bro terus menggunakan gambar tersebut untuk dijadikan entry blog (biasa update blog guna handphone sahaja).

Bagaimanapun tak semua gambar yang diambil menggunakan handphone cantik dan menarik. Kadangkala ada juga kecacatannya.

Family - Couple Tshirt

Bro sekarang sedang mencuba handphone yang didatangkan dengan 8.7 MP PureView bagi kameranya mampu menghasilkan gambar yang menarik dengan beberapa fungsi seperti kita menggunakan DSLR.

Ianya didatangkan dengan 6 lensa Carl Zeiss mampu menghasilkan gambar yang tajam dan jelas pada keadaan low-light.

Kameranya mempunyai penstabilan imej optik dan autofocus. Disertakan sekali dua LED flash dan boleh menghasilkan kualiti gambar pada saiz 3264 x 2448 pixels.

persiapan seorang bakal ibu

Puan isteri shopping pakaian untuk bakal baby.

Nora Danish - Longest Nasi Lemak

Nora Danish bersama nasi lemak di Sunway Pyramid

Jihan Miskin - Open House Media Prima

Jehan Miskin sewaktu Open House Media Prima di One World Hotel.

Open House Rumah Ujang

Bagaimana dengan gambar yang Bro kongsikan diatas? Nampak menarik x?

Bagaimana pula dengan beberapa gambar yang Bro ambil dalam keadaan low light (malam – tempat yang kurang cahaya)

Suami Isteri Open House Rumah Datin

Gambar bersama isteri di salah satu open house rumah Datin.

Beraya Bersama Blogger

Beraya bersama rakan blogger yang awesome. Masing-masing sudah berkeluarga (eh ye ke?)

Altimet Open House

Bersama member dan rakan artis – Altimet di Publika

Jika anda ingin melihat gambar lain yang Bro telah ambil menggunakan kamera handphone ini, anda boleh layari laman ini (sila klik), mungkin anda juga ada perluang untuk menangi handphone ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

35 thoughts on “Kamera Telefon – Gadget Blogger Otai Beraksi

  1. lumia 925 ker bro?
    Carl Zeiss memang satu produk lense terbaek dalam dunia photo:)
    lumia pulak salah satu smartphone yg paling smooth:)
    mmg terbaek produk lumia nie,
    cuma kekurangan dia pada sistem OS window yang masih belum sempurna:)

    1. Boleh dapat dalam harga RM1+++ sahaja.

      Bro buat masa sekarang guna iPhone model terkini, tetapi handphone yang ini mampu dapatkan gambar yang lebih cantik. Dan bro amat menyukainya.

    1. Tue la… lagi-lagi kalau memerlukan moment yang berharga. Seluk poket seluar, keluarkan handphone dan terus ambil gambar.

      Tetapi tak semua handphone dapat mengambil gambar yang menarik dan cantik.

  2. mudah dibawa dan ringan masuk dalam poket pun boleh…..
    ada cadangan tak handphone jenis apa yang sesuai untuk mengambil gambar yang cantik……..?

Leave a Reply to ejam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *