17,148,949 total views, 253 views today

Jom Sertai Perarakan Hari Kemerdekaan #unite4malaysia

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Maxis Unite For Malaysia Parade

31 Ogos, tarikh keramat bagi Negara kita, Malaysia. Kerana ianya merupakan tarikh dimana Negara kita merdeka .

Seawal 6 pagi, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia berhimpun di dataran Merdeka dan dibeberapa kawasan di setiap negeri untuk menyaksikan perarakan hari kemerdekaan.

Mungkin ada diantara anda yang ingin turut serta menyertai perarakan. Tetapi tidak berkesempatan atau tidak diberpeluang untuk menyertainya. Bro sendiri pun teringin, malangnya hanya mampu duduk menontonnya di TV sahaja.

Maka disini, Bro nak jemput anda menyertai perarakan Hari kemerdekaan secara maya. Walaupun perasaannya tidak sama seperti anda berarak di Dataran Merdeka tetapi anda boleh menyampaikan perasaan dan keinginan anda kepada dunia bertapa patriotiknya anda kepada Negara anda.

Anda boleh sertai “Unite For Malaysia Parade” melalui 3 cara – laman web micro, Twitter dan Instagram. Dengan memuat naik gambar.

Di sini Bro tunjukan bagaimana cara untuk menghantar penyertaan anda.

Klik masuk ke laman ini.

Pilih gambar yang ingin anda muat naik. Jangan lupa sertakan sekali nama dan “Caption” yang anda ingin sertakan sekali dengan gambar yang anda ingin memuat naik.

Jangan lupa untuk sertakan sekali “#unite4msia” pada bahagian caption.
Join the parade now
Selepas anda menghantar penyertaan, anda akan dibawa ke laman seperti dibawah, dimana gambar anda muat naik tadi akan terpapar pada salah seorang yang berarak.

Unite for malaysia parade

Anda boleh halakan tetikus pada gambar profil mereka yang berarak untuk melihat “caption” gambar dan nama mereka yang telah memuat naik gambar berkenaan.

Bila anda klik pada gambar profil mereka yang terlibat dalam perarakan. Akan muncul pop up yang membolehkan anda melihat gambar penuh yang mereka hantar berserta nama mereka, “caption” dan perkongsian mereka di FB/Twitter .

Lee Chong Wei Maxis Unite for Malaysia Parade

Terdapat logo yang mengambarkan mereka adalah peserta yang menyertai perarakan ini bila gambar ini dikongsikan gambar pada FB atau Twitter.

Dato’ Lee Chong Wei juga turut serta.

Barack Obama Perdana Menteri Malaysia

Bro pun sudah, anda bagaimana?

Maka, apa tunggu lagi.

Tunjukan sokongan anda kepada kempen #unite4msia dengan memuat naik gambar patriotik anda di “Unite For Malaysia Parade” dan tunjukkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa anda adalah Anak Malaysia Anak Merdeka.

Anda boleh menyertai perarakan ini dan dapatkan maklumat lanjut di http://gush.ly/merdeka.broframe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Jom Sertai Perarakan Hari Kemerdekaan #unite4malaysia

  1. Nak try…nak try…

    Sekarang ni ada pelbagai cara nak raikan ulangtahun kemerdekaan…

    1. Try la.. masukan muka dan sertai perarakan ini.. Bro sudah.. sama dengan Obama lagi tue 🙂

  2. Whoaa menariknya Bro..!!!

    nak try dengan kadar segera!! huhuh

  3. Alahai. … tak dapat nak join. . Sebab ada urusan dekat kampung. .. huhuhu

    1. Join secara online sahaja la

  4. Teringat masa sekolah pernah menyertai perarakan sambutan Hari Merdeka peringkat daerah.

    1. Bro masa sekolah dulu xboleh nk join perarakan.. Confirm pancaragam je yang join. Sebab dorang selalu wakil sampai peringkat kebangsaan.

      Bro wakil kelas berarak ke kantin sekolah je

  5. kurang terasa sikit sambutan tahun ni,, mungkin sebab banyk sangat konflik,, dalam dan luar negara sekarang ni :'(

  6. hohoho..wahh..gambar dengan sape tu..

  7. woah!…biaq betuiii, dgn barrack obama tuu 😀

    1. Betul apa.. Nape? tak percaya ek

  8. Wah.. mcm meriah ja ni.. 😀

  9. bukan tak percaya tapi kagummm 😀

Leave a Comment